Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Kentang goreng boleh menyebabkan tumor dan kanser

Kentang goreng boleh menyebabkan tumor dan kanser

 

 FF

“Salam doctor. Saya diberitahu oleh rakan saya bahawa memakan kentang goreng yang dijual di restoren segera boleh menyebabkan kanser.  Adakah ianya benar atau khabar palsu saja. Mohon pencerahan. Terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Ya benar. Khabar yang mengatakan bahawa memakan kentang goreng boleh menyebabkan kanser bukanlah suatu khabar palsu.

 

European Food Safety Authority (EFSA) iaitu satu badan berautoriti yang memastikan industri makanan menyediakan makanan yang selamat dimakan oleh masyarakat Eropah telah mengesahkan acrylamide dalam makanan berpotensi meningkatkan risiko kanser bagi pengguna di semua peringkat umur.

 

Acrylamide dalam makanan  dihasilkan oleh tindak balas kimia apabila makanan (terutamananya karbohidrate) digoreng dengan suhu yang tinggi (120 ° C) bagi menjadikan makanan itu lebih sedap.(1)

 

Antaranya ialah potato chips dan french fries adalah makanan yang didapati mengandungi kandungan acrylamide yang lebih tinggi berbanding dengan makanan lain. (2)

 

Kentang mempunyai kandungan “asparagine” iaitu asid amino yang tinggi. Apabila dipanaskan kepada suhu tinggi, asparagine boleh membentuk acrylamide.

 

Acrylamide yang dimakan di dalam makanan akan akan diproses di dalam perut dan hasil proses acrylamide ini akan membentuk glycidamide, yang boleh menyebabkan pada mutasi DNA dan menyebabkan tumor dan kanser terutama di bahagian mulut, saluran pemakanan esofagus dan perut.(3)

 

Walau bagaimana pun tidak semua yang memakan kentang goreng akan mengalami kanser. Ini kerana tahap acrylamide yang akan terhasil dalam makanan berbeza, dan bergantung kepada cara pengilang, masa memasak, dan kaedah dan suhu proses memasak.(4)

 

Kaedah memasak yang lain seperti membakar juga boleh menghasilkan acrylamide, manakala kaedah memasak dengan mendidihkan dan menggunakan ‘microwave’ kurang menghasilkan acrylamide.

 

Satu siri penyelidikan telah dilakukan untuk menyiasat sama ada pengambilan makanan yang mengandungi acrylamide boleh meninggikan risiko mendapat kanser rongga mulut, pharynx, esofagus, larinks, usus besar, buah pinggang, payudara, dan ovary telah dijalankan. (5,6,7,8)

 

 

Oleh itu Agensi Antarabangsa bagi Penyelidikan Kanser Aerika Syarikat sedang mempertimbangkan untuk menyenaraikan acrylamide sebagai “bahan yang boleh menyebabkan kanser,” berdasarkan kajian pada haiwan makmal yang telah diberikan acrylamide dalam air minuman, telah mengalami kanser dan tumor.

 

Nasihat saya ialah agar berhati-hati dan tidak keterlaluan dalam memakan makanan yang bergoreng di mana-mana restoren segera.

 

Amaran dari boleh dibaca di  laman web European Food Safety Authority (EFSA) http://www.efsa.europa.eu/en/press/news/140701.htm

 

Wallahu a’lam.

 

Rujukan:

 

  1. Mojska H, Gielecinska I, Szponar L. Acrylamide content in heat-treated carbohydrate-rich foods in Poland. Roczniki Panstwowego Zakladu Higieny 2007; 58(1):345–349.
  2. Rydberg P, Eriksson S, Tareke E, et al. Investigations of factors that influence the acrylamide content of heated foodstuffs. Journal of Agricultural and Food Chemistry 2003; 51(24):7012–7018.
  3. 3. Tareke E, Rydberg P, Karlsson P, Eriksson S, Tornqvist M. Analysis of acrylamide, a carcinogen formed in heated foodstuffs. Journal of Agricultural and Food Chemistry 2002; 50(17):4998–5006.
  4. Stadler RH, Blank I, Varga N, et al. Acrylamide from Maillard reaction products. Nature 2002; 419(6906):449–450.
  5. Mucci LA, Dickman PW, Steineck G, Adami HO, Augustsson K. Dietary acrylamide and cancer of the large bowel, kidney, and bladder: Absence of an association in a population-based study in Sweden. British Journal of Cancer 2003; 88(1):84–89.
  6. Mucci LA, Lindblad P, Steineck G, Adami HO. Dietary acrylamide and risk of renal cell cancer. International Journal of Cancer 2004; 109(5):774–776.
  7. Mucci LA, Adami HO, Wolk A. Prospective study of dietary acrylamide and risk of colorectal cancer among women. International Journal of Cancer 2006; 118(1):169–173.
  8. Mucci LA, Sandin S, Balter K, et al. Acrylamide intake and breast cancer risk in Swedish women. Journal of the American Medical Association 2005; 293(11):1326–1327.

 

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: