Advertorial
Home » Lelaki » Kencing tidak lawas

Kencing tidak lawas

KENCING TIDAK LAWAS

 

KENCING

 

“Salam doctor. Saya mohon doctor menjawab persoalan saya ini. Saya sangat risau kerana abah saya sakit, sedangkan saya sedang menduduki peperiksaan. Abah saya asyik kembung perut, sakit angin, dan kencing tak lawas. Masalahnya dia tidak mahu pergi hospital. Bolehkah saya ikhtiar dengan sakanjabeen, kerana dia juga menghidap penyakit darah tinggi juga. Terima kasih”

 

WALAIKUM MUS SALAM

 

Sebenarnya agak sukar saya menjawab soalan ini kerana saya tidak mengetahui biodata diri pesakit, terutamanya umur dan sejarah rawatan sebelum ini. Masalah yang dihadapi oleh bapa juga diberitahu hanya secara ringkas.

 

Saya mencadangkan, jika dia tidak mahu ke hospital, boleh bawa dia ke Pusat Kesihatan Kerjaan atau mana-mana klinik swasta bagi memeriksa masalah yang dihadapi oleh beliau.

 

Ramai yang keliru dengan kencing tidak lawas dengan kencing kerap. Ini menyebabkan saya sukar memberikan pandangan.

 

Kencing yang tidak lawas di kalangan lelaki biasanya disebabkan oleh masalah prostat atau kencing kotor (jangkitan kuman pada pundi kencing), batu dalam pundi kencing, atau masalah saraf yang disebabkan oleh penyakit multiple sclerosis dan kecederaan saraf tulang belakang dan otot punci kencing yang lemah . Kencing tidak lawas disebabkan tidak semua air kencing dikeluarkan dalam satu masa, jadi masih ada baki dalam pundi kencing pesakit.

 

Ini menyebabkan kencing yang kedua atau setrusnya mempunyai aliran air kencing mengecil, kadang-kala tersekat-sekat, rasa tidak puas selepas buang air kecil pertama dan mahu mengulangi ke tandas.

 

Kecing tidak lawas harus dibezakan dengan kencing kerap. Kencing kerap selalunya disebabkan oleh masalah penyakit diabetis mellitus atau diabetis insipidus (air kencing cair). Kencing kerap yang disebabkan oleh diabetis biasanya jumlah air kencing banyak pada kencing yang pertama dan seterusnya. Setelah beberapa kali kencing di tandas, selalunya pesakit akan menjadi lemah akibat dehidrasi. Tanda-tanda dehidrasi ialah mulutnya rasa kelat, bibirnya menjadi kering dan rasa letih dan lemah.

 

Oleh itu saya mencadangkan pemeriksaan lanjut dilakukan kerana kedua-dua masalah ini berbeza, dan dirawat dengan rawatan yang berbeza.

 

Menjawab soalan berkaitan dengan suplemen SAKANJABEEN, tiada masalah untuk diberikan kepada beliau. Ia adalah suplemen yang baik kerana mempunyai banyak antioksida. Keberkesanannya mengambil masa yang lebih lama, namun untuk sementara waktu rawatan moden dengan ubat-ubat sintetik mungkin membantu beliau untuk mendapatkan kelegaan yang cepat.

 

Bagi lelaki saya mempunyai masalah tidak lawas akibat masalah pembengkakan prostat, boleh mencuba KHALL MACHO selain ubat yang diberikan oleh doctor. KHALL MACHO diamalkan untuk membantu masalah kencing yang tidak lawas di kalangan lelaki sekurang-kurangnya untuk 3 bulan. Selain itu boleh amalkan beberapa suplemen antioksida seperti Vit C dan E yang boleh didapati di farmasi.

 

khall-macho

 

 

 

Wallahu a’lam

 

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: