Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Kencing sakit minum caffeine

Kencing sakit minum caffeine

woman caffeine

 

“Assalamualaikum Dr. Saya ingin bertanya mengenai masalah yang saya sedang hadapi sehingga hari ini. Sejak bulan Julai 2013 lepas, saya mengalami masalah sakit ketika kencing dan kencing berbau.

 Pada mulanya, saya beranggapan “stress induced” sahaja kerana ia berlaku dalam beberapa minggu sebelum final exam. Warnanya kekuningan emas dan saya juga merupakan pengambil caffeine yang tegar ia bagi membolehkan saya berjaga malam untuk mengulangkaji pelajaran.

Jumlah maksimum caffeine yang saya ambil ada dua sachet setiap hari dan sekurang-kurangnya satu sachet. Tetapi saya masih mengabaikan symptom saya hadapi ini namun ia tetap membuatkan fikiran saya risau mengenai kebarangkalian penyakit yang saya hadapi.”

 

Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang saudari alami.

 

Saya percaya saudari mengalami sakit ketika buang air kecil disebabkan oleh jumlah caffeine yang saudari ambil mungkin melebihi dari jumlah yang sesuai untuk saudari.

 

Jadi saya mencadangkan saudari mengurangkan pengambilan caffeine dalam minuman.

 

Ini kerana Caffeine menyebabkan kesan diuretic yang boleh menyebabkan seseorang itu mudah mengalami penuh pundi air kencing, sehinggakan saudari akan mengalami dehidrasi. Akhirnya selepas beberapa lama dehidrasi menyebabkan saudari mengalami kencing yang berwarna kuning pekat.

 

 

Caffeine juga boleh menyebabkan pundi kencing menjadi bengkak jika minum terlalu banyak. Bengkakan pundi kencing akan menyebabkan saudari akan rasa pedih semasa kencing.

 

Cadangan saya ialah banyakkan minum air kosong (sebaiknya air mineral) dan kurangkan minum air yang mempunyai caffeine.

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: