Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Kencing kotor ketika hamil, pendarahan dan sakit pinggang

Kencing kotor ketika hamil, pendarahan dan sakit pinggang

KENCING KOTOR KETIKA HAMIL, PENDARAHAN DAN  SAKIT PINGGANG

kencing kotor

“Assalamualaikum dr.  Saya ada terbaca blog dr mengenai masalah kencing kotor dan saya ingin pencerahan lebih lanjut mengenai masalah saya..

 

1- Saya merupakan pelajar di luar negara timur. Kini isteri saya hamil dua minggu.. Dalam minggu ini beliau kerap kali mengadu bahawa beliau sakit pinggang dan kerap kencing dan juga muntah2.  Baru sebentar tadi beliau dapati bahawa terdapat sedikit pendarahan.  Kemudian saya terus bawa ke klinik..

 

2- Hasil ujian makmal mendapati bahawa beliau ada kuman  pada air kencing dan puratanya ‘4-6’.  (Saya juga xberapa faham kerana tiada penerangan dari dr di sini)…

 

3- Adakah isteri saya boleh mengambil apa-apa ubat untuk meneutralkan kembali masalah ini ( w/pun ketika hamil) dan apakah cadangan ubat tersebut drpada dr.. Kerana saya perlu membelinya sendiri tanpa describtion daripada dr berdekatan..

 

4- Adakah masalah ini akan memberi kesan kepada kehamilannya.?

 

  Saya harap dr sudi menjawab permasalahan saya ini secepat mungkin kerana dr di sini tidak sama dengan dr di Malaysia.. Semoga Allah memberkati niat murni dr dunia dan akhirat.. Sekian, terima kasih.”

 

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Biar saya meringkaskan masalah yang dihadapi oleh isteri saudara.

 

Beliau mengadu kerap mengalami rasa sakit pinggang, kerap kencing dan juga muntah-muntah pada usia kehamilan duabelas minggu.  Beliau juga perasan bahawa terdapat sedikit pendarahan.

 

Pemeriksaan air kencing mendapati ada kuman (4-6 dalam setiap ml air kencing).

 

Sebenarnya masalah kerap kencing di kalangan wanita yag hamil, mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman pada pundi kencing.

 

Selain ini tanda jangkitan kuman pada pundi kencing ialah rasa sakit pada bahagian ari-ari, rasa pedih ketika buang air kecil, dan ada kalanya tidak sempat untuk ke bilik air, seluar sudah dibasahi air kencing.

 

Tanda bahaya apabila beliau mungkin mengalami demam, sakit pinggang , muntah dan lemah badan.

 

Tanpa rawatan yang sempurna, dibimbangi jangkitan kuman pada pundi telah merebak ke bahagian ginjal, yang boleh merosakkan ginjal dan boleh bawa kemudaratanpada bayi dalam rahem dan ibu hamil.

 

 

Pemeriksaan air kencing secara dipstick adalah ujian saringan yang biasa dilakukan.

 

Mungkin pemeriksaan yang dilakukan di makmal lebih dipercayai. Selalunya bagi jangkitan kuman yang serius, bilangan kuman biasanya melebihi 10 dalam mm3 air kencing yang diperiksa menggunakan mikroskope.

 

 

Bagi wanita hamil yang tidak serius dijangkiti kuman, cuba elakkan antibiotic kerana tidak semua antibiotic selamat digunakan oleh wanita yang hamil.

 

Pendarahan yang dialami oleh beliau juga suatu yang agak membimbangkan kerana pendarahan di awal kehamilan, boleh bermakna proses keguguran sedang berlaku. Jadi banyak berehat.

 

Saya mencadangkan petua-petua berikut:

 

1. Larutkan 1 sudu teh baking soda ke dalam air dan minum setiap 6 jam sekali untuk menawarkan asid dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing.

 

Jika berkesempatan ke farmasi, dapatkan beberapa ungkusan URAL iaitu effervescent granules yang mudah larut dalam air. Setiap sachet mengandungi Sodium bcarbonate 1.76g,  dan mempunyai perasa lemon.

 

Namun jika ianya berlangsung selama 3 hari atau air kencing kelihatan berdarah atau demam yang teruk, beliau dinasihat agar terus berjumpa doktor.  Doktor akan beri ubat antibiotic yang selamat digunakan.

 

 

2. Minumlah air dengan banyak, sekurang-kurangnya 2-3 L, sehingga air kencing menjadi jernih.

 

 

 

3. Terus buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menangguhkan membuang kencing, akan  mengalakkan pembiakan bakteria di dalam pundi kencing.

 

 

 

4. Wanita hamil perlu menjaga kebersihan diri. Selepas membuang kencing, biasakan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas, untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.

 

 

 

5. Wanita yang hamil digalakkan memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendaklah longgar. Elakkan pakaian dalam yang ketat atau diperbuat dari nilon.

 

 

 

6. Walau hamil, aktiviti seks boleh dilakukan bersama suami. Namun saya menasihatkan agar buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.

 

 

 

7. Tukar tuala wanita atau seluar dalam dengan lebih kerap jika ianya telah kotor.

 

 

 

8. Kurangkan makan makanan yang manis, atau minum air yang mengandungi caffeine.

 

 

 

9. Pastikan mengambil Vitamin C (antara 250 – 500 mg), Beta-carotene (25,000 – 50,000 IU) dan Zinc (30-50 mg) sehari untuk membantu melawan jangkitan kuman jika mendapati daya tahan tubuh lemah.

 

 

Wallahu a’lam

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: