Advertorial
Home » Doktor Menjawab » KENCING BERDARAH

KENCING BERDARAH

KENCING BERDARAH
 
 
“Assalammualaikum doc..sy nk buat pertanyaan mengenai penyakit ibu saya. Ibu saya semenjak hari selasa lepas dia mengalami kencing berdarah. Maksudnya apabila dia kencing ada darah seperti ketulan darah period keluar berserta dgn sakit. Bukan kencing berwarna seperti air cola yg bercampur darah. Boleh doc bagi tahu kenapa ini boleh berlaku dan ia penyakit ape? Terima kasih”
 
 
WALAIKUMUSALAM
 
 
1. Terdapat dua jenis kencing berdarah, iaitu pesakit berasa sakit semasa membuang air kecil dan tidak berasa apa-apa.
 
 
 
2. Rasa sakit setiap kali membuang air kecil mungkin disebabkan oleh PENYAKIT BARU KARANG. Puncanya akibat pengumpulan asid urik kerana banyak memakan makanan laut dan kurang minum air.
 
 
Pesakit berasa sakit pada bahagian pinggang dan bahagian bawah perut. Rasa sakit memulas-mulas yang tidak dapat ditahan. Kadang-kadang terdapat pasir dan batu kecil di dalam kencing berdarah itu.
 
 
 
3. Pesakit yang mengalami jangkitan kuman pada saluran kencing juga berasa sakit tetapi darah yang bercampur dengan air kencing tidak banyak kuantitinya. Ia selalu berlaku pada golongan wanita.
 
 
 
4. Ada pesakit yang membuang air kencing berdarah tanpa rasa sakit. Antaranya disebabkan pengambilan UBAT-UBATAN tertentu terutamanya ubat penahan sakit.
 
 
 
5. Yang paling bahaya adalah disebabkan oleh KANSER pada sitem saluran kencing dari ginjal, pundi dan saluran kencing.
 
 
 
6. Oleh itu, cara terbaik adalah melakukan pemeriksaan doktor. Doktor akan melakukan pemeriksaan darah dan pemeriksaan air kencing.
 
 
 
Semoga bermanfaat.
 
 
 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: