Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Kenapa orang dewasa tidak demam

Kenapa orang dewasa tidak demam

adult fever

 

“Salam, doktor. Saya bersyukur kerana diberi kesihatan yang baik. Cuma ada sedikit kerisauan. Umur saya memasuki 25 tahun. Kali terakhir saya demam ketika saya berumur 15 tahun. Adakah normal keadaan ini? Andai kata Allah uji saya dengan demam, adakah saya berisiko untuk mendapat demam yang teruk? Terima kasih.”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Apabila seseorang itu mengalami serangan kuman, sama ada bakteria atau virus, tubuh akan bertindakbalas dengan merangsangkan sistem daya tahun untuk membunuh kuman tersebut.

 

Antara tanda tubuh kita sedang bertindakbalas ialah kita sedang mengalami demam, selain menghasilkan antibody. Namun begitu tidak semua serangan kuman akan menyebabkan tubuh akan mengalami demam.

 

Lebih daripada 20 peratus orang dewasa umur 65 tahun ke atas yang mengalami jangkitan bakteria yang serius tidak mempunyai demam.

 

Semakin lama kita hidup semakin banyak jenis jangkitan kuman yang kita alami dan ini akan menjadikan sistem pertahanan kita menjadi kuat.

 

Oleh itu ramai orang dewasa yang sihat menjadi lali atau imun terhadap kuman yang menyerang tubuh kita kerana tubuh kita telah bersedia dengan sistem daya tahan yang berkesan, contohnya antibodi.

 

Apabila saja kuman memasuki tubuh antibody telah sedia untuk membunuh kuman sebelum sempat tindakbalas demam berlaku.

 

WALLAHU A’LAM

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: