Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » kenapa bayi tidak dibenarkan pulang ke rumah?

kenapa bayi tidak dibenarkan pulang ke rumah?

KENAPA BAYI TIDAK DIBENARKAN PULANG KE RUMAH?

 

Gambar hiasan

Gambar hiasan

 

 

Salam Dr, kakak saya baru melahirkan seorang bayi, namun bayi tersebut dilahirkan  3 minggu lebih awal dari tarikh yang dijangka disebabkan kakak saya mempunyai masalah air mentuban yang sikit. Bayi telah dimasukkan ke NICU setelah dilahirkan disebabkan darah merahnya terlalu pekat. Doktor telah melarang kakak saya untuk menyusukan bayinya, namun pihak hospital telah memberikan susu ‘khas’ (mungkin susu formula, saya tak pasti). Setelah diberi susu tersebut, bayi kakak saya muntah. Setelah diberi susu ‘khas’ selama 2 hari, bayi masih lagi muntah, jadi doktor cakap bayi kakak saya mungkin mmpunyai masalah dalam perut kerana masih muntah. Jadi mereka terpaksa menahan bayi kakak saya untuk seminggu lagi untuk mengetahui punca muntah tersebut. Jadi, saya ingin bertanya kepada Dr, apakah yang menyebabkan keadaan ini berlaku? Dan adakah ini merupakan prosedur biasa di hospital, melarang ibu menyusukan anak dan memberi susu lain? Bukankah susu ibu itu baik untuk bayi dan mengandungi antibiotik semulajadi.? Dan apakah kesan terhadap kesihatan bayi kakak sy kerana dia tak diberikan susu ibu pada awal kelahirannya.? Adakah masalah kepekatan darah merah itu boleh pulih dengan sendiri? Maksudnya, darah merah itu boleh berubah kepekatannya ke tahap yang normal secara semulajadi tanpa sebarang ubat atau rawatan? Sy harap dapat membaca maklumbalas daripada Dr dengan kadar segera di facebook page Dr.  Terima Kasih.”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM.

 

Terlalu sukar untuk saya menjawab soalan puan kerana saya tidak mendapat  gambaran yang lebih jelas mengenai masalah bayi itu.

 

Antara yang perlu saya tahu ialah provisional diagnosis untuk bayi itu. Maksudnya apa yang doctor itu agak penyakit bayi ini. Ia hanay dapat dilakukan dengan memeriksa  bayi tersebut secara fizikal dan melakukan pemeriksaan darah dan mungkin xray.  Saya tidak dapat menjawabnya kerana saya tidak memeriksaan bayi tersebut.

 

 

Bayi yang dilahirkan sama ada pramatang atau dilahirkan pada usia ‘cukup bulan’ mengalami masalah penghadaman, sememangnya tidak dibenarkan pulang ke rumah.

 

Ini mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk, dan bayi boleh meninggal dunia di rumah. Jika keadaan ini berlaku, selalunya ibubapa akan menyalah pihak hospital kerana membiarkan anak mereka yang mengalami masalah untuk pulang ke rumah.

 

Jadi saya rasa elok jika bayi itu ditahan di wad dahulu bagi mencari punca masalah ini.

 

Bayi yang tidak makan atau minum akan menjadi lemah. Jika bayi itu tidak boleh menelan susu ibu, atau kerap muntah, selalunya doctor akan memberikan bantuan pemakanan melalui IV drip, iaitu bantuan air yang dicucukkan melalui saluran darah bayi.

 

Saya tidak pasti apakah yang puan maksudkan ‘susu khas’ itu. Ini kerana jika bayi dapat menelan susu dan tidak muntah, sudah semstinya doctor akan memberikan susu ibu.

 

Insha ALLAH pemakanan yang diberikan oleh doctor, selain susu ibu, mencukupi untuk bayi tersebut.

 

Berkenaan dengan darah merah yang pekat, saya tidak dapat memberikan sebarang komen. Mungkin setelah doctor mengesahkan masalah bayi itu nanti, saya boleh berikan sedikit komen.

 

Saya harap puan berikan sedikit kepercayaan bagi doctor melakukan tugas, dan sebagai ibubapa atau penjaga, banyaklah berdoa semoga  ALLAh berikan yang terbaik untuk bayi tersebut.

 

Walllahu a’lam

 

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

 

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: