Kenapa Bayi Saya Kerap Muntah?

baby muntah

 

“Salam doctor, saya mempunyai masalah di mana bayi saya berumur 4 bulan mengalami muntah yang agak kerap. Beliau juga mudah mengalami kekembungan perut.  Bayi saya seolah-olah tidak berminat dengan susu yang diberikan dan hanya menyusu ketika hendak tidur. Ini menyebabkan berat badan anak saya tidak bertambah, Perlukah saya memberikan susu yang khas untuk beliau? Apa nasihat doctor?”

 

Wa alaikum mus salam.

 

Saya memahami keresahan puan. Saya juga sering menerima pesakit (bayi) yang dibawa oleh ibubapa kerana mengalami muntah.

 

Masalah ini sangat membimbangkan ibubapa. Apa yang perlu diketahui sama ada masalah muntah ini adalah sesuatu yang serius dan perlu tindakan segera atau hanya sesuatu yang biasa berlaku dan tidak memberikan kemudaratan.

 

Banyak punca masalah muntah di kalangan bayi dan kanak-kanak. Sebab utama adalah adalah disebabkan oleh fenomena “gastro-esophageal reflux” yang  disebabkan ketidakmatangan otot yang berada di antara perut dengan saluran pemakanan.

 

Otot tersebut sepatutnya berfungsi untuk menghalang susu yang ditelan keluar dari perut kembali ke saluran pemakanan (esofagus).

 

Akibat otot itu tidak matang, maka ia tidak mengecut ketat sehingga tidak menutup rapat saluran perut, dan menyebabkan terdapat ruang yang membolehkan susu masuk semula ke dalam esofagus.Keadaan inilah yang menyebabkan bayi mengalami muntah.

 

Kebiasaan masalah muntah sebegini berkurangan apabila umur bayi meningkat 12 bulan.

 

Masalah ini mungkin dapat diatas dengan:

1. memastikan  bayi sendawa semasa dan selepas penyusuan;

2. meletakkan bayi dalam posisi yang tegak untuk 30-60 minit selepas penyusuan.

 

 

Masalah muntah ini juga boleh menyebabkan komplikasi masalah yang lebih besar, apabila susu yang dimuntahkan itu masuk ke dalam saluran pernafasan dan mengakibatakan batuk yang teruk sehingga sukar bernafas.

 

Bayi puan juga akan mengalami masalah pertambahan berat badan yang perlahan.

 

Jika masalah muntah yang berterusan sehingga menyebabkan bayi tidak lagi aktif, saya menasihatkan agar puan membawa bayi puan berjumpa dengan doctor.

 

Wallahu a’lam.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *