Advertorial
Home » hubungan intim » KENALI PASTI PUNCA CEPAT TEWAS DI RANJANG.

KENALI PASTI PUNCA CEPAT TEWAS DI RANJANG.

 
Maaf saya berterus-terang. Masalah taboo yang semakin meningkat di kalangan para suami muda.
 
 
Hubungan kelamin adalah kunci utama bagi perhubungan suami isteri. Ini kerana di situ bermulanya suatu kepercayaan yang mendalam antara satu sama lain. Selain dari kepuasan, ia juga melambang kesatuan jiwa dan tubuh.
 
 
 
Semakin menjadi tren biasa di kalangan suami muda berusia 20-30an yang mengalami suatu masalah besar yang menjejaskan hubungan kelamin. Mereka boleh bertahan lama di kala beronani dan berfantasi, tetapi terlalu awal tewas di kala ‘berjuang’ di medan yang sebenar bersama si isteri.
 
 
 
Kenapa ini berlaku? Bukankah mereka masih muda, dan masih bertenaga?
 
 
 
Ejakulasi atau pancutan air mani yang terlalu awal adalah keadaan di mana seorang lelaki mendapat kepuasan (orgasm) terlalu awal.
 
 
Terdapat tiga tahap masalah ini.
 
 
Pertama: Belum lagi alat kelamin lelaki masuk ke faraj, ejakulasi telah berlaku. “Ibarat mahu masuk ke rumah, belum sempat beri salam”. Ini sudah tentu mengecewakan si isteri yang sedang ghairah dan sangat memalukan si suami.
 
 
 
Kedua: Sudah memasuki faraj isteri tetapi tidak sampai 5 minit, telah berlaku ejakulasi. “Ibarat salam telah diberi tetapi belum sempat salam dijawab”. Ini menyebabkan rasa tidak puas pada isteri kerana mahukan sentuhan-sentuhan seterusnya. Sementara si suami juga sangat malu sebab tidak mmpu memuaskan isteri.
 
 
 
Ketiga: Sudah memasuki faraj tetapi masih terlalu awal, antara 5-10 minit saja. “Ibarat sudah dijawab, tetapi belum sempat duduk dan berbual”. Si isteri mungkin merasa nikmat tetapi belum sampai ke kemuncak (orgasm) sementara lelaki rasa malu sebab si isteri masih mahu meneruskan dan dia tidak mampu lagi.
 
Banyak punca berlakunya “premature ejaculation” atau pencutan awal. Antara puncanya ialah si suami selalu beronani semasa bujang dan membayangkan wanita yang wanita yang sempurna fizikalnya.
 
 
 
Bila berada di alam nyata, keadaan gugup menjadikan dirinya tidak terkawal.Tidak dapat mengawal rentak seksualnya.
 
 
 
Pancutan awal ini biasanya berlaku pada malam pertama bagi lelaki yang terlalu gugup dan cemas. Itu perkara biasa, selalunya akan berakhir selepas sebulan tidur bersama isteri.
 
 
 
Selain itu faktor psikologi seperti menganggap hubungan kelamin ini ‘terlalu kotor’ dan harus dilakukan segera. Begitu juga dengan perasaan bersalah atas kejadian semasa kecil berkaitan seksual seperti pernah didera secara seksual, pernah diejek sebagai seorang lelaki yang lembik atau malu atau rasa rendah diri yang keterlaluan bila berhadapan dengan seorang wanita.
 
 
 
Tidak banyak ubat sintetik yang khas membantu masalah ini. Selalunya doktor akan memberikan “ubat penenang”. Masalahnya si suami mungkin dapat mengawal pancutan, tetapi tidak punca merasa seronok akibat kesan sampingan ubat penenang yang diberikan.
 
 
 
Saya mencadangkan pendekatan psikologi agar lebih bertenang, lebih yakin dengan keupayaan sendiri dan cuba mengawal rental seksual diri sendiri.
 
 
 
Sudah pasti si isteri harus memahami dan membantu suami bagi mengatasi masalah ini. Asalkan si suami mahu dirawat, insyaAllah ia dapat dibantu.
 
 
Jadi berapa lama masa seorang lelaki yang normal untuk mendapat orgasm? Selalunya setelah si isteri mendapat klimaks dan orgasm dulu, baru si suami berusaha mendapatkannya pula. Atau paling kurang 30 minit dari mula bermesraan bersama isteri.
 
 
Dalam Perubatan Melayu Lama mencadangkan pengambilan Tongkat Ali bagi mendapat tenaga dalaman. Ambil juga madu, telur, lada sula atau lada hitam dan minyak zaitun sebagai sumber tenaga.
 
 
Bagi yang masih gagal dan mula mendapat keluhan isteri, berjumpalah dengan Doktor Pakar Tuan bagi merawat masalah ini.
 
 
Untuk mendapat Ekstrak Tongkat Ali boleh klik di sini:
 
 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: