Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » Kemurungan dan penyakit: Mana yang datang dulu?

Kemurungan dan penyakit: Mana yang datang dulu?

KEMURUNGAN DAN PENYAKIT: MANA YANG DATANG DULU? 

Apabila kemurungan menyerang, doktor biasanya memeriksa pesakit bagi menyiasat apa yang berlaku di dalam minda dan otak pesakit. Pada saya, apa juga yang penting juga ialah memeriksa apa yang sedang berlaku di dalam tubuh pesakit itu , kerana masalah kesihatan juga boleh menyebabkan gangguan fikiran.

Malah, selain dari penyakit dalam tubuh, kesan sampingan ubat yang diberikan untuk merawat penyakit dalam tubuhnya juga boleh menyebabkan kemurungan.

Banyak kajian menunjukkan bahawa penyakit dalam tubuh boleh mencetuskan kemurungan. Sehingga ini, separuh daripada pesakit serangan sakit jantung dan pesakit kanser berasa sedih dan kecewa sehingga menyebabkan kemurungan.

Ramai pesakit diabetes, Parkinson, dan penyakit kronik yang lain mengalami jiwa yang tertekan. Mereka sering mengalami rasa penat, tidak berupaya melakukan kerja fizikal dengan baik dan tidak dapat merasa keseronokan bersama isteri dalam melakukan hubungan seksual lagi.

Contoh lain ialah bagi pesakit thyroid yang mempunyai tahap hormon yang berlebihan ((hypertiroidisme), gejala-gejala mania boleh berlaku. Pesakit kadang-kadang menjadi sangat teruja dan dan banyak bercakap dan pada satu masa yang lain, dia merasa sangat sedih dan ingin bersendiri.

Sementara pesakit thyroid yang mengalami tahap hormon yang rendah (hypothyroidism) pula akan mengalami rasa penat dan letih sepanjang hari dan menyebabkan rasa sedih dan mengalami kemurungan. Dengan merawat penyakit tiroid dengan sempurna, selalunya masalah kemurungan boleh dihindarkan.

Begitu juga dengan penyakit yang berkaita dengan saraf seperti (multiple sclerosis, penyakit Parkinson, Alzheimer), penyakit yang berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon lain, dan beberapa penyakit akibat kekurangan nutrisi dalam pemakanan, seperti kekurangan vitamin B12.

Sebab itu doktor anda mungkin mengesyorkan mana-mana ujian berikut:

1. Ujian psikologi, yang dilakukan oleh pakar psikologi supaya dapat mengesahkan beliau mengalami masalah kemurungan.

2. Ujian yang menguji fungsi otak, seperti EEG atau MRI, yang boleh membantu mengenal pasti punca-punca berlaku kemurungan. Kedua-dua ujian tidak menyebabkan rasa sakit.

3. Ujian kesihatan yang lain seperti pemeriksaan darah, contohnya ujian untuk memeriksa fungsi tiroid.

Jadi apa yang penting ialah apabila mengalami kemurungan, doktor dan pakar kaunseling harus berganding bahu membantu pesakit kerana dengan melakukan pemeriksaan fizikal yang menyeluruh dan mengetahui sejarah perubatan yang teliti, dapat boleh membantu menentukan masalah fizikal yang menyebabkan kemurungan dan dapat memberikan rawatan yang paling sesuai.

wallahu a’lam

 

Bagi wanita yang mersakan lebih bertenaga dalam urusan rumah dan melayan suami, saya mencadangkan mengamalkan Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM .

 

Info lanjut di https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: