Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Wanita » Kemurungan boleh membunuh diri

Kemurungan boleh membunuh diri

 

200278805-001

 

Ramai yang tidak mengetahui bahawa kemurungan adalah suatu penyakit jiwa yang berbahaya. Ia menjadikan seseorang mengalami perasan yang rendah. Ia harus dirawat segera sebelum ia menjadi agresif, boleh mencederakan orang lain malah boleh membunuh diri.

 

Kemurungan berlaku apabila terdapat ketidakseimbangan hormone serotonin dalam otak. Ia terlibat dalam proses pemikiran dan mengawal emosi.

 

Apabila berlaku ketidakseimbangan bahan kimia tersebut, otak tidak lagi mampu menyelaraskan proses pemikiran dan emosi dengan baik sehingga menjejaskan proses pengeluaran kata-kata, ingatan dan daya tindak seseorang manusia yang akhirnya menyebabkan kemurungan.

 

 

Faktor luaran yang memulakan masalah kemurungan ialah tekanan hidup, kurang yakin pada diri sendiri, pengalaman trauma seperti kematian orang tersayang secara tiba-tiba, perceraian atau gagal dalam peperiksaan.

 

Namun selalunya kemurungan lebih mudah terjdi pada pesakit yang mempunyai ahli keluarga yang pernah menghidapnya. Ini bermakna ia adalah masalah genetic atau keturunan.

 

Doktor selalunya memberikan pil penenang untuk sementara. Ketika mendapatkan rawatan, emosi pesakit selalunya akan bertambah baik.

 

Namun ramai pesakit tidak sedar bahawa memberhentikan pengambilan ubat secara tiba-tiba menyebabkan kemurungan menyerang semula.

 

Jadi sebelum cuba menghentikan rawatan, dapatkan nasihat doctor dahulu. Banyak rawatan alternative lain yang boleh diberikan selepas pesakit bertambah tenang.

 

Wallahu a’lam.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!