Advertorial
Home » Doktor Menjawab » kembung perut akibat gas semasa hamil

kembung perut akibat gas semasa hamil

KEMBUNG PERUT AKIBAT GAS SEMASA HAMIL

woman pregnant

“Salam doctor, saya hamil 28 minggu. Saya sering mengalami kembung perut, sehingga saya rasa tidak selesa. Saya ada bertanyakan kepada doctor, tapi doctor hanya kata itu perkara biasa. Lalu saya ke farmasi dan diberikan ubat Losec. Saya belum guna lagi ubat itu. Saya bimbang nak gunakan ubat itu. Bagaimana saya mahu kurangkan kembung perut, doctor? Mohon pencerahan. Terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Kembung perut adalah perkara biasa yang berlaku. Secara amnya seorang individu menghasilkan sebanyak antara 500ml hingga 1.5L gas setiap hari. Jadi tidak kira sama ada seorang wanita itu hamil atau tidak, kekembungan perut ini adalah perkara biasa.

 

Namun begitu wanita yang hamil lebih mudah mengalami masalah ini kerana mereka mempunyai hormone progesterone yang tinggi.

 

Hormon ini akan menyebabkan otot-otot yang berada pada perut dan usus akan menjadi rehat dan menyebabkan lebih banyak gas yang terkumpul.

 

Jadi tidak hairanlah jika wanita yang hamil ini mudah mengalami kekembungan, sering sendawa dan kentut, terutama setelah makan tengah hari atau pun malam.

 

Apabila usia kehamilan semakin meningkat, rahem akan menjadi lebih besar, proses penghadaman juga menjadi perlahan. Selain itu, perut kuga tertolak ke hadapan sehingga seorang wanita semakin mudah mengalami kekembungan.

 

Saiz rahem yang membesar juga akan menyebabkan pedih ulu hati dan sembelit ketika hamil.

 

Gas sebenarnya terkumpul dalam perut dan usus, datangnya dari dua cara:

 

Pertama dari air yang kita telan semasa kita sedang makan, udara masuk sekali bersama dengan makanan yang kita makan. Udara ini berkumpul di dalam perut dan selalunya mudah keluar sebagai sedawa. Sebahagian udara atau gas dari perut ini yang masuk ke dalam usus.

 

Kedua, gas yang dihasilkan oleh bakteria yang berada dalam usus besar ketika menghuraikan makanan yang tidak sempurna dicernakan oleh enzim.

 

Kebanyakan gas ini dihasilkan oleh bakteria yang sedia ada dalam usus. Bakteria akan menghuraikan makanan yang tidak dicernakan dengan sempurna oleh enzim. Oleh itu pemilihan makanan sangat penting jika mahu mengurangkan kekekmbungan dalam abdomen.

 

Makanan yang paling banyak menghasilkan gas ialah karbohidrate, sementara lemak dan protein mengahsikan sedikit gas.

 

Sesetengah individu pula menghasilkan gas dengan banyak dari makanan yang dibuat dari susu seperti aiskrim kerana mereka kekurangan enzim lactase iaitu enzim yang mencernakan lactose yang banyak terdapat dalam susu.

 

Saya percaya kekembungan yang berlaku pada wanita yang hamil, bukanlah masalah yangs serius.

 

Namun jika kekembungan berlaku bersama dengan sakit perut, cirit-birit, ada darah dalam najis, sembelit, loya dan muntah, ia mungkin petanda yang tidak baik. Dalam hal ini, wanita itu perlulah segera mendapatkan nasihat dan pemeriksaan dari doctor.

 

Wallahu a’lam

.

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!