Assalamualaikum doc. Sy telah menggunakan ekf selama 20 hari. Sebelum kahwin period sy teratur.lepas 2,3 bulan berkahwin, sy x dtg haid selama 3 bulan.doc d klinik yg sy pegi bg sy ubat hormon, lpas seminggu lbih sy kluar haid slama 4 hari…tp malangnya, bulan seterusnya x dtg haid dah. So, sy tryla ekf. Spjg mkn ekf, ada sekali kluar tompokan coklat berbau darah. Esok xde dah. Hari ke 20 ni pula kluar cairan putih jernih, perut sy kembung dan asyik buang angin, letih asyik nak tertidur. Apakah tanda period sy dh normal? Atau jangkitan d V sy?
Terima kasih, smoga doc dpt membalas dan mnjawab mslh saya.
Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikummussalam. Biar saya ringkaskan masalah yang puan hadapi.
- Puan mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur setelah berkahwin. Paling lama puan tidak datang haid adalah tiga bulan.
- Sebelum ini doctor telah memberikan ubat hormone untuk puan mendapat darah haid (‘úbat turun darah’) dan ia hanyalah untuk sementara dan masalah puan berulang. Kitaran haid puan menjadi tidak teratur semula apabila tidak menggunakan ubat hormone itu.
- Puan baru mengamalkan EKF selama 20 hari. Puan pernah keluar darah haid (tompokan coklat berbau darah) hanya untuk satu hari saja. Kini puan mengalami cairan putih jernih yang keluar dari faraj, perut menjadi kembung dan asyik buang angin, letih asyik nak tertidur.
Saya percaya apa yang berlaku ialah tahap hormone puan semakin menurun dan berada di tahap yang rendah. Ia semakin ketara semenjak puan berkahwin. Ini tidak bermakna perkahwinan telah menyebabkan tahap hormone puan menjadi rendah, tetapi stress akibat penambahan tanggungjawab yang perlu dipikul menyebabkan hal ini berlaku.
Ini menyebabkan puan mengalami kitaran haid yang tidak teratur, sehingga mencapai 3 bulan.
Doktor memberikan ubat hormone ‘turun darah’ hanya sebagai langkah sementara untuk menyebabkan kedatangan haid. Sekali lagi, oleh kerana tahap hormone puan rendah, maka kitaran haid puan masih tidak berjaya dirawat.
Ekstrak Kacip Fatimah (EKF) adalah herba yang dapat membantu meningkatkan hormone dalam tubuh seorang wanita. Ia adalah phytoestrogen yang merangsangkan pengeluaran hormone-hormon, bukan bertindak seperti hormone tiruan yang terdapat dalam ubat hormone.
Kesan EKF sangat perlahan, bertindak secara semula jadi dan tidak merbahaya. Oleh itu ia mengambil masa yang lebih lama berbanding dengan ubat hormone.
Jika seorang wanita mengalami masalah ketidak seimbangan hormone yang teruk seperti PCOS atau berat badan yang berlebihan, maka lebih banyak masa diperlukan untuk merawat masalah kitaran hormone ini.
Dalam kes ini, tubuh puan hanya menunjukkan peningkatan hormone selepas mengamalkannya selama 20 hari. Tompokan coklat berbau darah dan cairan putih jernih yang keluar dari faraj, perut menjadi kembung, asyik buang angin, dan letih asyik nak tertidur adalah tanda-tanda peningkatn hormone dalam badan.
Insya ALLAH, gunakanlah EKF berterusan, dan jangan lupa berdoa kepada ALLAH. Banyakkan sedekah. Apabila tubuh puan telah mencapai tahan hormone yang seimbang, nanti kitaran haid puan akan teratur dan puan berada dalam keadaan subur.
Saya doakan semoga ALLAH memudahkan usaha puan. Amen.
Wallahu a’lam
Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my
Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/
Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah: