Advertorial
Kelongsong Bayi Tidak Kelihatan Semasa Ultrasound

Kelongsong Bayi Tidak Kelihatan Semasa Ultrasound

Komunikasi antara doktor dan pesakit adalah perlu. Tugas doktor bukan saja merawat pesakit tetapi juga memberikan penerangan terhadap penyakitnya, mengenai apa yang sedang berlaku di dalam tubuh pesakit itu.

Tanpa penjelasan yang terbuka dan jelas, akan terdapat ruang-ruang kesamaran yang akan diisi oleh pelbagai tanggapan dan andaian.

Klinik fb saya kali ini menjawab persoalan yang tidak dijelaskan oleh doktor dengan sebaiknya.

”Salam doktor, apa itu kelongsong bayi? Masa pemeriksaan ultrasound, doctor ada memberitahu saya mengenainya. Tapi saya tidak faham penjelasannya..”

Ini adalah contoh di mana komunikasi antara doktor dan pesakit amat lemah. Saya tidak menyalahkan pesakit kerana perkataan kelongsong yang biasa digunakan ialah kelongsong peluru saja.

Kelongsong bayi? Emmm….

Sebenarnya kelonsong bayi atau Gestational Sac akan terbentuk dalam rahem di awal kehamilan. Ia membentuk selaput yang melindungi bayi dan air tuban yang baru dibentuk.

Jadi semasa pemeriksaan ultrasound, tiada kelongsong bayi bermakna tidak hamil. Namun ianya hanya dapat dilihat pada awal 5 minggu (oleh doktor yang berpengalaman dan mesin ultrasound yang baik). Oleh kerana saiznya yang kecil menyebabkan ramai doktor  tidak dapat melihatnya. Akhirnya pemeriksaan ultrasound dalam menentukan kehamilan di awal kehamilan adakalanya mengelirukan.

Banyak kekeliruan telah timbul. Antara soalan yang ditanyakan ialah seperti berikut.

“Salam doktor, pada 13 Oktober 2010 saya tidak kedatangan haids dan melakukan pemeriksaan air kencing. Ianya positif untuk kehamilan. Pada 19 November 2010 terdapat pendarahan berwarna merah dan sedikit coklat. Saya berjumpa dengan Pakar O&G keesokan harinya. Pada kiraan kalendar, kehamilan saya berusia 6 minggu, dan pemeriksaan darah untuk hCG mendapati tahap hormon itu tinggi iaitu 1,700. Doktor yang melakukan ultrasound mendapati tiada kelongsong bayi di dalam rahem saya. Dia memberikan saya ubat ’penguat rahem’ kerana sebelum ini saya pernah keguguran. Doktor membuatkan appointment baru dua minggu lagi untuk melihat saya ada saya masih lagi hamil atau telah keguguran. Apa pandangan doktor?”

Seperti mana yang saya terangkan tadi di awal kehamilan, pemeriksaan ultrasound kemungkinan tidak menunjukkan kelongsong bayi kerana doktor yang memeriksa kurang mahir atau mesin ultrasound yang digunakan tidak cukup baik.

Jadi untuk mengesahkan kehamilan, selain pemeriksaan air kencing, boleh juga mengulang semula pemeriksaan darah hormon hCG.

Dalam kes ini saya berpendapat, jika kehamilan ini amat penting (terutama wanita yang telah berumur 35 tahun ke atas), lakukanlah semula ujian darah selepas 48 jam dari ujian pertama. Jika tahap hormone hCG berganda dari bacaan sebelumnya, bermakna wanita itu masih hamil.

”Apa puncanya kelongsong itu tidak kelihatan, selain daripada masalah ketidakcekapan doktor atau mesin yang tidak cukup baik?”

Sekali lagi saya tegaskan bahawa pemeriksaan ultrasound untuk melihat kelongsong bayi hanya boleh dibuat seawal 5 minggu. Jadi pastikan tarikh kedatangan haids yang lepas dengan betul. Jika tidak pasti, kemungkinan kehamilan itu terlalu awal, maka kelongsong bayi itu tidak dapat dilihat.

Satu lagi teknik yang digunakan untuk melihat kelongsong bayi dengan baik ialah dengan melakukan pemeriksaan ultrasound dengan memasukkan probe ke dalam faraj. Ini dinamakan teknik transvaginal sonography.

”Bagaimana pula jika kehamilan saya disahkan dengan pemeriksaan darah hCG, sedangkan kelongsong bayi masih tiada?”

Ini satu lagi masalah yang harus ditangani. Pesakit harus menerima ini dengan terbuka. Selepas 5 minggu, kelongsong bayi masih tidak kelihatan bermakna kehamilan itu bermasalah.

Antaranya ialah kehamilan luar rahem (ectopic pregnancy). Doktor harus memeriksa kelongsong bayi itu mungkin berada di fallopian tube. Ianya harus dirawat segera kerana akan membahayakan nyawa ibu.

Saya pernah didatangi oleh seorang gadis yang belum bernikah lagi. Dia mengadu sakit perut yang terlalu kuat sehingga tidak berdaya berdiri. Dia dibawa oleh teman-teman seasrama dari kilang yang sama.

Oleh kerana tidak dapat menahan kesakitan, saya memberikannya injeksion penahan sakit bagi melegakannya. Namun ianya tidak berkesan. Saya mula mengesyaki sesuatu yang luar biasa.

Setelah dipujuk berulangkali, akhirnya gadis itu melakukan pemeriksaan UPT dan ianya positif. Saya memintanya ke bilik rawatan semula untuk melakukan pemeriksaan ultrasound.

Jelas kelihatan kelongsong bayi tetapi bukan berada di dalam rahem. Saya dengan segera merujukkannya ke hospital berdekatan untuk rawatan selanjutnya. Menurut cerita rakannya, pembedahan dijalankan pada malam itu juga kerana ianya kehamilan luar rahem.

Dalam kes yang lain, seorang ibu muda yang baru disahkan hamil 8 minggu datang berjumpa saya kerana terdapat pendarahan yang keluar dari farajnya.

Saya mengesyaki wanita itu sedang mengalami proses keguguran. Pemeriksaan semula UPT menunjukkan ianya negatif. Saya segera melakukan pemeriksaan ultrasound dan mendapati tiada lagi kelongsong bayi. Memang sahlah dia telah selesai mengalami keguguran. Tidak perlu lagi dilakukan pencucian rahem (D&C).

”Saya rasa sedih dan bimbang kerana tiada doktor yang menerangkan keadaan saya sebenarnya. Baru2 ini pun adik saya keguguran dan pergi ke hospital kerajaan tapi diminta pulang tanpa diberitahu apa-apa..”

Kadang kala pesakit merasa bimbang dan kecewa kerana tidak mendapat jawapan yang memuaskan dari doktor mengenai apa yang sedang berlaku pada diri pesakit.

Namun bagi pihak doktor juga, terlalu sukar untuk menentukan kehamilan seseorang wanita terutama jika kelongsong bayinya tidak dapat dilihat walaupun ujian UPT dan ujian darah hCG menunjukkan seorang wanita itu hamil.

Selalunya pesakit akan diminta untuk datang semula untuk membuat follow up ultrasound dan menguji semula darah untuk kepekatan hCG. Jadi bersabarlah walaupun ianya mungkin sukar, ia sebenarnya sangat membantu doktor sebelum membuat diagnosa.

Allahu a’lam

 

Susunan : Dr Zubaidi bin Ahmad (040211)

22 comments

  1. Dr. saya baru sahaja pulang dari klinik. setelah sebulan dlm keadaan tanda tanya dgn upt yg samar2 akhirnya tadi sy ke klinik. doc dapati ada sac (object bulat spt telur) dlm rahim sy cuma doc tak dpt nk sahkn disebabkan upt test sy yg samar +ve. last scan pada 20Dec tp rahim saya masih kosong pada waktu itu. utk pgetahuan dr, period sy masih datang setiap bulan + simptom2 hamil yg lain (breast tense,keputihan,mual2+kurang slera makan) . ape pndapat dr dlm hal ini ya..? sgt2 musykil. thanks..

  2. salam DR..saya telah 3thn berkahwin dan tidak pernah hamil.saya mempunyai kitaran period yg tetap pada setiap bulan..apa yg merunsingkan saya ialah period saya dah delay 8hari dan saya tidak pernah mengalaminya sebelum ini..saya ada buat upt tp resultnya negatif..apa pendapat DR?

  3. salam,doktr..

    saya takut dan keliru..kalau apa yang menjadi keinginan ku bersama suami tak tercapai…sekarang ne saya dah lewat datang bulan (10 hari)..tanda-tanda mengandung tu ssaya dah ada,tapi buah dada saya tak membnegkak sanggat so adakah saya ne mengandung atau tak?awalnye saya adalah pernah mengandung luar rahim pada 3/12/2010 dan datang haid pada 3/1/2011 berhenti pada 7/1/2011,,so sekarang macam mana ne doktr,takut sanggat..

  4. salam doktor
    saya ada satu kemuskilan
    kali terakhir saya datang haid ialah pada 9 januari 2011 dan sehingga sekarang haid saya belum datang. Saya tela menjalani ujian UTP namun hasilnya negatif. Saya juga telah menjalani ujian scan di klinik dan doktor masih belum dapat memastikan kemahilan saya. Saya amat keliru sekarang kerana sudah sebulan lebih haid saya lewat dan ujian UTP masih negatif. Apa pandangan doktor?

  5. salam doktor..saya da kemuskilan ckit..
    nak tanya, saya telah due haid 4 minggu 4 hari..tp dah buat UPT sebanyak 5 kali..semuanya clear negative je..tp haid langsung xdatang.tp symptom2 early pregnancy ada, nauseated, vomit sometime, dizzines, keputihan, gastritis, stomach ache, pendarahan vagina brownish in colour for 2 days..saya amat keliru skarang..apa pendapat doktor tentang masalah saya., dan apa suggestion doktor?

    • Salam doctor..sy da tk dtg period dah tiga bulan.sy test air kncing kt umah negetif. Lepas tu sy pg klinik doktor buat test air kencing.dan nampak positif.ttpi tidak blh scan.dia suwo dtg hari lain.dan saya telah dtg buat scan dan tk nampak.buat test air kencing lg. Keputusan nyer negetif.selap itu sy pg pakar..sy cek scan dr kamaluan tk nak nampak jgk.sekrg sy betol2kofius.berat bdn sy makin betambah

  6. salam dr. sy nk tnye skit..
    3 mggu lps sy ade wat upt.. result +ve tp samar2.. 3 hari lepas tu, sy wat lg upt, result +ve gak..sy pg check kt klinik..tibe2 upt tuh -ve lak.. scan pn kosong je. doc ckp u not pregnant… balik dr klinik..sy dh period.. hari ke-3 darah kering.. then hari tu anak saye ade duduk atas perut n tertendang perut saye. saye x rasa sakit. then, sy kencing, kuar 1 ketulan darah yg agak besar. sy pernah dgr org pregnant pn ade yg period cam biase. pada pendapat doc, adakah sy mmg pregnant, tp dah gugur?

  7. salam doktor,
    saya pernah mengalami keguguran apabila kandungan saya memasuki 10wks, saya mengalami pendarahan dan membuat ultrasound dan mendapati yang kandungan saya masih berusia 4wks, doktor mencadangkan saya membuat proses D&C namun saya menungu selama sehari sebelum ke hospital dan alhamdulillah pada keesokkan harinya kelongsong itu keluar sendiri; complete miscarriage, doktor mengatakan yang kejadian tersebut adalah biasa bagi mereka yang baru mengandung, saya mengambil chlomyd selama 6 kali sebelum mengandung kerana saya mengalami masalah hormon, saya disahkan lagi mengandung selepas 5 bulan kemudian,usia kandungan saya seawal 4 minggu doktor mengatakan yang air kencing saya kotor dan mengandungi gula, saya risau kerana kandungan saya kali saya tidak membuat ultrasound di awal kehamilan dan hanya ingin menunggu semasa kehamilan 4 bulan, apa yang merisaukan saya air kencing saya berwarna kuning dan saya kerap berkencig terutama pada waktu malam, saya akan terjaga setiap kali selepas 2 jam, saya juga telah meminum air masak yang banyak namun air kencing saya masih berwarna kuning pekat, saya ingin bertanya apakah yang boleh saya lakukan untuk mencairkan air kencing saya dan mengurangkan kehadiran gula dalam air kencing tersebut,

    sekian terima kasih:

  8. Sharifah Fadzilah Bt. Sayed Abdull Rahman

    Assalamualaikum doktor…..saya pernah menjalani pembedahan utk membuang tiup fallopio kiri akibat ectopic pregnancy….. benarkah ada sesetengah org berkata sekiranya satu tiup fallopio dibuang kita hanya boleh hamilkan bayi yg terdiri dari satu jantina sahaja…samada lelaki sahaja atau perempuan sahaja….bukankah jantina bayi ditentukan oleh sperma suami (XY atau YY) ? anak sulung saya lelaki…anak kedua (selepas membuang tiup fallopio) juga lelaki…harap mendapat penerangan doktor berkaitan hal ini kerana saya teringinkan bayi perempuan…

  9. salam doc…sy nak tanya tanda2 kandungan luar rahim?sy agak risau sbb sy telah lewat period selama 1 bln.dlm masa tersebut sy telah buat upt sebnyk 3x pd jarak seminggu dan semua -ve.sy telah berjumpa doc dan scan telah dibuat,tp sy tak mengandung…kemudian doc telah menetapkan tarikh yg lain tuk check-up seterusnya.pd check-up yg ke2 tue sy disahkan mengandung kerana upt +ve tp scan ttp xnmpk…kalu berdasarkan tarikh last period sy,sy sepatutnya dh mengandung 9 minggu.tp doc xleh nk sahkan tarikh due sy lg…adakah sy ada tanda2 kandungan luar rahim?harap doc dpt membantu…

  10. SHARIFAH HASNAH

    assalamualaikum doktor,saya dah mendirikan rumahtangga selama 3 tahundan belum d kurniakan zuriat,saya nak bertanya,,dan saya berharap agar doktor dapat memberikan saya keterangan berkaitan tentang apa yg saya tgh alami sekarang nih

    saya telah lewat haid selama 2 mgu mengikut perkiraan jadual haid saya,,hari pertama akhir saya datang haid pada 11/11/2011 dan pada 11/10/2011 pada haid hari kedua saya pernah mendapatkan ubat keseburan chlomide daripada hospital pakar. sekarang nih pula bila saya buat Urine Pregnancy Test,,,di dapati masih negatif..bole x bagi saya satu penjelasan tentang hal ini

  11. slmt mlm doc…sedih dan keliru….pada 19 dec 2011,sya cek upt coz lewat period selama sebulan lebih tp npk samar2.then pda 21 dec 2011 sya pegi scan kat klinik tp doc x npk kantung janin.pastu doc suruh cek dlm msa 2 week lg.after 2 week pda 04 jan 2012, sy scan kat klinik lain.dh npk kantung janin tp kecik sgt.doc sahkan sya hamil 5 week.tp doc suruh cek balik pla slps 2-3weeks coz nk tahu pkmbgn janin tu.slps 2 week sya dtg ke klinik tmpt mula2 sya scan dulu.tp yg mengelirukan sya doc ne ckp pla tkde kantung janin kelihatan.doc ne suggest cek air kencing lg,cek kptsn still samar2..jadi sya sgt2 keliru…bole tk bg penjelasan ttg hal tersebut?ssh nk pcya mna satu btl.

  12. Assalamualaiku Doc,
    period saya telah lewat lebih kurang 1 minggu tetapi apabila saya malakukan urine test resultnya negatif. Adakah saya melakukan test terlalu awal? saya was-was untuk membuat pemeriksaan di klinik kerana sebelum ini saya permah membuat pemeriksaan tetapi doc tersebut mengesahkan saya keguguran kerana tiada kantung kelihatan sewaktu ultrasound walaupun ujian darah masih positif. Saya ada terbaca keadaan saya ini disebabkan kandungan hcG dalam urine yang rendah. Apakah yang harus aya lakukan? harap dapat membantu. Terima kasih.

  13. salam doc..2 hari lepas sya semasa scan dgn klinik o&g,doc pakar bgtahu janin sya tidak membesar..sepatutnya dh 9 minggu tp doc bgtahu baru 5 minggu 3 hari..masaalahnya sya dah pernah scan 3 minggu sebelum ni dan doc bgtahu kandungan sya dah 5minggu 6 hari..kenapa janin makin mengecil?doc cadangkn scan semula lg 3 minggu dan klu masih sama doc akan buat d&c..ini adalah anak saya yg pertama selepas 4 thn berkahwin…masih ada peluangkah untuk sya selamatkn kandungan sya ni doc?

  14. salam doc,
    baru2 ni saya telah disahkan mempunyai kencing manis ketika hamil sewaktu kandungan sudah menjangkau 7bulan.ini adalah disebabkan berat badan yg naik mendadak,saya juga dinasihatkan agar membuat rawatan BSP 4x.dan didapati normal
    kerana pengawalan pemakanan.tetapi yg merisaukan saya adalah
    doc yg bertugas telah scan kandungan dan mendapati saiz kepala anak saya agak kecil sedikit.dan dia suruh saya datang 2mgu lagi utk scan samada tumbesaran itu meningkat@tidak.ianya merisaukan saya.apakah sbbnya terjadi begitu dan apakah yg patut saya lakukan?

  15. doc,sebelum ini saya mengalami keguguran pada kandungan usia 8w dan selamat dilakukan d&c pada 4/2/2012.haid seterusnya adalah pada 4/3/2012 yang lalu dan tiada lagi haid untuk bulan seterusnya.pada 5/4/2012,sy telah ke klinik pakar untuk memastikan adalah sy hamil dlm tempoh terdekat setelah d&c lalu.keputusan doktor disitu,kandungan saya berusi 5w tetapi rahim masih kosong.saya dinasihatkan datang semula 3 hari dari tarikh itu untuk d&c sebb doktor berpendapat saya akan mengalami keguguran berulang.tapi saya berdegil.saya meminta tempoh 3 minggu dari tarikh tersebut.pada 10/5/2012 semasa kandungan saya 10w,saya pergi semula,dan doktor mendapati janin complete terbentuk tetapi degupan jantung sukar dilihat walaupun sudah di scan menerusi faraj.doktor menyarankan saya berbincang dengan suami untuk menunggu atau mencuci kandungan tersebut.saya benar2 kecewa..saya berdegil lagi.saya minta tempoh lagi 2 minggu dari sekarang..jadi saya akan berjumpa kembali doktor tersebut pada 29/5/2012 ini.jadi disini saya ingin meminta pendapat doktor,adakah logik,jika kandungan saya masuk ke 13w,tidak nampak jantung,maknanya saya perlu mengikuti pendapat doktor tersebut untuk mencuci kandungan kali ini? bayangkan jika saya mengikut kata doktor sebelum ini utk buat d&c pada kandungan 5w lalu,tentu saya tiada harapan utk melihat janin yang complete pada 10w seterusnya..jadi saya keliru?tolong reply mesej ini.terima kasih..

  16. Salam doc…
    saya sekarang mengandung 8w,smlm saya pergi scan…menurut doc yg merawat kelongsonng bayi ada,degupan jantung pun ada tp janin x nampak…ada sebarang kemungkinan masalah ke kandungan saya doc? Doktor tersebut suruh saya dtg 3w lg utk ulang scan…

  17. Asslmualaikum,Dr.Saya telah menjlnkan ujian sendiri di rumah,positif,ada 2 line tak sampai 3 minit.Bila pegi klinik,dr kata tanda nya samar,dan buat scan katanya tak jelas dan Dr terus tanya adakah saya pernah gugur,saya kata pernah,dan Dr minta saya dtg lagi 2 minggu.Kalau ikut kiraan pd tarikh haid akhir,saya sepatutnya sudah 6 minggu dan kata Dr,sepatutnya nampak pd scan,yg pelik kadang-kadang saya rasa loya dan pening dan kadang-kala saya rasa badan mcm tak ada apa-apa(tak mengandung),adakah saya ni dlm situasi nak gugur,ada juga rasa mcm sakit nak dtg bulan,di pinggang dan bwh perut tapi taklah kuat,saya pun rasa tekak tak mengidam,biasanya kalau time mengandung,mcm-mcm saya teringin,harap dpt Dr bantu,saya sangat risau memikirkannya,terima kasih.


    • Asslmualaikum,Dr.Saya telah menjlnkan ujian sendiri di rumah,positif,ada 2 line tak sampai 3 minit.Bila pegi klinik,dr kata tanda nya samar,dan buat scan katanya tak jelas dan Dr terus tanya adakah saya pernah gugur,saya kata pernah,dan Dr minta saya dtg lagi 2 minggu.Kalau ikut kiraan pd tarikh haid akhir,saya sepatutnya sudah 6 minggu dan kata Dr,sepatutnya nampak pd scan,yg pelik kadang-kadang saya rasa loya dan pening dan kadang-kala saya rasa badan mcm tak ada apa-apa(tak mengandung),adakah saya ni dlm situasi nak gugur,ada juga rasa mcm sakit nak dtg bulan,di pinggang dan bwh perut tapi taklah kuat,saya pun rasa tekak tak mengidam,biasanya kalau time mengandung,mcm-mcm saya teringin,harap dpt Dr bantu,saya sangat risau memikirkannya,terima kasih
      .

      Wa alaikum mus salam. Saya percaya berkemungkinan besar puan hamil kerana UPT menunjukkan dua jalur, walaupun agak samar pada bahagian jaluran test berbanding dengan jalur control. Jaluran yang tidak terang ini mungkin disebabkan oleh puan masih lagi berada di awal kehamilan.

      Jika puan melakukan ujian ultrasound di kebanyakan klinik bukan-pakar perbidanan, mesin ultrasound yang digunakan kebanyakannya tidak begitu baik berbanding mesin ultrasound yang digunakan oleh doctor pakar perbidanan, kerana harganya lebih mahal dan mengesan dengan lebih baik. Oleh itu di awal kehamilan, doctor agak sukar mengesan janin dalam rahem puan. Imej yang dilihat juga tidak jelas dan kebanyakan doctor tidak berani mengesahkan kehamilan.

      Cara yang terbaik ialah menunggu antara semingu atau dua minggu dan mengulangi semula pemeriksaan UPT atau ultrasound, jika masih lagi tidak mengalami kedatangan haids. Rasa loya, pening dan mengidam bukanlah tanda yang pasti bagi kehamilan seseorang. Ia lebih kepada tanda yang menyokong, bukan tanda yang menentukan kehamilan seseorang. Tiada doctor yang mendiagnosa seseorang wanita hamil hanya berdasarkan aduan bahawa dia mengalami loya, pening dan mengidam. Sekurang-kurangnya pemeriksaan UPT diperlukan untk mengesahkan kehamilan seseorang. Wallahu a’lam.

  18. salam doktor,
    saya telah buat upt di rumah dan +ve.last date period saya pada 25.09.2012.(period saya tidak teratur)saya telah rujuk ke hosp. kerana sy mengalami sakit perut(bwh pusat) pada 23.09.12 sehingga 01.11.12.Doktor suspek saya mengandung luar rahim.
    tvs pertama x de ape2 kelihantan(01.11.12)
    tvs kedua nampak kantung yg kecil(06.12.12)
    tvs ke3 nampak kantung biasa tapi tiada janin kelihatan(12.11.12)
    ujian darah saya yg pertama 862.5 dan after 48hrs 2156.
    saya ingin bertanya pandapat doktor memandang ini kandunagn pertama sy selepas 7 thn berkawin.

    sekian terima kasih..

  19. Salam doc,sy nk tnya dan keliru..sy ada check upt dirumah dan diklinik keputusannya positif..tp masalah yg sy hadapi sy tidak ada tanda2 mengandung kecuali miss period da 1 mggu lbih dan tiada sebarang alahan,sy ada buat scan diperut sbb sy ada mgalami sakit perut memulas dan sakit tu sy boleh tahan cuma kadang2 rasa tak selesa,doc scan n ckp kandungan sy x npk langsung,doc syak sy mengandung luar rahim..persoalan sy adakah persangkaan ini benar @ kandungan kantung sy tak npk sbb masih baru dan kecil?mintak tolong jelaskn.

    • Salam doc,sy nk tnya dan keliru..sy ada check upt dirumah dan diklinik keputusannya positif..tp masalah yg sy hadapi sy tidak ada tanda2 mengandung kecuali miss period da 1 mggu lbih dan tiada sebarang alahan,sy ada buat scan diperut sbb sy ada mgalami sakit perut memulas dan sakit tu sy boleh tahan cuma kadang2 rasa tak selesa,doc scan n ckp kandungan sy x npk langsung,doc syak sy mengandung luar rahim..persoalan sy adakah persangkaan ini benar @ kandungan kantung sy tak npk sbb masih baru dan kecil?mintak tolong jelaskn.

      Dr Zubaidi: Cara terbaik untuk mendiagnosa kehamilan adalah dengan melakukan pemeriksaan darah untuk hormon b-hCG dan pemeriksaan ultrasound. Pemeriksaan UPt adalah ujian saringan yang mempunyai banyak kelemahannya. Kehamilan luar rahem pula dapat didiagnosakan dengan pemeriksaan ultrasound. Doktor yang melakukan pemeriksaan itu sepatutnya dapat melihat kantung janin berada di saluran fallopian, sebelum dia berani mendiagnosa kehamilan luar rahem.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top