Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Keletihan yang melampau

Keletihan yang melampau

KELETIHAN YANG MELAMPAU
 
fatigue
“Salam doktor, saya berumur awal 40an, dan telah melakukan pemeriksaan kesihatan. Doktor memberitahu saya tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan. Namun yang menjadi tanda tanya, ialah saya mengalami masalah kepenatan dan keletihan yang luar biasa, walaupun saya hanya bekerja sebagai pengurus sebuah bank. Berat saya hanya 78kg dan tinggi saya 175cm. Saya rasa sering mengantuk, mudah lupa dan kerap rasa letih seperti baru lepas berman futsal. Mohon bantuan doktor untuk mengatasi masalah saya ini.”
 
 
WA ALAIKUM MUS SALAM.
 
Mungkin tuan mengalami masalah yang dinamakan ‘sindrom keletihan kronik’ atau Chronic Fatigue Syndrome (CFS). Ia adalah gangguan metabolisme yang kronik dan rumit di peringkat sel. Ia berpunca apabila tenaga ATP yang sepatutnya di hasilkan di dalam mitokondria dalam sel, tidak dihasilkan dengan mencukupi.
 
Orang yang mengalami CFS selalunya mengalami keletihan yang melampau dan luar biasa, yang tidak dapat dijelaskan oleh mana-mana keadaan perubatan. Ia seolah-olah penyakit misteri.
Ia juga tidak dapat dikesan dengan pemeriksaan darah yang biasa.
 
Keletihan ini mungkin menjadi lebih teruk apabila tuan melakukan aktiviti fizikal yang ringan seperti berjalan di shopping mall atau tuan melakukan aktiviti mental seperti membaca buku.
 
Punca CFS ini tidak diketahui, walaupun terdapat banyak teori – dari jangkitan virus kepada tekanan psikologi.
 
 
Tidak ada satu ujian darah untuk mengesahkan diagnosis CFS ini. Tuan mungkin memerlukan pelbagai ujian perubatan untuk mengesahkan masalah tuan ini.
 
 
Setakat ini tiada lagi ubat yang diberikan oleh doktor. Saya mencadangkan tuan mengambil suplemen yang mengandungi D-Ribose dan Malic Acid yang membantu proses penghasilan tenaga ATP di dalam mitokondria. Bila tenaga dapat dijanakan dengan baik, mungkin tuan akan berasa lebih bertenaga.
Saya mencadangkan pengambilan Ribocel yang mengandungi Malic Acid dan D-Ribose 5mg.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: