Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » KELEBIHAN PEMERIKSAAN CT-SCAN

KELEBIHAN PEMERIKSAAN CT-SCAN

KELEBIHAN PEMERIKSAAN CT-SCAN

 

 

Computerized Tomography (CT Scan) menjadi salah satu produk teknologi perubatan yang canggih pada masa ini.

CT Scan boleh digunakan untuk membuat imbasan pada pakai seluruh tubuh manusia, mulai dari otak atau kepala, paru-paru, jantung tulang, otot dan bahagian yang lain.

Misalnya dalam pemeriksaan jantung, CT Scan boleh mengimbas saluran darah koronari yang berada pada permukaan luar jantung dengan mengetahui dengan tepat diameternya dan mengesan jika ada penyumbatan dalam saluran darah.

Ini kerana pemeriksaan CT scan akan melakukan imbasan yang berupa hirisan setebal 1mm. Jadi jika ada perubahan seperti ketumbuhan dalam abdomen sebesar 2mm pun, CT Scan mampu mengesannya.

Dengan ini pemeriksaan  CT Scan dapat mendiagnosa dengan lebih tepat. Malah CT scan selamat dilakukan pada setiap pesakit.

CT Scan boleh mendiagnosa berbagai jenis penyakit. Contohnya memeriksa kepala untuk mengesan stroke, kecederaan, tumor otak. Jika di paru untuk mengesan tumor dalam paru-paru, jangkitan kuman atau jangkitan TB. Pada abdomen, CT Scan boleh digunakan mengesan tumor, cedera perut, pendarahan, dan sumbatan dalam usus.

Hasil pemeriksaan CT Scan lebih baik dari ultrasound (USG) atau magnetic resonance imaging (MRI).

Satu hal yang selalu dibimbangkan adalah kesan radiasi. Sebenarnya bahaya radiasi tersebut boleh diabaikan. Berbanding dengan manfaat CT Scan yang lebih besar.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: