Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » KELEBIHAN MAKAN TEMPE

KELEBIHAN MAKAN TEMPE

KELEBIHAN MAKAN TEMPE


Tempe adalah makanan yang biasa dimakan oleh orang Jawa di Malaysia terutama di Johor dan Selangor. Ia adalah kacang soya yang melalui proses fermentasi dengan menggunakan ragi.


Tempe mempunyai kandungan nutrisi yang hebat. Dalam setiap 100 gram, tempe mengandungi:


Air: 55.3 gram
Kalori: 201 kCal
Protein: 20.8 gram
Lemak: 8.8 gram
Karbohidrat: 13.5 gram
Serat: 1.4 gram
Kalsium: 155 mg
Fosfat: 326 mg
Zat besi: 4.0 mg
Natrium: 9 mg
Kalium: 234 mg
Copper: 0.57 mg
Thiamin: 0.19 miligram
Riboflavin: 0.59 miligram
Niacin: 4.9 miligram


Tempe mempunyai harga yang agak murah, mudah didapati dan rasanya sedap. Ia merupakan sumber protein dari tumbuh-tumbuhan yang terbaik. protein dari tempe digunakan untuk memperbaiki sel tubuh yang rosak. Ia mempunyai protein (asid amino) yang bagus untuk mengelakkan penyakit diabetes, penyakit jantung, dan menjaga menurunkan berat badan.


Selain itu protein dalam tempe dikatakan lebih larut dalam air dan ini meningkatkan aktiviti enzim proteolitik. Enzim proteolitik atau protease akan memecahkan rantai panjang protein menjadi sebatian yang dapat dicerna oleh tubuh. Menurut penerbitan dari jurnal Biomolecules, enzim ini juga membantu fungsi pembelahan sel, pembekuan darah, meningkatkan sistem pertahanan tubuh, dan penting untuk fungsi tubuh lain yang penting.


Tempe juga menurunkan risiko mendapat risiko mendapat osteoporosis. Dengan mengambil 100 gram tempe mampu memenuhi 15 peratus keperluan kalsium dan 65 peratus keperluan fosfot untuk sehari bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. Ia juga dapat mencegah osteoporosis pada wanita yang telah mengalami menopause.


Dalam terbitan dalam International Journal of Food Sciences and Nutrition, menyebut penyerapan kalsium dari tempe tidak berbeza jauh dengan susu lembu. Untuk mendapatkan nutrisi yang sama dengan segelas susu, kita hanya perlu mengambil potong tempe. Hal ini tentu bermanfaat bagi mereka yang mengalami masalah alahan pada protein susu lembu.


Tempe juga membantu mencegah anemia. Ini kerana tempe mengandungi vitamin B12 yang membantu tubuh dalam menghasilkan sel darah merah. Dalam setiap 100 gram tempe mengandungi sekitar 1.7 mikrogram vitamin B12. Ia memenuhi 42 peratus keperluan vitamin B12 setiap hari. Kekurangan vitamin B12 dalam tubuh akan menyebabkan rasa pening, penat, pucat pada kulit, keseimbangan tubuh menurun, dan mengganggu mood.


Tempe juga dapat menangkis tindakbalas radikal bebas kerana ia mempunyai sebatian antioksida (dalam bentuk isoflavon) yang sangat diperlukan untuk menghentikan tindakbalas dan pembentukan radikal bebas.


Salah satu kesan dari radikal bebas adalah mempercepatkan proses penuaan. Dalam setiap 100mg tempe, mengandungi sekitar 10-38 miligram isoflavon yang mempunyai pelbagai manfaat. Kajian yang dilakukan oleh University of North Carolina menunjukkan bahawa sebatian antioksida pada tempe dapat membantu pencegahan kanser prostat dan payudara. Selain itu, ia juga menurunkan risiko masalah pada jantung.


Tempe membantu menurunkan berat badan. Dalam setiap 100 gm tempe mengandungi 20.8 gram protein. Dalam kajian yang diterbitkan The American Journal of Clinical Nutrition menunjukkan diet tinggi protein berasaskan kacang soya memiliki keberkesanan serupa dengan protein yang diambil dari daging haiwan, efektif yang sama seperti pada daging atau produk haiwan yang lainnya. Selain mampu mengurangi berat badan, diet ini juga boleh menurunkan rasa lapar dan meningkatkan rasa kenyang.


Dalam kajian yang lain juga menunjukkan diet kaya protein dapat merangsang thermogenesis, iaitu membantu tubuh membakar lebih banyak kalori setelah makan.


Tempe goreng adalah salah satu bentuk makanan yang paling digemari. Namun sayangnya, kandungan nutrisi yang terdapat dalam tempe, seperti prebiotik yang diperolehi melalui proses fermentasi mungkin akan rosak apabila digoreng.


Tempe boleh dimakan mentah. Cuma pastikan ia bersih. Tempe yang dikisar boleh dimasukkan ke dalam jus buah-buahan.


Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: