Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Kehamilan » Kekurangan Gula (Hypoglycemia) Ketika Hamil

Kekurangan Gula (Hypoglycemia) Ketika Hamil

“Doktor, saya nak tanya. Maaflah kerana terpaksa menelefon. Isteri saya tidak tahan untuk meneruskan puasa. Bolehkah beliau berbuka?”

Macamlah saya seorang ustaz pula. Tetapi  terdetik juga dalam hati, apa sebenarnya yang berlaku sehingga isteri beliau mahu meninggalkan puasa.

“Isteri saya sedang hamil 8 minggu. Dia kata badannya letih, menggigil dan lemah. Saya pun hairan sebab dia bersahur pagi tadi dengan saya”

“Kalau begitu, bolehlah berbuka. Jangan tunggu sampai pengsan pula” jawab saya ringkas. Saya percaya isteri beliau sedang mengalami hypoglycemia.

“Tahun lepas pun dia berpuasa, tapi dia tidak pernah mengalami rasa lemah, menggigil dan lemah badan walaupun badannya agak kurus. Sekarang, dia mengalami masalah ini. Adakah ini disebabkan kehamilannya?”

“Sudah pasti. Mungkin isteri awak jenis yang kurang makan, sebab itu badannya kurus. Apabila kurang makan dan semua nutrient dikongsikan dengan bayi dalam rahem, sudah tentu tidak mencukupi..”

“Oh.. berkongsi tiga oranglah doktor. Isteri saya hamil kembar dua orang bayi. Padanlah..”

Hypoglycemia adalah keadaan disebabkan kekurangan gula glucose dalam darah. Ia boleh berlaku bila-bila masa sahaja ketika hamil, tetapi kerap berlaku pada trimester pertama.

Kebanyakan orang dewasa mempunyai kandungan glucose melebihi 4.0 mmol/L ketika berpuasa. Mereka mula mengalami tanda-tanda hypoglycemia apabila kandungan gula glucose menurun kurang dari 4.0 mmol/L. Namun masih ramai orang yang berkeadaan seperti biasa walaupun bacaan glucose mereka menhampiri 3.5 mmol/L.

Tanda-tanda hypoglycemia itu pasti muncul apabila kandungan gula kurang dari 3.0 mmol/L (50 to 54 mg/dl). Tanda-tandanya ialah pening, rasa lemah badan, menggigil, berpeluh, rasa keliru dan pandangan berkabur.

Bagi wanita yang tidak mempunyai diabetis, hypoglycemia ketika hamil disebabkan apabila wanita itu tidak makan dengan secukupnya. Doktor selalu menasihatkan agar wanita hamil makan dengan kerap iaitu antara enam dan lapan kali sehari, termasuk makanan berat dan makanan ringan, termasuk buah-buahan segar dan sayur-sayuran.

Walau bagaimana pun bayi dalam rahem tidak mengalami hypoglycemia dan masalah yang serius jika ibu mereka mengalami kekurangan gula yang agak sederhana kerana bayi dalam rahem mendapat bekalan makanan dan nutrient  yang dibekalkan dari organ hati ibu mereka.

Jika seorang wanita hamil mengalami kekurangan glucose yang serius, kemungkinan bayi dalam rahem juga turut mendapat musibah. Ini kerana kekurangan glucose bukan saja menjejaskan fungsi otak ibu, namun ia akan menjejaskan juga fungsi otak bayi dalam rahem jika tidak menerima glucose yang mencukupi. Ini selalunya berlaku pada ibu-ibu yang mengalami kekurangan nutrisi dan kelaparan akibat kemarau panjang atau pun peperangan.

Otak adalah satu-satunya organ utama yang memerlukan glucose secara berterusan kerana sel-sel otak tidak mempunyai kebolehan untuk menyimpan bekalan glukos bagi jangka masa yang lama.

Tanpa glucose yang secukupnya, otak gagal berfungsi dengan baik. Keadaan ini berlaku apabila kandungan glucose menjadi kurang dari 3.5 mmol/L. Otak akan menjadi keliru dan tidak bertindak cepat. Apabila kandungan glucose menjadi semakin rendah iaitu kurang dari 2.5 mmol/L, wanita itu akan terus pengsan dan koma.

Hypoglycemia dapat dirawat dengan memberikan glucose atau gula yang mudah diserap seperti air soda, jus buah-buahan, atau air gula pasir. Selalunya keadaan menjadi bertambah baik, selepas 5-10 minit. Masa itu bolehlah diberikan makanan yang lebih kompleks seperti sandwich, biskut dan kuih-muih.

Jika hypoglycemia berlaku pada jangkamasa yang lama , ia akan merosakkan sel-sel otak secara kekal. Otak akan menghadapi masalah kognitif, tidak mampu menggerakkan anggota malah ada yang terus dalam keadaan koma.

Oleh itu jika pesakit tidak pulih selepas 10 minit, haruslah dibawa ke hospital terdekat supaya rawatan infuse IV drips dextrose 50% dapat diberikan. Ini membantu otak mendapat bekalan gula glucose dengan cepat.

Situasi yang paling bahaya ketika hypoglycemia ialah apabila ia berlaku ketika tidur. Kita dapat mengagak seseorang mengalami keadaan itu apabila melihat baju yang dipakai menjadi basah akibat berpeluh, dan dia mengalami mimpi yang menakutkan. Bila tersedar, pesakit akan rasa penat, keliru dan lemah. Apa yang harus kita lakukan ialah mengejutkannya dan bertanyakan adakah dia tidak apa-apa. Langkah yang drastik harus dilakukan sebelum mereka masuk ke fasa koma dalam tidur.

Wallahu a’lam.

 

Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (250811)

Rujukan:

Cryer, Philip E. (2001). “Hypoglycemia”. In Jefferson L, Cherrington A, Goodman H, eds. for the American Physiological Society. Handbook of Physiology; Section 7, The Endocrine System.. II. The endocrine pancreas and regulation of metabolism.. New York: Oxford University Press. pp. 1057–1092.

Cryer, Philip E. (1997). Hypoglycemia: Pathophysiology, Diagnosis, and Treatment. New York: Oxford University Press

6 comments

  1. sy nk tau sgt kenapa sy selalu rs hypoglisemia..berat badan 55 tinggi 152..sy tkut ada kaitan dgn diabetes…normal ke hypoglisemia bg org yg x de diabets..harap doc dpt jawab sbb bila sy cek gula doc selalu kata normal..sy minum air manis secawan pun masih gigil..napa ye…

    • Ya, hypoglycaemia boleh dialami oleh orang yg tiada diabetes. Nak tahu kenapa dan sebabnya, saya tidak dapat menjawabnya, kecuali puan melakukan pemeriksaan.

  2. saya ada satu kemusykilan…
    saya baru lepas melahirkan anak dan satu masalah yang saya hadapi sekarang ialah.. badan saya akan menggigil dan pandangan kadangkala menjadi kabur..adakah saya juga mengidap hypoglycemia?? sedangkan semasa hamil, saya mengalami masalah diabetes…

    • Adakah masih mengambil insulin untuk diabetes ketika hamil? Jika masih, puan mungkin menghadapi hypoglycaemia. Jika tidak lagi, puan harus membuat pemeriksaan semula.

  3. Salam. Wanita yg tidak hamil pun blh dpt hypoglycemia kah?
    Bbrp mggu lepas sy duduk dlm keadaan yg biasa sy lakukn ketika bekerja di pejabat tetapi tiba2 saya merasa kaki saya kebas, jika orang lama disebut ‘semut-semut’.

    Dan hari ketiga puasa (isnin hari pertama kerja) saya hampir pitam di dalam bas. Dalam keadaan bas berhawa dingin yang sangat sejuk, saya masih boleh berpeluh yang mana bukanlah kebiasaan untuk saya. Rasa sedikit kebas, muka rasa sejuk meremang(bahagian kepala).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top