Kekuningan Pada Bayi: Normal atau Bahaya?

Kekuningan pada bayi menjadi kebimbangan kepada ibubapa yang baru mendapat cahayamata. Mungkin disebabkan tiada pengetahuan dan pengalaman menyebabkan mereka segera membawa anak mereka ke klinik.

 

Kadang-kala saya rasa kasihan melihat anak yang berusia beberapa hari telah diusung ke klinik. Selalunya saya akan beri keutamaan kepada bayi.

 

Saya tidak pasti sama ada penerangan telah diberikan oleh para jururawat sebelum anak mereka dibenar keluar dari hospital. Mungkin Kementerian Kesihatan harus memastikan para ibu menghadiri kelas selama sejam sebelum dibenarkan pulang agar dapat diterangkan perkara-perkara yang perlu mereka tahu mengenai bayi mereka.

 

Saya masih teringat seorang nenek membawa cucunya yang kekuningan ke klinik dengan ditemani oleh anak lelakinya.

 

”Cucu saya kekuningan, bahaya ke doktor?” tanya seorang nenek selepas meletak cucunya di atas katil pemeriksaan.

 

Kekuningan atau istilah perubatannya ”jaundice”  adalah keadaan di mana kulit dan mata bayi menjadi kuning. Ia biasa berlaku pada bayi yang baru lahir , dua atau tiga hari selepas lahir. Ia akan mencapai kemuncak selepas empat hari dan akan hilang selepas dua minggu. Jaundice tidak bermakna bayi kita sakit.

 

Kekuningan biasanya dikesan dengan menekan hujung kuku kita dengan lembut pada kulit bayi. Kekuningan juga lebih mudah dikesan pada putih mata (sclera), muka sehingga ke dada.

 

Berapa hari umur bayi ini?” tanya saya.

 

Baru lima hari doktor, itu yang saya risaukan. Dah dua hari dia ada kekuningan ini. Saya jadi risau

 

Makcik, jangan risau kerana kekuningan ini normal pada bayi yang baru lahir kecualilah ada tanda-tanda dia keletihan, tidak mahu menyusu atau ada demam

 

Saya mengulagi lagi, ”Ia biasa berlaku pada bayi yang baru lahir , dua atau tiga hari selepas lahir. Ia akan hilang selepas dua minggu”

 

Bagi saya, kekuningan yang perlu dirisaukan ialah jika ia berlaku dalam masa dua puluh empat jam selepas kelahiran. Atau mungkin semenjak lahir. Ini menandakan organ hati (liver) bayi itu mempunyai masalah, sama ada jangkitan kuman atau masalah kecacatan sejak lahir (congenital defect).

 

Masalah kekuningan ini juga menjadi serius jika kekuningan itu terlalu kuat, iaitu bukan kekuningan yang biasa. Maksudnya bayi itu seolah-olah telah disapu dengan kunyit. Ia adalah sesuatu yang serius dan perlu berbincang dengan neonatologist atau paediatrician.

 

Doktor, apa sebab kekuningan ini? Saya dengar kalau masa hamil mengamalkan banyak herba, akan mengurangkan kekuningan”

 

Herba? Lagi-lagi herba. Kalau betul tidak apa, ini semua petua herba itu diambil dari majalah dan sumber internet yang boleh diragui kesahihnya.

 

Kemudian disampaikan dari mulut ke mulur, dari fb ke fb dari laman blog ke laman blog. Copy and paste. Siapa mahu bertanggungjawab jika apa-apa berlaku kepada ibu yang hamil. Saya sudah jumpa banyak kes kesilapan fakta dalam internet.

 

Kekuningan sebenarnya bukan penyakit misteri. Ia adalah fenomena normal apabila darah pada bayi menjadi rosak dan pecah dan dicernakan oleh organ hati. Pencernaan dan penguraian komponen dalam darah ini akan menghasilkan bilirubin.

 

Biasanya semua bilirubin dapat dibuangkan melalui najis. Tetapi apabila terlalu banyak darah yang rosak dan pecah serta diuraikan secara serentak dalam satu masa, tahap bilirubin dalam darah akan meningkat dalam darah. Peningkatan bilirubin inilah yang dapat dikesan melalui kekuningan pada tubuh bayi.

 

Ini penjelasan ringkas bagi orang awam agar memahami bahawa kekuningan adalah sesuatu yang normal. Ia bukanlah suatu fenomena yang luarbiasa. Sebenarnya penjelasan bagaimana pembentukan bilirubin dalam darah dan bagaimana ianya diuraikan amat panjang dan rumit, tidak perlulah saya cuba terangkan secara perinci.

 

Kalau macam tu, kenapa misi yang datang rumah menyuruh saya bawa anak saya ni jumpa doktor. Dia marah-marah dan kata ini bahaya” terang nenek itu cuba menjustifikasikan kehadirannya ke klinik.

 

Apa yang dilakukan oleh jururawat itu betul. Pengetahuannya mungkin tidak mencukupi dan haruslah dirujukkan ke orang yang lebih tahu, iaitu doktor. Dia tidak bersalah. Mungkin jururawat itu marah-marah apabila pesakit mereka seperti tidak serius dengan keadaan itu.

 

Doktor, saya nak tanya, kalau kekuningan ini tak serius, mengapa anak rakan saya masuk ICU beberapa bulan dan keluar dari hospital dengan kecacatan otak yang kekal?”

 

Saya bersetuju jika mereka mahukan pemeriksaan lanjut ke atas bayi mereka. Saya mengarahkannya melakukan pemeriksaan darah bayi itu untuk melihat tahap bilirubin. Darah itu diambil pada tumit kaki dengan mengambil sedikit titisan darah dari situ.

 

Pada kebiasaannya tahap bilirubin yang mencapai lebih 85 umol/l (5 mg/dL) akan menunjukkan tanda-tanda kekuningan. Bayi ini hanya mempunyai 100 umol/l saja. Lebih sedikit dari biasa dan masih dalam kawalan.

 

Jadi tiada apa yang perlu dilakukan pada bayi itu. Tiada ubat yang harus diberikan. Nasihat saya jika ia masih tidak berkurangan dalam masa seminggu atau kekuningannya bertambah, boleh datang semula. Saya percaya kekuningan itu akan hilang sendiri.

 

Kebanyakan bayi tidak memerlukan rawatan khusus. Namun ada yang memerlukan rawatan jika tahap bilirubin yang tinggi.

 

Rawatan yang biasa diberikan ialah rawatan fototerapi jika  tahap bilirubin melebihi 359 umol/l (21 mg/dL). Rawatan ini akan membantu bilirubin ditukarkan kepada biliverdin yang lebih ‘mesra tubuh’ dan mudah dikumuhkan. Rawatan ini harus diberikan selama 48 jam. Menggalakkan bayi menyusu juga akan menyebabkan bilirubin dikumuhkan ke dalam najis.

Jika rawatan fototerapi gagal, rawatan yang lebih agresif perlu dilakukan iaitu rawatan “exchange transfusions”. Ia adalah pemindahan darah dari bayi dan digantikan dengan darah yang lain. Ini hanya dilakukan jika tahap bilirubin melebihi 428 umol/l (25 mg/dL).

Kesian dia, doktor. Kecil-kecil lagi sudah disuntik dan dimasukkan darah

Saya diam. Memanglah kasihan, tetapi saya pernah mendapat kes yang lebih berat daripada ini, di mana seorang bayi terpaksa dirawat selama 3 bulan di ICU akibat komplikasi tahap kandungan bilirubin terlalu tinggi.

Apabila tahap bilirubin terlalu tinggi buat masa yang lama, keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan otak. Kerosakan otak ini dinamakan kernicterus. Antara kerosakan otak ialah demam dan sawan. Akhirnya apabila bayi itu membesar, dia akan menghadapi kerosakan otak dan gangguan pendengaran.

Wallahuálam

 

Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (040311)[subscribe2]

25 comments

  1. salam doc, sy nk tnya klu bayi yg berusia 19 ke 20 hari masih kuning pd bacaan antara 10.8- 11.4 adakah bahaya??apa yg kita blh bantu dia selain kerapkn susuan?hrp doc dpt tenangkn hati sy yg sedang risau dan klu ianya normal, hari ke berapa kuning akn hilang sendiri?

  2. Assalamualaikum Dr.,
    Terima kasih dengan info yang sangat bermakna ini. Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas jasa baik Dr. Amin.

  3. Lynn Abdul Rahman

    Terima kasih doc atas maklumat berguna ni..anak ke-3 sy salah sorang bayi yg melalui proses pemindahan darah ni..anak 1st n 2nd ok..dan bila sy diberitahu tentang pemindahan darah ni rasa mau pitam sy,walopun berkali2 doc kata ia adalah prosedur biasa..sume ni sbb kejahilan saya pasal jaundis..skang anak sy tu dh 1 thn..Alhamdulillah semakin sihat n cergas..

    • Alhamdulillah. Semoga anak puan terus sihat. Saya berkongsi pengetahuan dan pengalaman bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat awam. Terima kasih kerana menyokong.

  4. Saya selalu dengar bila baby kena kekuningan berjemur di bawah cahaya matahari boleh menghilangkan kekuningan.. iyer ke doktor? muyskil plak rasa..

    • Berjemur di bawah cahaya matahari bukanlah cara terbaik untuk merawat anak yang kekuningan. Cara yang betul ialah diletakkan di bawah sinaran ultraviolet. Berjemur di bawah matahari boleh menyebabkan dehidrasi, merbahaya kepada anak puan.

  5. salam DR.terima kasih atas info yg dr. berikan….sedikit sebanyak ianya dapat membantu sy dalam membuat pengkajian tentang jaundice neonatal…terima kasih

    • Semoga ilmu yang bermanfaat dapat dijadikan amalan jariah utk saya. terima kasih atas sokongan.

  6. Assalamualaikum Dr.. Anak buah saya berumur 1 bulan 8 hari, pernah kena tahan wad bulan lepas, bacaan ketika itu adalah 326.2 dan discharge apabila bacaan jatuh ke 230.5..

    But,last week which is umur dia genap 1 bulan, kuning ada lagi. pergi check up kat klinik bacaan 140.2.. and terus doc bagi surat refer to the hospital takut2 ade penyakit hati atau kencing kotor coz umur baby dah sebulan lebih.

    Soalan saya, apakah bacaan normal bilirubin baby? Apakah ada peluang untuk sembuh sepenuhnya bagi bayi berumur labih dari sebulan yg masih menghidapi jaundice seperti anak buah saya tadi?

    Dan apakah jenis rawatan dan berapakah kos rawatan sekiranya jaundice ini berlarutan?

    Terima kasih.

  7. Assalamualaikum Dr.,

    Saya ingin bertanya mengenai kekuningan kepada bayi saya. Pada Jumaat yang lalu(9 Disember 2011) saya dan isteri telah membawa anak saya check di klinik, keputusan darah adalah 191 telah turun 2 hari sebelumnya anak saya dicheck darahnya iaitu 216. Dr telah mengarahkan saya membawa anak ke hospital pada hari ahad(11 disember), kerana waktu itu cuti hari kepteraan sultan selangor.
    Disebabkan hari cuti, keputusan darah yang diterima terlalu lambat dan kekuningan anak saya juga turun iaitu 177. Dr tersebut mengarahkan isteri saya membawa anak ke hospital dan berjumpa dr pakar kanak2. kerana katanya sepatutnya tahap kekuningan telah turun di bawah 120. hari anak saya adal h hari ke 14 semasa diperiksa pada 11 disember. pa yang meragukan saya adalah, semasa membuat pemeriksaan pada 9 disember, Dr yang memeriksa mengatankan anak saya semakin sihat dan kekuningan anak saya akan turun sedikit demi sedikit. Penyataan Dr pada 9 disember DENGAN Dr yang memeriksa pada 11 Disember adalah berlainan. Saya bercadang untuk tidak berjumpa Dr pakar kanak2 terlebih dahulu dan akan membuat pemeriksaan darah pada 13 disember(selasa) di klinik. Adakah tindakan saya betul Dr.. terima kasih.

  8. salam Dr, Sy ingin btanya. bayi sy sudah berusia 3 bulan.tp matanya masih kelihatan kekuningan.apa yg harus sy buat?

    • Wsalam. Puan harus membawanya berjumpa doktor untuk pengesahan jika puan menyesyaki anak puan mengalami kekuningan.

  9. salam Dr..saya br brsalin pd 27/3 baru2 ni..ank sy msh ada jaundice sehinggalah pada hari ini (hr k-17).sy amat risau kerana bacaan tahap jaundice msh 240(bacaan pd hr ini).bby aktif&kuat myusu.utk pngtahuan Dr..jns darah sy O+ mnkla bby B+.hat sy sangat risau coz dr akan ambk darah&air kencg jika bacaan jaundce msh atas 200 utk cek hati smada ada jgkitan.blehkah dr brikan ciri2 bayi yg mempnyai maslh hati@jangkitan.TQ

  10. saya merasakan pihak kementerian kesihatan patut mengadakan kursus atau penerangan kepada ibu yang bakal mengandung atau ibu yang sedang mengandung mengenai penyakit kekuningan ini dan cara untuk menyelesaikan masalah sekiranya bayi mengalami masalah kekuningan.

    apa yang saya perhatikan pihak hospital terutamanya jururawat tidak mendedahkan perkara seperti ini terutama bagi wanita yang pertama kali mengandung. mereka beranggapan si ibu sudah tahu kerana mungkin ada ibu@nenek memberi atau menjaga mereka.
    bagi ibu yang tidak ada pengalaman macam mana?

  11. saya juga menyarankan pihak kementerian kesihatan mengambil jururawat yang bertauliah dari segi pengalaman dan tahap kepakaran dan pendidikan mereka. ini akan meningkatkan kualiti tahap kesihatn di negara kita.
    pada yang saya perhatian ada jururawat ini sukar untuk berkomunikasi dengan baik dengan pesakit @ orang awam. Ini berlaku apabila sukar memberi penjelasan kepada pertanyaan org awam dan teragak2 untuk berkomunikasi.

  12. Salam Dr. Bagaimana jika anak saya punya serum bilirubin level pada angka 236 umol/l?

    Adakah ia baik? Ataupun perlu dijalankan rawatan susulan.

  13. anak saya de jaudis lg ari ke 23 . lst bcaan jaundis 10.9 . bahaya tak . anak saya buang najis sekali sehari .

  14. assalamualaikum doc…sy br sj mlahirkn ank 2 mnggu lps…ank sy sdh slm 2 mnggu mndpt jaundice..ht sy mkin hr mkin riso tkot mnjejaskn otaknya..pd hr yg ke 13 doc suh sy admit wad d hosp…apb tba d hosp doc pakar mnyuruh sy blik slps amik drh n air kncing ank…ktanya sy perlu bjmpa dgnnya 2 mnggu lg d klinik pakar paeds..n sy xperlu lg brulng ke klinik utk mngambil drh…soalan sy skang,tidak kah dua mnggu itu terlalu lm utk ank sy…sy takot trjadi apa2 pd otak n pndengarannya…sy btl2 dh buntu…

  15. Assalamualaikum doc.. terima kasih atas info berguna berkenaan jaundis. anak kembar saya lahir 15 julai lepas ketika kandungan sy 36 minggu 2 hari. sehingga hari ini 15 ogos bayi sy masih lagi kuning dgn bacaan 121 utk 1st twin n 169 utk 2d twin. twin saya memng bf kerap dan buang air pun kerap. adakah ini satu situasi yg normal utk baby saya?

  16. assalamualaikum doc..ank lelaki sy lahir 19 ogos lepas dan berusia 20hr pd hr ini.ank sy tkena kuning pd hr ke-4 dgn bacaan 212 dan mningkat 218 dua hr slpsnya.hr sterusnya kadar bacaan turun sgt kecil adakala mningkat sdkt dan turun semula scara plahan.shingga hr ini kadar bacaan 188 dan akan direfer doc pakar next week. sy ingin btnya apakah kesan yg akan menimpa anak sy sekiranya kuningnya msih brpanjangan, doc?

  17. maslawati masri

    Salam dr…anah saya berumur 2 bulan 24 hari dan masih kelihatan kukuningan di mata berwarna putih.anak saya aktif,kuat menyusu.saya telah stop breast feeding since semlm coz bru tau ada jenis kuning drpd susu ibu.saya sgt risau dan rasa nak jumpa ngan pakar.tkt ada masalah nanti.apakah normal jika baby masih kuning 3 bulan atau lebih?

    • Salam dr…anak saya berumur 2 bulan 24 hari dan masih kelihatan kukuningan di mata berwarna putih.anak saya aktif,kuat menyusu.saya telah stop breast feeding since semlm coz bru tau ada jenis kuning drpd susu ibu.saya sgt risau dan rasa nak jumpa ngan pakar.tkt ada masalah nanti.apakah normal jika baby masih kuning 3 bulan atau lebih?

      Dr Zubaidi: Wa alaikum mus salam. Kekuningan (jaundice) yang dihadapi oleh anak puan, bukanlah disebabkan oleh proses fisiology yang normal, kerana umur anak puan telah berumur 2-3 bulan. Saya bimbang ia disebabkan oleh masalah yang lebih serius. Saya nasihatkan puan berjumpa doktor untuk pemeriksaan fizikal dan darah. Saya juga berpendapat menghentikan penyusuan ibu adalah tindakan yang kurang bijak dan kurang mungkin telah silap faham dengan artikel yang saya tuliskan. Kesimpulannya bayi yang berumur 2-3 bulan mengalami kekuningan (jaundice) bukalah sesuatu yang normal dan harus dibawa untuk pemeriksaan doktor. Wallahu a’lam.

  18. salam dr,

    saya baru sahaja bersalin pada 09.03.2013. selepas hari ke empat anak saya dijangkiti jaundice.anak saya telah dirawat menggunakan kaedah phototraphy selama 5 hari. kini anak saya masih ada kekuningan sikit.Dari maklumat yang dr berikan biliburin dapat dikumuhkan melalui najis. persoalan saya, anak saya sudah 4 hari tidak membuang najis walaupun kuat menyusu badan. adakah ini normal?

Leave a Reply to azuraCancel reply

error: Content is protected !!