Advertorial
Home » Doktor Menjawab » KEKUNINGAN MATA TETAPI TIDAK JELAS

KEKUNINGAN MATA TETAPI TIDAK JELAS

KEKUNINGAN MATA TETAPI TIDAK JELAS

 

 

Assalamualaikum. Mata saya nampak kekuningan tetapi tidaklah terlalu jelas. Apa masalahnya ya doktor. Ada apa-apa ubat untuk mengurangkan kekuningan ini? Terima kasih.

Walaikummusalam.

Puan mungkin mengalami jaundice. Ini disebabkan tahap bilirubin dalam darah semakin meningkat.

Jaundice adalah keadaan di mana terdapat kekuningan pada kulit dan mata putih. Ia mungkin berpunca dari jangkitan virus hepatitis, batu dalam hempedu dan mungkin tumor dalam hati.

Apa yang perlu buat adalah melakukan pemeriksaan darah untuk ujian fungsi hati (Liver Function Test) bagi melihat tahap bilirubin puan, di samping enzim Hati yang lain terutamanya AST dan ALT.

Saya juga mencadangkan puan melakukan pemeriksaan ultrasound untuk melihat texture organ hati puan bagi menentukan sama ada organ hati telah mengalami pengumpulan lemak (fatty liver), parutan (fibrosis), atau mungkin ada ketumbuhan atau cyst.

Apabila sudah disahkan masalah puan, barulah rawatan yang betul diberikan.

Semoga menjawab soalan puan.

#HealthDrZubaidi

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: