Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Wanita » Kekeringan faraj ketika hubungan intim

Kekeringan faraj ketika hubungan intim

 

Assalamu alaikum. Terlebih dahula saya mohon maaf kerana soalan saya agak sensitive. Oleh kerana masalah ini agak besar, saya harap doctor dapat menjawabnya dengan lapang dada.

Saya berumur 43 tahun dan mempunyai 5 orang anak. Masalah saya ialah saya tidak seronok lagi untuk melayan suami saya di ranjang.

Setiap kali suami saya menghampiri saya, saya rasa trauma dan fobia. Ini kerana setiap kali beliau memasukkan batang zakarnya, saya merasai sakit. Saya telah memberitahu hal ini kepada beliau, tapi beliau agak tidak perduli dan tergopoh-gapah.

Setiap kali lepas bersama saya akan merasa sakit ketika mandi membersihkan kemaluan atau sedang kencing.

Bagaimana saya dapat mengatasi masalah ini, doctor?”


Wa alaikum mus salam.

 

Saya harap puan bersabar dengan ujian ini. Puan harus segera mencari penyelesaiannya kerana ia melibatkan hubungan suami dan isteri. Jika dibiarkan kemungkinan akan menyebabkan perkelahian dan akhirnya boleh menyebabkan penceraian (minta dijauhkan).

 

Seperti bahagian lain dalam tubuh, faraj (vagina) juga mengalami perubahan akibat peningkatan usia.

 

Dalam hal hubungan kelamin, wanita yang berusia 40an selalunya lebih lambat ghairah berbanding dengan usia mereka yang berumur 20an dan 30an. Berbanding dengan lelaki pula, wanita lebih lambat dan memerlukan masa yang agak lama.

 

Faktor inilah yang menyebabkan si isteri belum bersedia dan lendiran faraj belum lagi keluar sedangkan suami mula sudah di tahap pre-klimak. Maka si suami tidak sabar menunggu si isteri mengeluarkan lendiran faraj dan terus memasukkan zakarnya.

 

 

Ketika seorang  wanita itu berusia 20an dan 30an, kekuatan otot pada dinding faraj dan lendiran yang keluar darinya dipengaruhi oleh kepekatan hormone yang tinggi dalam tubuh seorang wanita.

 

Apabila mereka meningkat usia 40an, hormone wanita estrogen akan menurun dan menyebabkan lendiran pada dinding faraj akan berkurangan. Akibatnya setiap kemasukan zakar suami akan menyebabkan luka dan wanita berasa sakit.

 

Ramai wanita yang tidak menyedari bahawa hormone estrogen mereka semakin kurang dan mengalami masalah kekeringan ketika melakukan hubungan intim bersama suami.

Tanda-tanda awal yang mungkin senang disedari ialah mereka merasa kegatalan di bahagian kemaluan luar, dan adakalanya kadang kala merasa pedih seperti terbakar dan tidak selesa ketika mencuci kemalauan atau sedang kencing.

 

Ada pelbagai cara untuk mengurangkan kekeringan ini. Cara yang paling mudah dan terbaik ialah dengan menggunakan sapuan gel.

 

Sapuan gel ini ini harus dimasukan ke dalam faraj atau disapu ke batang zakar suami, sebagai mnggantikan kekurangan lendiran faraj. Ini akan mengurangkan kecederaan pada dinding faraj.

 

Isu yang sering ditanyakan ialah sapuan gel yang manakah selamat digunakan?

 

 

Saya mencadangkan agar menggunakan sapuan gel Aloe Vera kerana ia lebih selamat berbanding dengan gel sintetik yang dibuat dari petroleum (petroleum jelly.)

 

Selain digunakan sebagai pelincir sebelum melakukan hubungan intim dengan suami, ia juga berfungsi mengekalkan kelembapan kulit di bahagian sensitif terutama di bahagian kemaluan dan muka.

“Bolehkah kita menggunakan sapuan gel yang mengandungi hormone?”

 

Sapuan gel yang mengandungi hormone estrogen juga boleh digunakan namun ia haruslah digunakan berhati-hati kerana ada risiko untuk mendapat kanser. Oleh itu harus diberikan setelah mendapat nasihat doctor. Gel sapuan kombinasi hormone estrogen dan progesterone adalah lebih selamat.

 

Selain itu menggunakan sapuan gel, pastikan minum air secukupnya. Berkomunikasilah dengan suami sebelum hubungan intim itu. Ini akan menyebabkan suami lebih sedia dan berhati-hati. Jika memberitahu suami ketika sedang melakukan hubungan intim, dibimbangi suami tidak mengendahkannya kerana telah terlalu terangsang.

 

Beritahu apa yang dirasai ketika melakukan hubangan intim dan minta suami membantu bagi mengurangkan rasa sakit ketika hubungan intim.

 

Wallahu a’lam.

Klik sini untuk menambah tenaga dalaman dan sensitiviti ketika hubungan intim

Klik sini untuk menambahkan kualiti sperma di dalam air mani

5 comments

  1. Apakah kebaikan dan keburukan memberi anak minum air glukose..dan umur berapakah mereka boleh minum

  2. salam doktor… saya baru berusia 20an dan sudah mempunyai 2 chy mata dan saya mengalami masalah seperti di atas… adakah ianya normal… terima kasih

  3. Assalamualaikum,
    Saya ingin bertanyakan tentang Genital wart yang mana saya mendapatnya sewaktu saya hamil 30minggu dan kini saya sudah pun 3bulan melahirkan anak.disini saya ingin bertanyakan tentang cara membuang dan merawat, dimana dan bagaimana… ketuat ini tumbuh di bibir faraj.. saya berasa sangat risau..
    harap doc sudi membantu saya..

  4. Hye doc … sy berumor 22 tahun … sy dah pown berkahwin .. baru2 ni sy mengalami kegatalan dan kekeringan di bahagian kemaluan .. selepas melakukan hubungan dgn suami kemaluan sy rase panas n pedih … apekah ia nya satu penyakit yg berbahaya ?? Mohon jasa baik doc memberi penerangan …

    • Hye doc … sy berumor 22 tahun … sy dah pown berkahwin .. baru2 ni sy mengalami kegatalan dan kekeringan di bahagian kemaluan .. selepas melakukan hubungan dgn suami kemaluan sy rase panas n pedih … apekah ia nya satu penyakit yg berbahaya ?? Mohon jasa baik doc memberi penerangan …

      Dr Zubaidi: Kegatalan yang keterlaluan di bahagian kemaluan disebabkan oleh jangkitan kuman dan fungal. Pedih yang puan alami semasa hubungan intim adalah disebabkan luka akibat radang jangkitan tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top