Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » KEKAL SIHAT SEPANJANG SYAWAL

KEKAL SIHAT SEPANJANG SYAWAL

 

KEKAL SIHAT SEPANJANG SYAWAL

Selepas sebulan kita menjauhkan diri dari makan dan minum, kita selalunya makan makanan yang lebih besar pada minggu pertama Hari Raya.

Tidak ada salahnya menikmati juadah Hari Raya selagi ia dilakukan secara sederhana. Masalah kita apabila kita makan tanpa berhenti. Bila kita tidak lagi lapar, tinggalkan meja makan apabila selesai  makan. Duduk di ruang tamu dan cuba makan kudapan dalam bentuk buah-buahan dan kekacang. Minum air kosong.

Cuba tukar mentaliti dari “mahu kenyang” kepada “tidak lapar”.

Bagi pesakit kencing manis, perlu mengambil langkah tambahan untuk memantau tahap glukosa darah mereka. Mereka mungkin mengalami gejala hiperglisemia atau dehidrasi.

Tanda hiperglisemia adalah:

  1. Kerap kencing
  2. Dahaga
  3. Penglihatan kabur
  4. Keletihan
  5. Sakit kepala
  6. Tanda-tanda dehidrasi adalah:
  7. Dahaga melampau
  8. Pening kepala
  9. Keletihan
  10. Kekeliruan
  11. Kencing berwarna pekat

Selepas sebulan kita menumpukan kepada aktiviti ibadah, pada bulan Syawal adalah terbaik untuk bersenam. Perbanyakkan melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, atau menaiki tangga. Membersihkan kawasan rumah juga dianggap aktiviti bersenam yang ringan.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

www.drzubaidi.com

Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan.

https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: