Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Kehamilan setelah Pembedahan Buang Ovari

Kehamilan setelah Pembedahan Buang Ovari

 

ovarian_cyst

 

As salam mu alaikum doktor. Saya hendak bertanya, semasa saya hamil anak sulung saya disahkan menghidap penyakit ovarian cyst bersaiz 10×20 cm pada usia kehamilan 32 minggu. Kini ovari kanan keseluruhannya telah dibuang semasa pembedahan mengeluarkan bayi sulung saya.  Selepas itu saya masih gagal hamil untuk anak kedua? Apakah saya sukar untuk hamil kerana mempunyai hanya satu ovari sahaja. Terima kasih.

 

Dr Zubaidi: Saya bersimpati dengan masalah puan. Semoga kesabaran yang puan tunjukkan akan diberikan ALLAH  ganjaran yang terbaik.

 

 

Pembedahan yang puan lakukan ialah pembedahan yang dinamakan ‘unilateral oophorectomy’ (membuang ovari) semasa pembedahan Cesarean untuk mengeluarkan anak pertama. Ini bermakna puan menjalani dua pembedahan dalam sekali bius.

 

 

Pembedahan pembuangan ovari ini perlu dilakukan segera kerana saiznya agak besar iaitu 10X20 cm. Jika pembedahan tidak dibuat puan akan mengalami komplikasi lain yang mungkin merbahaya.

 

 

Saya rasa puan tidak perlu bersedih kerana ALLAH telah menjadikan setiap wanita mempunyai dua ovari yang sama fungsinya. Jika satu ovari tidak berfungsi atau dibuang, satu lagi ovari mampu menjalankan tugas yang sama. Ovari puan yang masih tinggal mampu mengeluarkan telur ovum dan hormon yang diperlukan semasa kehamilan.

 

 

Jadi tidak benarlah jika ada yang mengatakan bahawa puan tidak boleh hamil lagi setelah pembedahan itu.

 

 

Bagi masalah puan yang mengalami kesukaran untuk hamil semula, saya mencadangkan puan membuat pemeriksaan kesuburan semula.

 

 

Secara amnya, apabila seseorang itu semakin meningkat umur, tidak kira lelaki atau wanita tahap kesuburannya semakin menurun, dan ia tidak berkaitan dengan pembedahan yang puan telah lalui.

 

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: