Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Kehamilan » KEHAMILAN EKTOPIK

KEHAMILAN EKTOPIK

KEHAMILAN EKTOPIK

Kehamilan ektopik berasal dari perkataan Greek (ektopas) yang bermaksud ‘di luar tempat’ atau kehamilan di luar rahim. 1 hingga 2 peratus kehamilan adalah kehamilan ektopik. Daripada jumlah ini, 98 peratus merupakan kehamilan ektopik dalam tiub fallopian. Kehamilan ektopik lain termasuklah rongga abdomen, ovari, cornu rahim dan serviks.

Kehamilan ektopik boleh mengancam nyawa. Kehamilan ektopik adalah punca utama kematian dalam kalangan wanita yang hamil (bagi 3 bulan yang pertama). Bilangan kehamilan ektopik semakin meningkat. Oleh itu, perkara ini perlu difahami dengan lebih lanjut.

SIAPAKAH YANG BERISIKO?

Punca kehamilan ektopik tidak diketahui, namun terdapat faktor risiko yang telah dikenalpasti seperti berikut :

1. Pernah mengalami kehamilan ektopik
2. Penyakit Radang Pelvis (PID) atau Salpingitis (Radang tiub fallopian)
3. Subfertility (kesukaran mengandung)
4. Pernah menjalani pembedahan abdomen atau pelvis
5. Pernah menjalani pensterilan tiub atau tiub fallopian diikat
6. Endometriosis
7. Menggunakan Peranti Kontraseptif Intrauterine (IUCD)
8. Menjalani rawatan kesuburan

MENGAPA KEHAMILAN EKTOPIK BERBAHAYA?

Di dalam kehamilan ektopik, embrio tidak sampai ke rahim, sebaliknya ia tertanam dalam lapisan tiub fallopian dan menyebabkan pendarahan. Saiz embrio yang semakin membesar menyebabkan tiub fallopian meregang dan lalu pecah. Ini boleh menyebabkan pendarahan yang teruk dalam abdomen dan mengancam nyawa maka diagnosis awal dan rawatan amat diperlukan.

TANDA DAN GEJALA

Kebanyakan kehamilan ektopik menunjukkan tanda atau gejalanya pada minggu kelima hingga kelapan kehamilan. Jika anda hamil dan mempunyai tanda dan gejala berikut, segera berjumpa doktor :

1. Sakit bahagian bawah perut, pada salah satu bahagian (sama ada kiri atau kanan)

2. Pendarahan faraj yang tidak normal dan darah berwarna lebih gelap

3. Sakit hujung bahu (yang disebabkan oleh pendarahan intra-abdomen)

4. Kadang-kala cirit-birit atau sakit ketika membuang air besar

Jika gagal dikesan pada peringkat awal kehamilan; tiub fallopian boleh pecah, menyebabkan pendarahan berlebihan. Pada peringkat ini, anda mungkin mempunyai gejala berikut:

1. Sakit perut yang teruk secara tiba-tiba
2. Pening, pengsan, berpeluh dan letih-lesu
3. Pengsan akibat pendarahan yang berlebihan
4. Perut membengkak
5. Pucat

Jika anda mengalami tanda dan gejala di atas segera ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan. Dapatkan bantuan ambulan atau seseorang untuk menghantar anda ke hospital.

DIAGNOSA

Kehamilan ektopik sukar untuk didiagnosa. Ia mengambil masa beberapa hari terutamanya jika hanya terdapat sedikit tanda. Doktor akan membuat pengesahan kehamilan dengan melakukan ujian air kencing (UPT). Kemudian pemeriksaan abdomen dan faraj akan dijalankan.

Selepas itu, imbasan ultrabunyi pelvis akan dilakukan. Selalunya imbasan trans-faraj (TVS) dilakukan supaya doktor boleh melihat organ pelvis dengan lebih jelas. Doktor akan memeriksa samada kehamilan adalah di dalam atau di luar rahim.

Kehamilan ektopik jarang berlaku jika kehamilan dalam rahim telah disahkan. Walau bagaimanapun kehamilan ‘heterotopic’ boleh berlaku, iaitu kehamilan di dalam beserta kehamilan ektopik.

Kehadiran cecair (darah) dalam pelvis juga boleh menandakan kehamilan ektopik. Pada peringkat awal kehamilan, kehamilan mungkin sukat di lihat imbasan ultrabunyi dan doktor mungkin mahu mengulangi pemeriksaan dalam satu atau dua minggu lagi.

Dalam keadaan tertentu, ujian darah diperlukan untuk memeriksa tahap serum beta-hCG dan ujian ini biasanya perlu diulangi 2 hari kemudian. Ini membantu doktor menilai kehamilan dan menentukan samada ianya adalah kehamilan ektopik atau tidak.

Laparoskopi (pembedahan teropong) perlu dilakukan untuk pengesahan secara visual. Pada masa yang sama, kandungan ektopik tersebut boleh dikeluarkan dengan membuang tiub fallopian yang terlibat.

RAWATAN

Rawatan untuk kehamilan ektopik bergantung kepada keadaan pesakit. Antara faktor-faktor mempengaruhi rawatan adakah ektopik telah pecah atau tidak, sama ada pesakit stabil (tekanan darah yang normal dan kadar nadi), saiz kantung kehamilan ektopik, dan kehadiran darah di dalam pelvis dan tahap serum beta-hCG. Jarak anda tinggal dari hospital yang berdekatan, mungkin juga menjadi salah satu faktor yang dipertimbangkan oleh doktor bagi menentukan rawatan yang sesuai untuk anda.

Terdapat beberapa cara untuk merawat kehamilan ektopik :

1. Rawatan konservatif

Wanita yang boleh menjalani rawatan konservatif termasuk wanita yang asimptomatik dan tidak pecah serta tiada pendarahan pelvis. Wanita ini perlu diberi kaunseling sewajarnya. Selain itu wanita dengan tahap serum beta-hCG yang semakin berkurangan juga sesuai menjalani rawatan secara konservatif.

2. Rawatan perubatan

Rawatan perubatan melibatkan suntikan methotrexate. Kriteria membolehkan rawatan perubatan ini termasuk kehamilan ektopik yang tidak pecah, diameter kantung kehamilan kurang dari 3cm, tahap serum beta-hCG kurang dari 3000 IU dan imbasan ultrabunyi tidak menunjukkan pendarahan dalam pelvis. Anggaran tahap serum beta-hCG yang berterusan diperlukan untuk menilai keberkesanan rawatan.

3. Pembedahan

Rawatan secara pembedahan laparoskopi (pembedahan teropong)adalah rawatan bagi kebanyakan kehamilan ektopik. Namun, ia bergantung pada keujudan peralatan pembedahan dan kepakaran doktor. Doktor boleh memiloh untuk emmbuang ektopik tersebut atau membuang keseluruhan ini dan keputusan ini adalah berdasarkan pemerhatian ke atas tahap kesihatan tiub lain.

Bagi kes kehamilan tiub yang telah pecah dan keadaan wanita tidak stabil, pembedahan terpaksa dilakukan (berbanding pembedahan laparoskopi) kerana proses pembedahan dapat dilakukan dengan lebih cepat. Jika berlaku kes kehilangan darah yang banyak, pemindahan darah diperlukan.

ADAKAH PELUANG UNTUK HAMIL SEMULA?

Peluang untuk hamil pada masa depan masih ada tetapi bergantung kepada berapa sihat tiub lain dan faktor lain seperti: umur anda, dan/atau jika anda sukar hamil sebelum ini. Jika tiub bersebelahan tidak tersekat atau rosak, peluang untuk hamil adalah masih ada tidak kira samada tiub yang terjejas oleh ektopik dikekalkan atau dibuang sepenuhnya.

Secara umum, 65-70% wanita dengan sejarah kehamilan ektopik akan hamil lagi dalam tempoh 18 bulan. Walau bagaimanapun, jika kedua-dua tiub fallopian rosak atau pecah, anda perlu menjalani rawatan kemandulan (IVF) untuk hamil pada masa depan.

ADAKAH KEHAMILAH EKTOPIK YANG LAIN BOLEH BERLAKU?

Peluang mendapat kehamilan ektopik sekali lagi adalah antara 12 hingga 20 peratus bergantung kepada beberapa faktor. Doktor akan mengenalpasti risiko tersebut dan memaklumkan anda.

APA YANG PERLU SAYA LAKUKAN APABILA SAYA HAMIL SEKALI LAGI?

Jika anda mengesyaki diri anda hamil, sahkan kehamilan melalui ujian air kencing atau rujuk dengan doktor. Penilaian awal ultrasound dapat mengesahkan jika ia adalah kehamilan biasa atau kehamilan ektopik lain.

BERAPA LAMA SAYA PERLU TUNGGU SEBELUM MENCUBA UNTUK HAMIL SEKALI LAGI?

Ini bergantung kepada persediaan diri anda dari aspek fizikal dan emosi. Namun, sebaik-baiknya selepas 3 hingga 6 bulan selepas pembedahan (3 bulan bagi pembedahan laparoskop dan 6 bulan bagi pembedahan biasa).

#HealthDrZubaidi

[IKLAN]

Dalam Ilmu Perubatan Melayu Silam, wanita yang baru melahirkan anak yang mengambil  Ekstrak Kacip Fatimah dikatakan dapat mengecutkan rahem ke saiz asal dan merawat kecederaan dalaman semasa melahirkan anak.  Mereka juga digalakkan diambil bersama vitamin C dan vitamin E.

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu juga dicadangkan mengambil Ekstrak Kacip Fatimah (dalam dos yang sesuai) bersama vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM, Vitamin C dan Natrieo dengan klik di sini.

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian Kacip Fatimah formulasi IBD UTM menggunakan kad kredit, sila klik di bawah:

[KLIK]

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: