KEHAMILAN DAN FIBROID

Ramai ibu-ibu yang hamil tidak menyedari bahawa mereka mempunyai fibroid. Fibroid adalah ketumbuhan yang bukan kanser, yang berada di dalam rahem.

Fibroid biasanya dijumpai secara ‘tidak sengaja’ semasa pemeriksaan ultrasound ketika doktor sedang memeriksa fizikal bayi dalam rahem. Soalan yang sering ditanya adalah, adakah fibroid itu merbahaya pada pada ibu dan bayi dalam rahem?

Kedudukan dan saiz fibroid

Fibroid boleh membesar dari beberapa sentimeter sehingga 15 cm diameter. Kedudukan fibroid boleh berada di dalam dinding rahem (intramural), berada di luar dinding rahem (subserosal) atau berada dalam rongga rahem (submucosal) di sebelah kedudukan bayi/janin.

Ada baiknya jika pesakit bertanya kepada doktor tentang kedudukan, saiz dan bilangan fibroid semasa menjalani pemeriksaan ultrasound kerana ini akan membuatkan seseorang wanita hamil itu lebih berhati-hati.

Walaupun fibroids selalunya akan membesar saiznya ketika hamil, namun fibroid jarang memberikan masalah kepada kehamilan.

Masalah kehamilan akibat fibroid

Sebahagian wanita hamil mengalami masalah kecil seperti sakit di bahagian belakang pinggang dan terdapat pendarahan yang sedikit dari faraj.

Tetapi jika kesakitannya keterlaluan, mungkin fibroids itu telah berpintal (torsion). Jangan tunggu lagi. Pergilah ke Jabatan Kecemasan di hospital berdekatan dengan segera. Pemeriksaan segera harus dilakukan bagi memastikan bayi dalam rahem tidak menghadapai masalah.

Sebahagian kecil wanita hamil menghadapi ujian yang lebih berat. Jika fibroid mereka berada di dalam rongga rahem (jenis subserosal), ada kemungkinan mereka mengalami keguguran di awal kehamilan. Bagi kehamilan yang telah memasuki trimester ketiga, ada juga yang mengalami proses kelahiran pramatang (premature labor).

Bertanyalah kepada doktor yang melakukan pemeriksaan ultrasound samada ada uri terletak betul-betul di atas kedudukan fibroid, atau tidak. Jika begitu keadaannya, wanita hamil harus berhati-hati dan banyakkan berehat. Keadaan ini boleh menyebabkan placental abruption, iaitu pendarahan teruk dari rahem ketika hamil, yang boleh mengancam nyawa bayi.

Fibroid yang berada di bahagian ‘pintu kelahiran’ serviks ada kalanya menghalang kepala bayi untuk keluar dari rahem ketika proses kelahiran. Ini mengakibatkan bayi mungkin lahir secara songsang. Malah ia boleh menghalang kelahiran secara normal dan perlu menjalani pembedahan cesarean section.

Setelah melahirkan bayi, fibroid juga boleh menyebab postpartum haemorrhage iaitu pendarahan selepas proses kelahiran kerana rahem tidak boleh mengecut secara normal dan menyebabkan pendarahan teruk. Lebih menyedihkan lagi jika rahem terpaksa dibuang (hysterectomy) kerana pendarahan tidak berhenti dan mengancam nyawa si ibu.

Fibroid adalah ujian Allah pada hamba yang disayangiNYA

Ramai juga yang bertanya kepada saya mengapa mereka ditimpa musibah sebegini. Jawapan saya mudah, fibroid bukanlah musibah yang dicari. Tidak ada orang yang mahu mendapatkan fibroid dalam rahem mereka, lebih-lebih lagi ketika bayi yang disayangi juga berada dalam rahem.

Ia merupakan suatu ujian fizikal dan emosi bagi ibu hamil kerana selain masalah kesakitan, emosi mereka juga terganggu kerana risau memikirkan keadaan bayi dalam rahem.

Oleh itu, hadapilah ujian Allah dengan sabar dan berusaha mendapatkan rawatan. Setiap ujian yang Allah berikan, bertujuan  menentukan tahap keimanan seseorang. Banyaklah bersedekah, solat dan berdoa agar Allah memudahkan kita menjalani ujian Allah ini.

Punca fibroid tidak diketahui dengan tepat. Ramai pakar perubatan hanya memberitahu ia berpunca dari pengaruh genetic atau keturunan.

Namun apa yang jelas, ketika hamil, uri atau placenta mengeluarkan hormone reproduktif, menyebabkan kepekatannya bertambah tinggi dan hormon-hormon ini merangsangkan fibroid untuk menjadi lebih besar. Sekali lagi, ia bergantung kepada individu.

Dianggarkan sebanyak 70% dari fibroid tidak membesar ketika hamil. Hanya 30% dari wanita hamil mengalami masalah fibroid yang membesar.

Yang menariknya, saiz fibroid akan mengecil apabila wanita hamil itu  sudah melahirkan bayi atau mula mengalami fasa menopause.

Rawatan fibroid tidak perlu disegerakan

Semasa hamil, selalunya tiada rawatan khusus untuk fibroid. Doktor akan melakukan pemeriksaan ultrasound berkala untuk melihat perkembangan saiz fibroid.

Fibroids tidak akan mencederakan bayi walaupun kedudukannya bersebelahan dengan bayi atau saiznya menjadi besar. Belum ada kes di mana fibroid menyebabkan kematian bayi.

Pembedahan atau prosedur mengecilkan saiz fibroid hanya dilakukan jika didapati saiz fibroid terlalu besar dan memberikan masalah kepada wanita hamil. Antaranya apabila fibroid itu berpintal (torsion). Ia memberikan rasa sakit yang amat sangat.

Jika tidak, tunggulah sehingga melahirkan bayi. Semoga dipermudahkan Allah. Amin.

Wallahu a’lam.
Dr Zubaidi Hj Ahmad (120611)

11 comments

  1. doktor telah mengesahkan saya hamil 9 minggu, saya juga ada 2 fibroid sebesar 8 cm, fibroid atas dan bawah, maksudnya baby saya duduk di tengah2 antara fibroid. adakah saya perlu buat pembedahan semasa saya hamil? Kalu saya buat pembedahan, saya takut tentang keselamatan bayi saya. Adakah kandungan saya akan selamat?

  2. Saya berusia 30thn dan sedang mengandungkan anak yg keempat. Kandungan saya telah mencecah 10 minggu dan doktor memberitahu saya ada fibroid sebesar 7.3×7.1cm yg kedudukannya sebelah bayi. Ini amat merisaukan saya memandangkan sebelum ini saya tdak pernah mengalaminya. Soalan saya bagaimana fibroid ini terjadi? Dan bolehkah saya melahirkan bayi secara normal?

  3. sy mengalami cyst..baru dapat tahu bila scan baby 34week..cyst tu berukuran 15cm x 10.5cm..terlalu besar..di sini saya ingin bertanya..adakah bahaya pada bayi dlm kandungan sy..dan juga saya..saya juga ingin bertanya adakah saya perlu di czer atau boleh bersalin secara normal..kerana pada saat ini saya betul- betul dalam keadaan tertekan…

  4. Dr, saya telah mengandung 7 minggu dan fibroid saya 9cmx 4cm bersebelahan kandungan saya. Sekarang ni saya rasa cukup tidak selesa dan selalu sakit pinggang jika bergerak n kerja lebih. Adakah pembedahan membuang fibroid semasa mengandung boleh tanpa menjejaskan kandungan atau kena buang 2 sekali?

  5. salam doktor,
    saya mempunyai seorang anak yang berusia 6 tahun dan sedang merancang untuk hamil kali kedua, setelah tidak mengamalkan pil perancang sejak julai 2010 sehingga kini, saya masih gagal untuk hamil, melihat keadaan begini, saya mengambil keputusan untuk membuat pemeriksaan ke klinik pakar sakit puan dan mendapati saya mempunyai fibroid sebesar 15cm, pertanyaan saya, adakah peluang untuk saya mengandung lagi tipis atau masih mempunyai peluang yang cerah? saya tertekan kerana jarak terlalu jauh dan sehingga kini masih belum ada petanda untuk saya hamil lagi.

  6. Salam doc, sy nak tanya jika kantung bayi berbentuk lonjong, tidak bulat.. Adkah kemungkinqn akan berlaku keguguran?

  7. Mariani mohd hussin

    Doktor, saya dah setahun berkahwin tp masih belum punyai anak. Genap setahun, saya dapat tahu sy punyai fibroid. Sebesar telur ayam. Kl time period, senggugut sangat teruk. 10/10. Adakah semua itu y membuatkan sy tak boleh mengandung? Perlukah sy buang fibroid sy?

  8. Salam doktor,

    isteri mengalami ketumbuhan fibroid. adakah ketumbuhan ini boleh mengganggu pembesaran bayi atau boleh mencacatkan bayi??

  9. salam. saya telah mendirikan rumahtangga dan mempunyai seorang anak perempuan. selepas melahirkan anak pada jun 2009, saya dinasihatkan untuk mengambil pil perancang (Loette).kurang setahun saya berhenti makan pil perancang. selepas itu, saya mengalami pendarahan haid yang banyak. apabila dirujuk kepada pihak hospital, saya mempunyai fibroid dalam rahim sebesar diameter 3 cm.dalam tempoh 6 bulan, fibroid saya menghilang tapi saya mengalami masalah pendarahan yang banyak ketika haid. menurut doktor ia adalah DUB (Dysfunctional Uterine Bleeding). itupun senyap-senyap saya ambil gambar apa yang ditulis oleh doktor.setiap bulan, darah yang keluar berketul-ketul dan banyak sehingga badan lemah dan pitam.doktor hanya membekalkan ubat tranexamic acid untuk mengurangkan pendarahan.adakah ia pendarahan biasa bagi pesakit DUB?adakah cara lain bagi mengurangkan pendarahan tersebut? ada kemungkinan saya mengalami keguguran sedangkan saya rasa ia adalah darah haid biasa?adakah saya boleh mengandung seperti biasa?

    • salam. saya telah mendirikan rumahtangga dan mempunyai seorang anak perempuan. selepas melahirkan anak pada jun 2009, saya dinasihatkan untuk mengambil pil perancang (Loette).kurang setahun saya berhenti makan pil perancang. selepas itu, saya mengalami pendarahan haid yang banyak. apabila dirujuk kepada pihak hospital, saya mempunyai fibroid dalam rahim sebesar diameter 3 cm.dalam tempoh 6 bulan, fibroid saya menghilang tapi saya mengalami masalah pendarahan yang banyak ketika haid. menurut doktor ia adalah DUB (Dysfunctional Uterine Bleeding). itupun senyap-senyap saya ambil gambar apa yang ditulis oleh doktor.setiap bulan, darah yang keluar berketul-ketul dan banyak sehingga badan lemah dan pitam.doktor hanya membekalkan ubat tranexamic acid untuk mengurangkan pendarahan.adakah ia pendarahan biasa bagi pesakit DUB?adakah cara lain bagi mengurangkan pendarahan tersebut? ada kemungkinan saya mengalami keguguran sedangkan saya rasa ia adalah darah haid biasa?adakah saya boleh mengandung seperti biasa?

      Dr Zubaidi: Saya bersimpati dengan masalah yang puan hadapi. Untuk pengetahuan puan, Dysfunctional Uterine Bleeding (DUB) adalah pendarahan yang tidak normal dari rahem yang disebabkan oleh masalah ketidakseimbangan hormone. Dalam masalah ini, seseorang wanita tidak mengalami masalah lain seperti fibroid, endometriosis atau masalah kecacatan struktur rahem.

      Punca utamanya ialah kekurangan hormone progesterone dan peningkatan enzim ‘tissue plasminogen activator (TPA)’ iaitu enzim yang mencairkan darah.

      Diagnosa ini harus dilakukan setelah doctor melakukan pemeriksaan makmal, radiologi (contohnya ultrasound) dan histopatologi (untuk memantau kemungkinan punca-punca kanser).

      10% dari wanita yang mengalami DUB mengalami ovulasi dan masih subur. Mereka boleh hamil kerana masih terdapat kepekatan hormone progesterone yang diperlukan untuk membantu kehamilan.

      90% dari mereka pula tidak mengalami ovulasi, dan mengalami masalah ketidaksuburan.

      Oleh itu mereka memerlukan rawatan untuk menstabilkan hormone mereka.

Leave a Reply to drzubaidiCancel reply

error: Content is protected !!