Advertorial
Home » Doktor, Adakah Saya Hamil? » Kehamilan anggur

Kehamilan anggur


Assalamu alaikum, doktor. Saya telah berkahwin pada akhir tahun lepas. Pada awal tahun Januari 2012, isteri saya disahkan hamil tetapi isteri saya perlu membuat prosedur D&C kerana pakar sakit puan berkenaan memberitahu isteri saya hamil tetapi janin dalam rahem telah hancur. Keputusan makmal mengesahkan bahawa isteri saya telah mengalami ‘kehamilan anggur’. Apakah faktor-faktor perkara ini terjadi doktor? Terima kasih.

 

 

 

Wa alaikum mus salam. Saya sangat bersimpati dengan takdir yang menimpa sudara dan isteri. Ini semua ujian ALLAH bagi menguji keimanan kita dan bagi mereka yang bersabar akan dibalas dengan kebaikan di akhirat sana. Saya juga  mengucapkan tahniah atas kesabaran yang saudara dan isteri tunjukkan.

 

 

Kehamilan anggur atau juga dikenali sebagai ‘molar pregnancy’ atau disebut dalam dunia perubatan sebagai  ‘gestational trophoblastic disease’ berlaku ketika dalam proses persenyawaan antara ovum dan sperma.

 

Selepas persenyawaan selalunya akan membentu janin dan uri, malangnya dalam kehamilan anggur, tisu itu membentuk cyst yang banyak yang disebut menjadi hydatidiform mole, dalam rahem.

 

Saya tidak memberikan informasi lanjut mengenai punca ‘kehamilan anggur’ ini kerana ia dibincangkan oleh saintis di peringkat sel, dan agak sukar difahami oleh orang awam.

 

 

Antara risiko untuk mendapat ‘kehamilan anggur’ adalah:

 

  1. Umur: Risiko akan bertambah apabila pasangan terutamanya wanita mula mencapai umur 35 tahun.
  2. Pernah mengalami ‘kehamilan anggur’ sebanyak dua kali atau lebih pada kehamilan lepas. Oleh itu bagi wanita yang pernah mengalami ‘kehamilan anggur’ pada kehamilan lepas dinasihatkan agar melakukan pemeriksaan berkala secara kerap dan lengkap, terutama pada awal kehamilan.
  3. Pernah mengalami keguguran atas sebab yang tidak diketahui pada kehamilan lepas.

 

 

Sayangnya ‘kehamilan anggur’ tidak dapat dikesan di peringkat awal kerana ia tidak memberikan tanda-tanda yang khusus.

 

‘Kehamilan anggur’ akan memberikan tanda-tanda seperti kehamilan normal seperti tidak datang haids, ujian UPT positif, rasa loya dan muntah dan tanda-tanda kehamilan yang lain.

 

Jadi pemeriksaan ultrasound amat penting di awal kehamilan bagi mengesan kemungkinan seorang wanita mengalami ‘kehamilan anggur’.

 

Jika doctor mengesyaki seorang wanita mengalami kehamilan anggur, maka ia kan menjalankan pemeriksaan lanjut yang lain untuk pengesahan.

 

 

Walau bagaimana pun ‘kehamilan anggur’ ini boleh dirawat dengan baik dan sempurna dan tidak mendatangkan pelbagai komplikasi setelah diberikan rawatan.

 

Malangnya bagi wanita yang tidak mendapat rawatan yang sempurna dan lengkap ia mendatangkan kemudaratan sehingga mengancam nyawa.

 

 

Ini kerana ada beberapa kes ‘kehamilan anggur’ yang tidak mendapat rawatan yang lengkap dan sempurna akan menjadi kanser.

 

 

Rawatan yang biasa dilakukan ialah “vacuum aspiration” iaitu hampir serupa dengan  D&C.

 

 

Selalunya wanita ini tidak dinasihatkan agar untuk hamil dengan segera. Ini kerana kehamilan yang berikutnya pada waktu yang dekat akan meningkatkan risiko untuk mendapat ‘kehamilan anggur’ semula.

 

Oleh itu saya mencadangkan agar wanita itu tidak hamil untuk enam hingga setahun yang akan datang.

 

Pemeriksaan darah berkala setiap enam bulan akan dilakukan untuk mengesan baki penyakit ini yang mungkin telah merebak ke organ lain atau telah menjadi kanser.

 

Oleh itu sangat penting bagi pasangan ini untuk berjumpa semula dengan doctor yang merawat untuk pemantauan penyakit itu.

 

Wallahu a’lam.

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: