KEGUNAAN MESIN CPAP UNTUK PESAKIT SLEEP APNOEA

KEGUNAAN MESIN CPAP UNTUK PESAKIT SLEEP APNOEA

Rawatan menggunakan mesin CPAP adalah salah satu cara membantu pesakit yang mengalami sleep apnea.

Pesakit sleep apnea  mengalami masalah gangguan tidur kerana pernafasan mereka terhenti sementara sebanyak beberapa kali ketika tidur.

Orang yang mengalami masalah ini biasanya akan berdengkur, kemudian berhenti bernafas dan tiba-tiba akan tersentak seolah-olah seorang yang yang hampir lemas.

Sebahagian pesakit sleep apnea tidak menyedari perlakuan ini. Hanya pasangan mereka yang tidur disebelah menjadi cemas.

Tetapi bila bangun tidur, pesakit mengalami rasa sakit kepala, dan sepanjang hari berasa mengantuk, rasa penat dan tidak mampu fokus melakukan kerja.

Jika pesakit berhenti bernafas dalam jangkamasa yang lama, pesakit boleh mengalami koma atau menemui ajal.

Oleh kerana itu, sleep apnea perlu segera dibantu.


Pesakit dinasihatkan menggunakan mesin CPAP (continous positive airway pressure) untuk memastikan cukup oksigen masuk ke dalam paru-paru sepanjang mereka tidur.

Mesin ini boleh digunakan di rumah, tetapi harga satu mesin ini agak mahal.

Selain itu ada beberapa kesan sampingan dari penggunaan alat ini, iaitu;

✅ iritasi atau luka pada muka, hidung, dan sekitar mulut akibat pemasangan masker dan strap masker.

✅ nafas terasa sesak atau sukar menghembuskan nafas

✅ hidung kering dan tersumbat

✅ susah tidur kerana merasa tidak selesaa tau akibat bunyi bising dari mesin CPAP

✅ mulut menjadi kering

✅ pening dan sakit kepala

✅ perut kembung, sering sendawa, dan banyak kentut kerana banyak menelan udara

Namun, tidak semua masalah sleep apnea boleh dibantu dengan mesin CPAP.

Untuk mengatasi masalah sleep apnea, doktor juga menasihatkan untuk mengurangkan berat badan sebanyak paling kurang 10 peratus dari berat sekarang.

Bila berat badan berkurangan, dan tiada dengkuran semasa tidur, masalah ini dapat diatasi dengan lebih mudah.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

error: Content is protected !!