Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Keguguran Tanpa Disedari

Keguguran Tanpa Disedari

janin

 

 

“Assalam mu alaikum doktor. Saya baru lepas keguguran pada 10 sept lepas. Kemudian saya dating haid pada priod 27 oct-17 nov. Pada 21 nov saya mengalami pendarahan semula, dan saya perasan ada seketul darah. Bersama ini saya sertakan gambar. Mohon pencerahan doktor”

 

 

Wa alaikum mus salam.

 

Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami.

 

Gambar yang puan sertakan kelihatan seperti janin atau dipanggil “product of conception”.  Ia masih di peringkat seketul darah beku.

 

Ia diterangkan secara jelas dalam Penjelasan Al-Quran dalam surah Al-Mu’minun: 12-14.

Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari “pati” (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air mani pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air mani itu menjadi segumpal darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta”.

 

Pada peringkat “segumpal darah” ini, amat sensitif dan mudah mengalami keguguran tanpa disedari oleh wanita.

 

Berkemungkinan besar puan keguguran tanpa puan menyedari puan hamil.

 

Dalam bahasa perubatan, ia dikenali sebagai “missed miscarriage”, atau “silent miscarriage”, dan boleh berlaku pada mana-mana kehamilan.

 

Selepas sperma disenyawakan dengan telur ovum, janin terbentuk dan dibesarkan di dalam rahim.

 

Sayangnya, atas takdir ketentuan ILAHI, berlaku sesuatu yang tidak dapat dielakkan, kehamilan puan tidak menjadi.

 

Apa yang berlaku ialah janin tidak membesar dan rahim hanya menyimpan kantung yang kosong, disebut sebagai “blighted ovum”. Ini dapat dilihat dengan pemeriksaan ultrasound. Tiada kelihatan degupan jantung dalam kantung kehamilan.

 

Keadaan ini disebut sebagai “missed miscarriage” kerana wanita seperti puan tidak menyedari puan hamil, dan menyangka pendarahan yang berlaku adalah pendarahan haid.

 

Saya percaya ALLAH memberikan sesuatu yang terbaik untuk puan dan menggantikan sesuatu yang lebih baik.

 

Banyaklah berdoa dan bersedekah.

 

Saya mencadangkan puan mengamalkan vit C dan vit E dan Ekstrak Kacip fatimah keluaran UTM untuk merawat kecederaan rahim akibat keguguran.

https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah

 

Wallahu a’lam.

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: