KEGUGURAN TANPA DISEDARI AKIBAT KEHAMILAN KIMIA
“Salam doctor, saya baru berkahwin. Beberapa minggu yang lepas, saya tidak datang haid seperti biasa. Saya beli alat UPT dan hasilnya positif. Tidak lama kemudian, saya buat semula pemeriksaan UPT dan saya mendapati negative pula. Kemudian saya mengalami darah haid seperti biasa. Apakah saya keguguran kerana saya tidak perasaan ada tisu janin yang keluar. Mohon penjelasan. Terima kasih”
WA ALAIKUM MUS SALAM
Saya berpendapat pada mulanya puan telah hamil dan pemeriksaan UPT menunjukkan keputusan positif.
Ini berlaku selepas telur perempuan (ovum) telah disenyawakan oleh benih lelaki (sperma) di fallopian tiub, dan bergerak ke rahem dan akhirnya tertanam pada dinding rahem.
Pada masa ini terbentu uri dan hormon hCG dikeluarkan dari uri tadi. Oleh itu UPT dapat mengesan hormone hCG dan memberikan keputusan yang positif.
Sekiranya berlaku keguguran, sebelum tarikh haid yang akan datang, ia dipanggil chemical pregnancy atau kehamilan kimia.
Oleh kerana keguguran berlaku sangat awal, pemeriksaan ultrasounds juga tidak dapat mengesan janin dalam rahem. Pemeriksaan ulangan UPT akan akan menunjukkan keputusan negative.
Di awal kehamilan, keguguran sangat kerap berlaku. Ramai wanita yang tidak mengetahui bahawa mereka sebenarnya hamil dan mengalami keguguran.
Keguguran ini berlaku disebabkan oleh persenyawaan sperma dan ovum yang mempunyai kualiti yang rendah. Jadi janin yang dihasilkan agak “tidak kuat” dan sekiranya lahir, mungkin akan mengalami kecacatan yang teruk.
Jadi jangan sedih dengan keguguran di awal kehamilan seperti ini. Dari sudut yang positif pula, puan dikira subur dan boleh hamil. Wanita yang keguguran lebih mudah hamil semula, berbanding dengan wanita tidak pernah hamil.
Teruskan usaha, insha ALLAH akan dipermudahkan kehamilan seterusnya.
Kehamilan seperti ini tidak bermakna pasangan suami isteri itu mengalami masalah ketidaksuburan atau mengalami masalah penyakit keturunan atau penyakit genetic.
Saya mencadangkan jika masih lagi gagal untuk hamil, selepas enam bulan, buatlah pemeriksaan lanjut dengan doctor pakar kesubuaran.
Bagi meningkatkan kualiti sperma saya mencadangkan mengamalkan suplemen Proxeed Plus.
Info lanju di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia.
Wallahu a’lam.
Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di http://needsvenue.com.my
Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/
Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah: