Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Kegatalan pada faraj (Candidiasis) harus segera dirawat kerana boleh menjangkiti suami

Kegatalan pada faraj (Candidiasis) harus segera dirawat kerana boleh menjangkiti suami

 

 Candida_albicans

“Doktor saya mengalami kegatalan yang kronik pada alat kelamin saya. Adakah ini jangkitan penyakit kelamin?”

 

“Sudah berapa lama berlaku dan adakah saudara sudah berkahwin?”

 

“Sudah doktor. Baru saja. Awal tahun ini kami bernikah.”

 

“Maaf bertanya. Saya tidak mengenali saudara, jadi jangan marah kalau saya bertanya dan tolong berterus terang. Pernah melakukan hubungan seksual dengan wanita-wanita lain selain isteri saudara?”

 

“Iskh, doktor ni. Mana saya pernah lakukan semua itu.”

 

“Saudara marah ke? Kalau marah dan tidak berterus terang, saya tidak boleh bantu..”

 

“Saya tidak marah tapi terkejut. Saya juga bimbang isteri saya menuduh perkara yang sama pada saya..”

 

“Kalau saudara berkata benar, maka tiadalah kemungkinan saudara mengalami jangkitan penyakit kelamin seperti syphilis, gonnorhea atau HIV..”  

 

“Mungkin saudara dijangkiti jangkitan fungal saja.. Berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut”

 

Kegatalan pada batang zakar selalunya yang disebabkan oleh jangkitan fungal. Selalunya ia berpunca dari jangkitan fungal pada faraj isteri yang disebut sebagai Vaginal Candidiasis, atau thrush, adalah disebabkan oleh fungus jenis Candida albicans.

 

Masalah awal yang biasa diadukan oleh suami biasanya kegatalan atau rasa pedih pada batang zakar, atau pada kepala zakar. Selalunya ia bermula selepas hubungan intim antara suami dan isteri.

 

Tanda-tanda lain ialah:

  1. Ruam merah pada kepala zakar.
  2. Bengkakan pada kepala zakar.
  3. Keluaran lendiran yang berbau dari lubang air kencing.
  4. Rasa pedih dan sakit ketika membuang air kecil.
  5. Mengalami rasa sakit ketika hubungan intim dengan isteri.
  6. Kulit zakar menjadi berkerak.
  7. Atau kulit zakar boleh diselaputi oleh lendiran seperti susu basi.

 

Lelaki yang mengalami daya tahan yang rendah selalunya lebih mudah mengalami jangkitan fungal ini, antaranya pesakit diabetes, pesakit ginjal yang menjalani haemodialysis, pesakit HIV, pesakit kanser sama ada sedang menerima rawatan atau tidak menerima rawatan kemoterapi atau radioterapi, dan pesakit yang mengalami penyakit yang menyebabkan  daya tahan mereka rendah seperti pesakit leukemia, rheumatoid.

 

Mereka juga lebih mudah mengalami komplikasi akibat jangkitan fungal memasuki aliran darah dan merebak ke organ yang lain, seperti otak dan selaput otak.

 

Pada peringkat awal, jangkitan fungal pada batang zakar boleh dirawat dengan mudah. Namun jika ia telah berlangsung melebihi sebulan, maka rawatannya agak sukar dan memakan masa yang lebih lama. Jika ia berlaku, haruslah mendapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor.

 

Secara amnya jangkitan fungal pada batang zakar lebih mudah dirawat berbanding dengan jangkitan fungal dalam faraj.

 

Antara perkara yang boleh dilakukan ialah:

  1. Menggunakan kream anti fungal yang boleh didapati dari farmasi:  Penggunaan kream haruslah dilakukan setiap hari sebanyak 3-4 kali dalam sehari. Selepas seminggu, biasanya tanda-tanda jangkitan pada batang zakar akan hilang, namun sapuan ini harus dilakukan untuk seminggu lagi bagi memastikan jangkitan ini tidak berulang. Antara kream yang boleh digunakan ialah clotrimazole 1-2%.
  2. Penjagaan kebersihan peribadi: Batang zakar haruslah diberihkan lebih kerap sama ada 2-3 kali sehari. Ia boleh dilakukan selepas mandi. Gunakan air yang suam untuk membersihkannya kemudian lap sehingga kering. Jangkitan candidiasis lebih mudah pada batang zakar yang lembap. Tidak perlu menggunakan gel mandi yang wangi. Pemakaian seluar dalam jenis kapas yang longgar membantu batang zakar berkeadaan kering dan selesa.
  3. Bagi mereka yang mahu menggunakan cara yang semulajadi, boleh sapukan yogurt yang tidak berperisa atau mengandungi gula. Namun ia lebih sukar dipraktikan berbanding dengan kream anti fungal. Cara lain ialah dengan menyapukan minyak zaitun atau minyak kepala dara.
  4. Hindarkan hubungan intim suami isteri buat sementara waktu. Ini mengelakkan jangkitan ini boleh merebak kepada isteri yang mungkin telah dirawat, atau boleh menyebabkan jangkitan fungal menjadi lebih teruk. Jika tidak tahan melawan keinginan yang kuat, boleh gunakan kondom.
  5. Pemakanan: Harus mengelakkan makanan yang kaya dengan gula seperti kek dan air yang berkarbonate, sehingga jangkitan fungal telah dirawat dengan sempurna.

 

Penggunaan pil anti fungal haruslah mendapat nasihat doktor kerana ia boleh memberikan kesan sampingan atau berkemungkinan ia tidak diperlukan, cukup dengan sapuan kream anti fungal.

 

Jadi nasihat saya kepada wanita yang mengalami kegatalan faraj akibat jangkitan fungal candidiasis, dapatkan rawatan segera sebelum ia menjangkiti suami.

 

Untuk rawatan jangkitan fungal pada faraj, boleh amalkan suplemen Ekstrak Kacip Fatimah. Boleh layari untuk maklumat lanjut.

https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah

 

Wallahu a’lam.

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: