Kecederaan tisu dapat dirawat dengan rawatan stem sel

KECEDERAAN TISU KETIKA BERSUKAN DAPAT DIRAWAT DENGAN RAWATAN STEM SEL.

stem sel 2

 

Kecederaan hamstring yang dialami oleh pemain tengah Argentina, Angel Di Maria menghalangnya daripada bermain pada perlawanan akhir Piala Dunia 2014 menentang Jerman.

 

Pihak pengurus Argentina mereka akan menghantar pemain ini untuk rawatan stem sel dengan harapan dapat mempercepatkan penyembuhan yang beliau alami.

 

Walaupun sebelum ini terdapat kontroversi yang mengatakan bahawa rawatan stem sel tidak sesuai untuk atlet.

 

Pakar Orthopedist mengatakan bahawa terdapat hanya sedikit bukti yang menunjukkan rawatan stem sel ini mempunyai keberkesanan dalam kecederaan sukan.

 

Namun yang pastinya rawatan stem sel bukanlah rawatan yang berbentuk serbuk atau pil yang dijual secara berleluasa dalam perniagaan MLM.

 

Rawatan stem sel yang dimaksudkan ialah rawatan yang menggunakan suntikan ke tulang sum-sum dan menyambil sedikit tisu dan darah darinya, diproses untuk mendapatkan tisu yang tertentu berdasarkan kecederaan yang dialami dan disuntik ke dalam tubuh pesakit.

 

Itu pun hanya terdapat laporan kes terpencil yang mengatakan rawatan stem sel sesuai untuk kecederaan tendon yang dialami oleh pemain Argentina ini.

 

Ini kerana jumlah tisu yang tertentu bagi merawat kecederaan tendom dalam sum-sum tulang itu sangat kecil dan sukar diperolehi.

 

Tisu stem sel dalam sum-sum tulang diharap dapat menjana semula tisu tendon yang koyak.

 

Ramai doctor percaya bahawa sel-sel stem adalh sel-sel dapat memperbaiki sel-sel, membaiki tisu otot, dan mengurangkan keradangan.

 

Namun rawatan ini adalah yang terbaik setakat ini selain pembedahan agar pemain sukan dalam merawat kecederaan mereka dan kerjaya mereka dalam sukan dapat diteruskan.

Leave a Reply

error: Content is protected !!