Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Kecederaan kepala anak: keretakan tulang dan darah beku

Kecederaan kepala anak: keretakan tulang dan darah beku

 

CTscan head

 

“Assalam mu alaikum doktor. Saya hendak bertanya mengenai anak saya yang berusia 9 tahun, telah jatuh dari motorsikal pada pada 3/3/14. Doktor telah melakukan pemeriksaan CT scan kepala dan mendapati terdapat sedikit darah beku.  Doktor pakar neusosurgeri di HKL mengatakan anak saya tidak memerlukan pembedahan kerana hanya mengalami keretakan pada tengkorak di sebelah belakang telinga kanan.

 

Anak saya sekarang normal seperti dulu. Dia boleh pergi sekolah dan belajar, bergurau dan bermain. Doktor pesan jika ada cecair keluar dari hidung atau telinga, ia berpunca dari kebocoran tengkorak.

 

Adakah ia boleh pulih seperti biasa ? Doktor mendapati tiada sebarang cecair yang keluar semasa pemeriksaan doctor di HKL pada pada 10/4/14. Pemeriksaan lanjut pada pada 7/8/14.

 

Soalan saya:

  1. Berapa lama tengkorak tersebut akan sembuh?
  2. Macamana hendak mengelakkan cecair itu akan keluar.

Terima kasih doctor.”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

Saya bersimpati dengan anak puan.

 

Jika berlaku kecederaan kepala yang teruk, doktor selalunya akan melakukan CT scan tengkorak/otak.

 

Dalam keadaan anak puan, terdapat retakan pada tulang tengkorak berserta dengan sedikit darah beku di otak.

 

Tengkorak yang patah atau retak mempunyai beberaa jenis, bergantung kepada bagaimana corak keretakan atau tengkorak yang patah itu berlaku dan bahagian tengkorak yang terlibat.

 

Orang dewasa yang mengalami kecederaan kepala dan setelah melakukan pemeriksaan CTscan mendapati terdapat retakan pada tengkoraknya, selalunya doctor tidak melakukan apa-apa rawatan.

 

Pesakit mungkin dibenarkan pulang, dengan nasihat agar dating semula berjumpa doctor apabila mengalami pengsan, sakit kepala, pening atau terdapat cecair yang keluar dari hidung atau telinga.

 

Bagi bayi dan kanak-kanak bawah 12 tahun, selalunya doctor akan menahan di wad sekurang-kurangnya sehari bagi memantau keadaannya.

 

Ini kerana bayi dan kanak-kanak mungkin tidak dapat berkomunikasi dengan ibubapa mereka jika keadaan mereka bertambah teruk.

 

Keretakan pada tulang terongkak selalunya akan pulih semula, dan pemeriksaan ulangan CTscan selepas 6 bulan.

 

 

Wallahu a’lam

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!