Advertorial

Kebocoran Air Tuban

kebocoran aIR TUBAN

Salam doktor.  Saya hamil 15 minggu. Dua minggu lepas saya mengalami pendarahan yang serius. Alhamdullillah sekarang sudah tiada pendarahan. Sekarang ini, saya risau dengan mengenai air yang keluar melalui faraj saya dan sering membasahi ‘panty liner’ saya. Kuantitinya sedikit sedikit. Doktor membuat pemeriksaan dan confirm air ketuban saya bocor. Persoalan saya adakah bayi saya akan selamat? Mohon jawapan dan pendapat daripada doktor.

 

Dr Zubaidi: Saya bersimpati dengan masalah yang dihadapi. Kehamilan puan telah diuji dua kali, pertama dengan pendarahan di awal kehamilan, dan sekarang kebocoran air tuban.

 

Kebocoran air tuban boleh berlaku apabila terdapat koyakan kecil pada selaput ketuban (amniotic membrane), mungkin bersaiz kepala jarum saja. Apabila seorang wanita hamil itu bergerak atau melakukan aktiviti yang lasak, kebocoran air tuban akan menjadi lebih besar.

 

Namun jika kepala bayi dalam rahem telah masuk ke dalam pelvis, berkemungkinan lubang kebocoran itu dapat ditutup dan menyebabkan kebocoran itu berlaku sedikit dan sesekali saja terutama apabila wanita itu melakukan aktiviti lasak saja.

 

Kebocoran air tuban adalah salah satu tanda bahawa bayi yang berada dalam rahem akan dikeluarkan. Jika kebocoran ini berlaku pada usia kehamilan 38-40 minggu, ia bukanlah yang harus dirisaukan kerana bayi dalam rahem telah pun matang dan sedia untuk dilahirkan.

 

Jika umur kehamilan kurang dari itu, mungkin ia akan memberikan masalah pada bayi yang akan dilahirkan itu. Ia akan menyebabkan kelahiran pramatang di mana bayi yang dilahirkan mungkin perlu diberikan lebih perhatian di NICU.

 

Jadi saya menasihatkan puan untuk mengikut nasihat doktor, banyakkan doa dan sedekah, semoga ALLAH memudahkan kehamilan puan.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top