Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » Keberkesanan Elortinib (Tarceva) untuk Pesakit ‘Advanced Non-Small Cell Lung Cancer’

Keberkesanan Elortinib (Tarceva) untuk Pesakit ‘Advanced Non-Small Cell Lung Cancer’

“Assalamualaikum.

Ibu saya berumur 69tahun didiagnosa sebagai pesakit kanser paru-paru level 4. Sekarang badannya agak lemah dan kami adik beradik bimbang dengan kesan rawatan chemotheraphy. Bagaimanapun beliau masih lagi sembahyang, makan walaupun kurang selera dan berasa letih.

Doktor yang merawat beliau mencadangkan penggunaan pil Elortinib Tarceva. Kos RM7875 sekotak/sebulan. Oleh kerana harganya yang agak mahal, saya ingin bertanyakan pendapat doktor jika ubat ini dapat merawat ibu saya.

Harap doktor beri pandangan sebagai panduan. Atas segalanya terlebih dahulu diucapkan terima kasih. saya amat berharap jawapan dari tuan doktor.”

Saya bersimpati dengan ujian yang dihadapi ibu dan saudara sekeluarga. Semoga dengan berkat kesabaran dan redha atas ketentuan yang Allah telah tetapkan, ibu saudara mendapat yang terbaik dari Allah sama ada di dunia atau mungkin di akhirat nanti.

Sebenarnya saya bukanlah orang yang patut menjawab soalan saudara. Soalan saudara harus dijawab oleh pakar oncologist yang bertanggungjawab terhadap semua rawatan kanser menggunakan ubat-ubatan chemotherapy.

Namun begitu saya menjawab soalan saudara sebagai panduan agar saudara dapat bincangkan dengan pakar oncologist itu nanti.

Isu pertama, sama ada perlu atau tidak ibu saudara dirawat dengan rawatan chemotherapy ketika beliau dalam keadaan lemah. Rawatan chemotherapy mempunyai kesan yang menyebabkan tubuh menjadi semakin lemah. Oleh itu sebelum melakukan rawatan itu, doktor akan memeriksa darah sama ada ia sesuai untuk menjalani rawatan yang agresif itu atau tidak.

Ramai pesakit yang tidak mampu menerima kesan dari rawatan chemotherapy, dan menyebabkan mereka meninggal dunia. Memandangkan kedaan ibu saudara juga lemah dan berada dalam stage 4 kanser paru-paru, saya rasa keputusan itu harus dibincangkan dengan ibu saudara dan adik beradik yang lain.

Jika beliau masih bersemangat untuk meneruskan rawatan, bolehlah beliau menjalani rawatan itu. Namun jika ibu saudara sendiri tidak mahu, maka tidak usahlah dipaksa kerana ketika ini keadaan beliau pun agak lemah. Chemotherapy bukanlah ubat ajaib boleh membunuh semua sel-sel kanser terutama apabila di peringkat stage 4.

Isu kedua, sama ada perlu diberikan ubat Erlotib yang mahal itu. Saya mencadangkan agar berbincang dengan lebih lanjut dengan oncologist.

Erlotinib (Tarceva®) adalah untuk pesakit yang mengalami kanser paru-paru yang sudah teruk seperti ibu saudara. Dengan kata lain, ubat ini sesuai untuk pesakit “advanced-stage Non-small Cell Lung Cancer (NSCLC)” setelah menerima sekurang-kurangnya sekali rawatan chemotherapy. Ia tidak diberikan sebagai rawatan utama sebelum chemotherapy diberikan. Ia juga tidak diberikan pada pesakit yang sedang menjalani rawatan chemotherapy.

Walaubagaimanapun ada juga pakar oncologist yang memberikan ubat ini sebagai alternative bagi rawatan chemotherapy.

Ubat ini dikatakan lebih berkesan dari chemotherapy kerana ia lebih spesifik membunuh sel-sel kanser berbanding dengan rawatan chemotherapy yang lebih merosakkan tisu-tisu normal yang sihat.

(rujuk : N Engl J Med. 2005 Jul 14;353(2):123-32. “Erlotinib in previously treated non-small-cell lung cancer”).

Namun begitu kita haruslah menilai keberkesanan ubat ini. Secara keseluruhan ubat ini boleh memanjangkan umur pesakit antara 4.7-6.7 bulan jika diberikan setelah rawatan chemotherapy.

(rujuk : J Clin Oncol. 2006 Aug 20;24(24):3831-7. “Symptom improvement in lung cancer patients treated with erlotinib: quality of life analysis of the National Cancer Institute of Canada Clinical Trials Group Study BR.21.”)

Selain itu terdapat beberapa kesan sampingan yang harus diambil kira. Antaranya kesan pada ginjal dan hati. Jadi pemeriksaan darah harus dilakukan untuk memastikan fungsi ginjal dan hati dalam keadaan normal.

Sekali lagi saya harap keputusan yang bakal dibuat dibincangkan dengan pakar oncologist dan keluarga saudara, terutama ibu saudara sendiri yang bakal menerima rawatan itu. Saya berdoa agar ibu saudara diberikan yang terbaik oleh Allah.

Wallahu a’lam.

 

Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (210911)

One comment

  1. saya ada 1 bulan(30 biji) ubat tarceva yang masih belum digunakan. bagi sesiapa yg berminat boleh contact say di mohdremi84@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!