Advertorial
Home » Vitamin E » kebaikan vitamin E tocotrienol

kebaikan vitamin E tocotrienol

APAKAH ITU TOCOTRIENOL?

 

“Saya pernah dengar vitamin E. Tapi saya tak pernah dengar tocotrienols…”  

 

Tocotrienol adalah sebahagian dari keluarga besar vitamin E. Dan ia adalah sebahagian dari nutrisi yang sangat penting agar sel-sel otak dan sel-sel organ yang lain dalam tubuh agar dapat berfungsi dengan baik.

 

Selain dari tocotrienol, satu lagi jenis vitamin E iaitu tocopherols. Tocotreinol selalunya boleh didapati dari sumber seperti kulit beras (rice bran), minyak sawit, barli dan isi biji gandum (wheat germ). Tocopherols pula didapati dari sumber minyak tumbuh-tumbuhan seperti minyak soya.

 

Namun begitu selalunya kepekatan tocotrienols dalam adalah rendah. Minyak kelapa sawit mempunyai tahap kepekatan tocotrienol yang lebih tinggi berbanding dengan sumber yang lain, namun ia tidak mencukupi bagi keperluan seorang individu. Jadi selalunya pengekstrakan dilakukan bagi mendapat dos tocotrienol yang mencukupi.

 

Suplemen tocotrienols juga boleh didapati dalam bentuk sintetik yang dijual di farmasi. Sementara kebanyakan vitamin E mengandungi alpha-tocopherol.

 

Ramai saintis percaya bahawa vitamin E tocotrienols memberikan banyak manfaat kerana ia lebih baik berbanding dengan tocopherol. Ini kerana ia mengandungi 3 ikatan berganda (double bond) pada rantaian sisi. Ini menjadikan tocotrienol adalah sebatian antioksida yang terbaik.

 

Antara kebaikan vitamin E tocotrienol adalah:

  1. Membantu mengurangkan kerosakan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
  2. Membantu melindungi hati dari penyakit ‘hati berlemak’ (Non-Alchoholic Liver Disease atau NALD).
  3. Melindung sel otak dan saraf daripada serangan stroke, penyakit Parkinson dan Alzheimer.
  4. Mengelakkan kanser terutama kanser kolon dan payudara.
  5. Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti saluran darah yang tersumbat (artherosclerosis) dan serangan sakit jantung.
  6. Membantu melambatkan proses penuaan dan mempercepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan kesan parut. Ia juga mempercepatkan penyembuhan tulang yang patah.

 

Kesan sampingan pengambilan vitamin E tocotrienol berlaku pada dos yang melebihi 2,500 milligrams bagi setiap kilogram berat badan. Kebanykan dos yang diberikan antara 200-400mg sehari.

 

Dalam kajian sains menunjukkan vitamin E tocotrienols adalah selamat diambil oleh orang yang sihat pada dos 50-100mg sehari, bagi mengelakkan kesihatan. Walau bagaimana pun, bagi mereka yang mempunyai masalah kecairan darah, berhati-hati mengambil suplemen ini.

 

Kesimpulannya, jika kita berhasrat untuk mengambil suplemen vitamin E tocotrienol, pilihlah dari sumber minyak sawit kerana ia lebih berkesan. Pilih juga sama ada ia adalah suplemen yang dihasilkan dari proses pengekstrakan yang ringkas kerana ia akan mengekalkan sebatian phytosterols, squalene dan carotenoids.

 

Walaupun banyak kajian yang menunjukkan kebaikan vitamin E tocotrienol, harga suplemen ini agak mahal.

 

Jika mempunyai masalah kesihatan, sebelum mengambil sebarang suplemen, berbincang dulu dengan doctor yang merawat.

 

Rujukan:

 

  1. Megananthan P, et al. (2016). Biological properties of tocotrienols: Evidence in human studies.
  2. Mohamad S, et al. (2012). Tocotrienol supplementation improves late-phase facture healing compared to alpha-tocopherol in a rat model of postmenopausal osteoporosis: A biomechanical evaluation.
  3. Sen CK, et al. (2004). Tocotrienol: The natural vitamin E to defend the nervous system.
  4. Sen CK, et al. (2006). Tocotrienols: Vitamin E beyond tocopherols.

 

 

Dalam Ilmu Perubatan Melayu Silam, wanita yang baru melahirkan anak dicadangkan mengambil  Ekstrak Kacip Fatimah dikatakan dapat mengembalikan semula kesihatan wanita. Mereka juga digalakkan diambil makanan yang mempunyai banyak vitamin C dan vitamin E.

 

Boleh dapat dari wakil pengedar kami.

 

 

Dapatkan juga minyak zaitun OLIVIE dari Morocco. 

 

Boleh dapatkan Olivie, Ekstrak Kacip fatimah dan Vitamin E dar wakil-wakil kami.

 

Boleh klik pada bendera negeri tuan. http://needsvenue.com.my/Reseller/

 

Boleh dapatkan Vitamin E tocotrienol dari  pembantu saya.

  1. Afzan (Skudai) 013-7714413
  2. Azizah Majid (Melaka) 012-2582597
  3. Hasnah (Sg Buloh) 012-6733955
  4. Fizah (Kulai) 013-7046851
  5. Entan (Shah Alam) 017-6965114
  6. Norlela (K. Terengganu) 019-6538484
  7. Kamariah (Skudai) 019-7555392

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: