Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » KEBAIKAN MINUM AIR KOSONG

KEBAIKAN MINUM AIR KOSONG

KEBAIKAN MINUM AIR KOSONG

 

 

Berikut adalah kebaikan yang ingin saya kongsikan tentang kebaikan minum air kosong.

1. Menguruskan badan

Khabar gembira untuk mereka yang sedang cuba menurunkan berat badan. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak. Ia dapat mengurangkan rasa lapar. Dan meningkatkan pembakaran kalori dgn lebih baik.

2. Melancarkan sistem pencernaan

Minum air kosong dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit.

3. Awet muda

Kekurangan pengambilan air kosong menyebabkan kulit kering dan berkerut. Tubuh kita kelihatan lebih tua dari umur kita.

4. Tubuh lebih segar dan sihat

Khasiat air kosong bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai keperluan yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air beberapa jam. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

Sudah berapa gelas kita minum air kosong pagi ini?

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: