Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Kandungan gula tinggi dalam darah ketika hamil, perlukah rawatan insulin

Kandungan gula tinggi dalam darah ketika hamil, perlukah rawatan insulin

KANDUNGAN GULA TINGGI DALAM DARAH KETIKA HAMIL, PERLUKAH RAWATAN INSULIN?

 

insulin 1

 

“Assalamualaikum Doktor. Saya telah disahkan hamil dan usia kehamilan saya sekarang adalah 7 minggu. Setelah membuat ujian darah seperti biasa, doktor memberitahu kandungan gula dalam darah tinggi (1st blood test) iaitu 164. Dan telah dirujuk kepada doc internal medicine. Setelah mengambil ujian darah 2hpp doc memberitahu hasil ujian 2 bulan lepas menunjukkan glucose  tinggi.

 

Untuk ujian kali ke3 iaitu selepas berpuasa hasil menunjukkan 114. Doc suggest saya mengambil insulin on the spot for the sake of my baby. Tp saya takut untuk mengambil insulin walaupun dibekalkan dgn insulin dirumah sehingga usia kandungan 37wks

 

Sekarang saya berada dalam keadaan tertekan. Dan berusaha untuk mengawal pemakanan. Persoalan saya bolehkah saya mengawal pemakanan atau apakah makanan yang saya boleh ambil untuk mengurangkan kadar gula. Harap doc dapat membantu saya. Terima kasih.”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Saya sebenarnya tidak berapa pasti ujian dan keputusan yang puan beritahu dalam email puan.

 

Namun sebagai panduan secara umum, saya bagi penerangan. Jika seorang wanita hamil, disyaki menghidap diabetes, selalunya doctor akan membuat temujanji untuk melakukan ujian pemeriksaan darah bagi mengukur tahap gula dalam tubuh wanita itu.

 

Ujian akan dilakukan pada usia kehamilan antara 22 -24 minggu mengikut cara di bawah.

 

1. Wanita itu perlu berpuasa sekurang-kurangnya 8 jam sebelum ujian.

 

2. Wanita itu akan diberi segelas minuman yang mengandungi 75g glukosa untuk diminum.

 

3.Ujian gula dalam darah akan dilakukan sebelum anda mengambil minuman (disebut sebagai ujian darah ketika berpuasa) dan 2 jam selepas wanita itu mengambil minuman itu (disebut sebagai 2hour post-prandial atau 2HPP) .

 

4. Jika wanita itu mempunyai tahap gula dalam darah melebih daripada 140 mg / dl, wanita itu mungkin didiagnosis sebagai glucose tolerance.

 

Walau bagaimana pun, ada pusat kesihatan yang mengambil  bacaan melebihi  130 mg / dL sebagai wanita yang mempunyai glucose intolerance. Jadi pemeriksaan yang lebih lanjut (iaitu ujian tolerensi gula) dilakukan.

 

Wanita yang hamil itu mungkin diabetes semasa mengandung (gestational diabetes). Tetapi mungkin juga tidak.

 

Tetapi jika paras glukosa darah wanita yang hamil ketika pemeriksaan ini adalah melebihi daripada 200 mg/dL, dalam mana-mana bacaan sama ada sebelum atau selepas minum air gula ini, wanita itu dianggap telah  mengalami penyakit kencing manis dan tidak perlu melakukan ujian pengesahan (ujian toleransi glukosa).

 

Ini bermakna jika bacaan paras gula wanita yang hamil itu berada di antara 140 dan 200, beliau perlu mengambil ujian tiga jam toleransi glukosa untuk mendapat diagnosis kencing manis yang lebih tepat.

 

5. Darah akan diuji untuk kandungan gula sebelum minum 75mg gula, (ketika puasa), dan selepas sejam, dua jam dan tiga jam minum air gula.

 

Seorang wanita itu hanya didiagnosakan sebagai pesakit diabetis mellitus ketika hamil (Gestational diabetes) apabila dua atau lebih bacaan pemeriksaan darahnya tidak normal.

 

Waktu pemeriksaan darah  Bacaan yang tidak normal
Berpuasa 95 mg/dl or higher
1 jam 180 mg/dl or higher
2 jam 155 mg/dl or higher
3 jam 140 mg/dl or higher

 

(rujuk:  American Diabetes Association. Gestational diabetes mellitus. Diabetes Care. 2004;27(suppl 1):S88–S90.)

 

American Congress of Obstetricians and Gynecologists (ACOG) mencadangkan rawatan menggunakan suntikan insulin bagi wanita yan telah diberikan peluang selama dua minggu untuk mengawal gula dalam darah dengan menggunakan pendekatan menjaga pemakanan.

 

Jika masih gagal mencapai tahap kandungan gula dalam darah yang normal, barulah rawatan suntikan insulin diberikan.

 

Bacaan kandungan gula yang normal bagi wanita hamil

 

UJIAN KANDUNGAN GULA  DALAM UNIT  MG/ DL (MMOL/ L)
Berpuasa < 96 (5.35)
Selepas satu jam minum air gula < 140 (7.75)
Selepas dua jam minum air gula < 120 to 127 (6.65 to 7.05)

 

(rujuk: Metzger BE, Buchanan TA, Coustan DR, et al. Summary and recommendations of the Fifth International Workshop-Conference on Gestational Diabetes Mellitus [published correction appears in Diabetes Care. 2007;30(12):3154]. Diabetes Care. 2007;30(suppl 2):S251–S260.)

Merujuk kepada masalah puan, cara terbaik ialah berbincang semula dengan doctor yang merawat. Saya percaya beliau akan merujukkan puan kepada pakar pemakanan supaya kandungan gula puan dapat dikawal dengan cara menjaga pemakanan.

 

Jika gagal untuk mengawal kandungan gula, barulah doctor akan mengesyorkan rawatan insulin, yang sangat penting bagi keselamatan anak puan dalam rahem.

 

 

Wallahu a’lam

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM, selain dari vitamin C dan E. Info lanjut di https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah

 

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed PlusInfo lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

 

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/pages/Labicea-Revitalizing-Moisturizer/486696818067490

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: