Kanak-kanak ketawa mengilai dirasuk syaitan rupanya mengalami ketumbuhan otak

Gambar hiasan
Gambar hiasan

 

Ada pepatah mengatakan “ketawa adalah ubat yang terbaik”. Tetapi bagaimana jika saya katakana ketawa yang melampau adalah satu penyakit?

 

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun yang tinggal di Bolivia mengalami mengalami masalah ketawa yang melampau dan tidak terkawal, yang sebenarnya berpunca dari masalah ketumbuhan otak yang serius.

 

Doktor pada mulanya menyangka kanak-kanak perempuan ini hanya mempunyai masalah tabiat yang buruk.  Para bomoh pula mendakwa dia dirasuk syaitan.

 

MRI

 

Namun apabila seorang doctor melakukan pemeriksaan MRI scan otak mendapati kanak-kanak ini mengalami masalah otak.

 

Dr José Burgos Liders Zuleta, dari Advanced Medical Image Centre, di Bolivia, berkata punca sebenar adalah kanak-kanak ini mengalami masalah “sawan ketawa” atau dalam bahasa  perubatan dinamakan “sawan gelastic”, yang berpunca dari ketumbuhan (tumor) otak.

 

Doktor mengesan ketumbuhan kecil itu sebagai hamartoma, yang menekan otak di bahagian tepi (temporal lobe). Selepas pembedahan dilakukan, kaka-kanak iru kini sihat.

 

Kanak-kanak itu telah berhenti daripada ketawa secara tiba-tiba yang tidak terkawal dan kini hanya ketawa seperti biasa.

 

Menurut Dr Solomon Moshe, seorang pakar neurologi pediatrik di Albert Einstein College of Medicine di New York, “sawan gelastic” adalah satu bentuk sawan yang agak jarang berlaku. Ia adalah ketawa yang menakutkan dan tidak dilakukan dengan sengaja. Malah ketawa ini tidak disertakan rasa gembira atau seronok.  Ia boleh diikuti dengan ledakan tangisan secara tiba-tiba.

 

Kes yang ganjil ini telah memberikan iktibar kepada semua anggota masyarakat di sana bahawa adakalanya masalah tingkah laku boleh disebabkan penyakit dalam otak dan perlukan pemeriksaan doctor.

 

Kes ini telah diterbitkan pada 16 June 2014 dalam journal ecancermedicalscience.

Leave a Reply

error: Content is protected !!