KAJIAN MENUNJUKKAN CARA PEMAKANAN AKAN MENGUBAH KESIHATAN MENTAL
Terdapat banyak kajian yang mengkaitkan pemakanan dan kesihatan mental.
Antara yang menarik adalah kajian yang menunjukkan diet Mediterranean (yang menggalakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan, minyak zaitun dan protein dari ikan laut) dapat merendahkan tahap kemurungan. Sementara makan segera pula meningkatkan tahap kemurungan.
Kajian ini dilakukan oleh sekumpulan pengkaji dari Binghamton University dan Stony Brook University, kedua-dua universiti di New York, mengendalikan pemerhatian dalam talian yang melibatkan 2,600 orang dari America Utara, Eropah, Timur Tengah, Afrika Utara dan Asia.
Mereka mendapati terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kesihatan mental.
1. Individu yang muda dan berusia lebih mudah mendapat masalah tekanan mental akibat pengambilan terlalu banyak caffeine dan makanan segera yang banyak.
2. Wanita yang muda dan berusia yang melakukan pergerakan fizikal dan mengambil makanan bernutrisi mempunyai tahap kesihatan yang mental yang baik.
3. Mereka yang mengambil kekacang dalam pemakanan mempunyai kesihatan mental yang lebih baik.
Menurut Dr Lina Begdache, professor madya di Jabatan Kesihatan dan Kesejahteraan di universiti tersebut memberitahu bahawa otak orang muda masih lagi membina jaringan di antara sel-sel otak. Oleh itu mereka memerlukan makanan bernutrisi dan harus mengelakkan makanan segera.
Beliau juga menerangkan terdapat perbezaan morfologi antara otak seorang lelaki dan seorang wanita. Cara pemakanan yang tidak sihat lebih mudah mempengaruhi otak seorang wanita dan ia mengganggu cara ia bekerja. Oleh itu mereka mudah mendapat tekanan mental.
Kepentingan menjaga pemakanan lebih ketara apabila seseorang mempunyai faktor risiko keturunan dan peningkatan usia.
Oleh itu bagi mereka yang sudah ada penyakit kronik seperti diabetes atau hipertensi atau hiperkolestrol, mempunyai faktor genetik (keturunan) dan telah berusia, penjagaan makanan sangat penting bagi mengelakkan penyakit yang berkaitan mental seperti nyanyuk dan lupa.
#HealthDrZubaidi