Kaitan Migraine dan MSG

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata  “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kamikembali” (al Baqarah: 156)

Bagi pesakit migraine, sakit kepala adalah ujian Allah yang kadang kala mengecewakan. Ini kerana mereka terpaksa bergantung kepada ubat penahan sakit apabila migraine menyerang.

Malah apa yang lebih mengecewakan lagi ialah punca sebenar migraine tidak diketahui. Tiada ujian tertentu yang boleh mengesan punca-punca migraine.

Seorang professor Internal Medicine yang mengajar saya ketika ditanya mengenai punca migraine, beliau menjawab berkata “ everything under the sun

Ini bermakna punca-punca migraine terlalu banyak.  Migraine bukan suatu simptom sakit kepala yang mudah.

Selain mengambil ubat tahan sakit, menukar cara hidup yang sihat juga membantu. Dapatkan tidur yang secukupnya, bersenam selama 30 minit setiap hari dan cuba uruskan stress. Kurangkan minuman ber’caffeine’.

Namun begitu migraine atau sakit kepala ini ada kaitannya dengan diet dan pemakanan.

Sebanyak 20 % pesakit migraine yang mengalami sakit kepala yang kuat akan menunjukkan perubahan baik apabila mereka menukarkan pola pemakanan mereka.

Mungkin apa yang perlu pesakit itu lakukan ialah membuat catatan peribadi tentang makanan yang diambil sehari sebelum diserang migraine. Ianya membantu dan dapat mengenalpasti makanan yang menjadi punca serangan migraine itu .

Timbul pula persoalan sama ada Monosodium Glutamate (MSG) boleh menyebabkan migraine.

Monosodium Glutamate adalah garam sodium digunakan sebagai penambahrasa makanan (flavour enhancer). Di pasaran ianya juga dikenali dgn Ajinomoto, Vetsin, dan Accent.

MSG didapati dengan proses penapaian (fermentation) karbohidrat menggunakan yis dan bakteria akibat hidrolisis wheat gluten.

Ianya digunakan dalam penyediaan stok (stok ayam, ikan bilis etc), penyediaan barbecue sos dan mayonis, penyediaan makanan dalam tin, sejukbeku dan makanan kering dan penyediaan makanan jajan (snack) eg potato chips.

United States Food and Drug Administration (FDA) telah mebuat kajian terhadap kesan MSG dalam makanan dan membuat kesimpulan bahawa pengambilan MSG secara moderate adalah tidak merbahaya.

Namun pengambilan MSG melebihi 3 grams boleh menyebabkan sakit kepala bagi mereka yang sensitive terhadap MSG. Ini bermakna tidak semua orang yang menggunakan MSG akan berasa sakit kepala, ianya bergantung kepada individu.

Ianya telah ditulis oleh Baad-Hansen L, Cairns BE M dan Svensson P dari University of Aarhus, Aarhus, Denmark, dalam Journal Cephalalgia 2009 Apr 28, bertajuk Effect of systemic monosodium glutamate (MSG) on headache and pericranial muscle sensitivity”.

Selain itu pengambilan MSG melebihi dari tahap yg dibenarkan dalam jangka msa yang lama, memberi kesan kesihatan yg dinamakan “MSG symptom complex” .

Tanda-tandanya ialah sakit kepala, muka merah/panas (flushing),  berpeluh-peluh, terasa muka ketat dan seperti ditekan atau kebas, rasa terbakar dan panas terutama pada muka dan leher, degupan jantung yang laju, sakit dada, loya dan muntah serta lemah badan.

Bagaimana MSG menyebabkan migraine?

MSG adalah garam sodium pada amino acid, glutamate. Glutamate akan melekat pada glutamate receptor di neuron (saraf) seterusnya ianya akan mengaktifkan sel-sel saraf.

MSG juga dikenali sebagai unsur yang menyebabkan pengecutan dan pengembangan saluran darah (vasoactive substances) yang akan menyebabkan sakit kepala.

Sakit kepala yang dirasakan oleh seseorang setelah makan di restoran masakan Cina di Eropah dinamakan ”Chinese Restaurant Syndrome”. Ini disebabkan ramai orang di sana sangat sensitif terhadap MSG lalu mengalami sakit kepala setelah tiga jam makan makanan masakan Cina. Ianya direkodkan dalam kajian. (Diamond, Prager, and Freitag, 1986)

Migraine lebih dirasakan kerana mereka mempunyai genotypes pada genetik yang menyebabkan mereka mudah merasa sakit kepala akibat dirangsang oleh MSG.

Jadi benarlah sebagai mana yang disebut-sebut bahawa MSG boleh menyebabkan serangan migraine. Jadi berhati-hatilah ketika memesan makanan. Begitu juga dengn makanan segera.

Cara terbaik seperti yang disebut di atas ialah dengan menyimpan cacatan periadi tentang sakit kepala dan makanan yang diambil dalam masa 24 jam yang lalu.

Dengan amalan ini pesakit dapat menikmati makanan tanpa gusar kerana telah mengetahui makanan mana yang perlu dielakkan.

Bersabarlah dengan ujian Allah. Semoga segala dosa kita terhapus atas sebab kesabaran yang kita tunjukkan ketika menghadapi sakit kepala.

Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (240810)

http://www.facebook.com/drzubaidi

https://drzubaidi.com/blog/ 

6 comments

  1. Salam.dr,sy nk tnya pandangan dr..sy skrg brumur 24thn,semasa sy brumur 17thn,sy pnh mengalami sakit kepala d sebelah kiri,hanya 1tmpt dibelakang kepala sblh kiri.terasa berdenyut2 di tmpt tu ja.stlh p jmpa pakar,dr nk buat scan.tp pd waktu tu kwngan tk mengizinkan,jd dr hstl wsta tu bg ubat.bila mkn ubat,smpai umr sy skrg lega.tp pd bln7 sy slps brsalin,sakit kpla di tmpt yg sama brulang kembali shgga kini.dah hmpr 2bln dah.wlupun xtrk,tp merisaukan saya.sbb dah mkn ubat sakit kpla dah,xlegaac jgk..bila sy p pakar dr kata ada resdung di hidung kiri sy,tanpa membuat ct scan,tp sy ttp risau sbb sakit xhlg2..kadang2 rasa pening,cekang urat tengkuk hgga ke tgh belakang.adakah tanda2 tumor otk dr?

    • salam, saya juga bimbang tentang masalah sinusitis puan. Penyakit sinusitis biasanya mengambil masa 7-10 hari rawatan ubat antibiotik dan histamine. Jika selepas menjalani ‘course rawatan’ itu selama sepuluh hari, masih lagi tidak kurang sakit kepala, elok juga puan menjadi scan bahagian sinus (muka) dan kepala. Ini nasihat saya, teruskan rawatan sinusitid itu sehingga tamat. Wsalam.

  2. salam

    sejak setahun ni sy asyik diserang migrain

    migrain dengan aura

    seksa hidup sy ..sampai fobia nak drive sbb dah beberapa kali tengah drive tiba2 aura ganggu penglihatan dan lemah tubuh badan sampai terpaksa parking tepi jalan minta org tolong dtg ambik.

    saya jugak pesakit sinus …dulu Dr kata nak operationmsaya x mau tp blum penah scan … cuma kalau x makan ubat cina hari2 saya selsema dr pagi sampai ptg ..seksa … kalau Dr ada cadangan minta Dr emailkan pd sy .. terima kasih n jazakallah ..

  3. puteri allysha

    salam, dr saya pernah menglami sakit kepala yg teramat ketika umur saya 11 dan 13 tahun dlm setahun sekali… tetapi skrg saya mengalami sakit kepala setiap hari walau pun saya tidur dan makan ubat panadol ia ttp sakit…. kalau Dr ada cadangan minta Dr emailkan pd saya… terima kasih

  4. salam, saya berumur 23 tahun. adakah biasa umur seperti saya mengalami kekerapan sakit kepala? kadang sakit kepala menyukarkan saya tidur dan bila bangun pada paginya sakit kepala berkurang tetapi kemudian sakitnya menyerang lagi. kalau ada beberapa nasihat yang doktor boleh kongsikan,saya amat alu-alukan. terima kasih.

  5. Assalamualaikum DR. Saya telah menghidap migrain sejak 8 tahun lepas. Selalunya jika serangan yg severe saya terpaksa mengambil injection utk pain killer, slps itu dah ok. Tetapi bru2 ni, injection voltaren tidak berkesan , malah saya mengambilnya keesokan harinya barulah berkesan ttp mengambil masa yg lama..soalan saya adakan badan saya sudah resistance dgn injection voltaren dan apa nasihat Dr? Terima kasih

Leave a Reply to Norfiza AzrinaCancel reply

error: Content is protected !!