Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bina Keluarga » Kaitan Kitaran Haid yang Tidak Teratur dengan Masalah Kesuburan

Kaitan Kitaran Haid yang Tidak Teratur dengan Masalah Kesuburan

Saya memahami antara ujian bagi pasangan muda yang beru berkahwin ialah tekanan untuk mendapatkan zuriat. Bagi mereka yang Allah mudahkan dalam perjalanan hidup mereka, Allah kurniakan nikmat zuriat sebagai penghias hidup psangan itu. Alhamdulillah.

Namun bagi mereka yang mengalami ujian kesukaran untuk hamil, percayalah bahawa inilah ujian yang Allah berikan untuk menguji siapakah antara kita yang lebih baik amalnya. Kita akan pulang berjumpa dengan Allah nanti dengan perasaan syukur dan puas, apabila telah menerima segala ujian dariNya dengan sabar.

Firman Allah S.w.t, “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,” – Surah Al Mulk : Ayat 2

 

Anovulasi adalah masalah kesuburan yang utama

Sebelum saya menceritakan lebih lanjut tentang masalah kesuburan ini, elok juga saya perkenalkan beberapa istilah yang penting dalam artikel ini.

Saya telah sebut tentang ovulasi di dalam beberapa artikel sebelum ini. Ovulasi adalah proses pengeluaran telur dari ovari, supaya ianya dapat disenyawakan oleh sperma lelaki.

Anovulasi pula bermakna seseorang wanita itu mengalami kitaran haids dan pendarahan haids, namun tiada proses ovulasi. Jika kitaran haidsnya tidak teratur tetapi masih mempunyai ovulasi ianya dinamakan oligovulasi.

Kedua-dua keadaan ini ( anovulasi dan oligovulasi) dinamakan Ovulatory Dysfunction (OD), menjadi punca utama (40%) bagi  masalah kesuburan wanita.

Biasanya wanita yang mengalami masalah kitaran haids yang tidak teratur akan mengalami OD. Ini bermakna kitaran haidsnya hanya 21 hari atau melebihi 36 hari. Atau kitaran haids berada di antara 21 hingga 36 hari, namun ianya tidak tetap. Sebagai contoh, bulan lepas kitaran haidsnya 22 hari, bulan ini pula 35 hari.

Ada juga wanita yang mempunyai kitaran haids yang tetap namun masih juga tidak mengalami ovulasi. Keadaan ini tidak sering berlaku. Jika kitaran haids mempunyai pendarahan haids namun tiada ovulasi, ini dinamakan kitaran haids anovulatori (anovulatory cycle)

Bagi wanita yang tidak mempunyai masalah kesuburan, kebarangkalian untuk hamil pada kitaran haids itu ialah 25% setiap bulan. Bermakna, walaupun ovulasi berlaku namun ianya bukanlah suatu kemestian untuk mengandung apabila melakukan jima’ pada bulan itu.

Wanita yang mengalami anovulatori (tiada ovulasi) pula, tidak akan hamil kerana tiada telur ovum yang dikeluarkan dari ovari. Ini berbeza dengan wanita yang mempunyai ovulasi tetapi pada waktu yang tidak tetap akibat kitaran haidsnya yang tidak teratur. Kebarangkalian untuk mengandung tipis tetapi masih ada.

Kitaran haids yang tidak tetap bermakna tiada keseimbangan hormone dalam wanita itu. Selain masalah ovulasi, ketidakseimbangan ini juga menyebabkan beberapa perkara lain yang menyumbang ketidaksuburan itu. Iaitu kurang mucus di cervix (pangkal rahim), lapisan endometrium yang nipis (yang berfungsi untuk sebgai tapak selepas telur ovum disenyawakan), kekurangan hormone progesterone dan fasa luteal yang pendek.

 

Apa yang menyebabkan Anovulasi?

Banyak faktor yang menyebabkan anovulasi. Sebab yang paling utama ialah penyakit polycystic ovarian syndrome., PCOS. Antara sebab lain ialah kegemukan, terlalu kurus, senaman yang terlaluan ( terutama di kalangan atlet), Hyperprolactinemia, premature ovarian failure, kegagalan kelanjar thyroid dan terlalu stress.

Cara termudah untuk mengesan anovulasi ialah pemeriksaan darah untuk hormone progesterone pada hari ke 21. Jika hormone itu berada di tahap rendah kemungkinan besar, wanita itu tidak ovulasi.

Pakar sakit puan akan melakukan pemeriksaan ultrasound untuk mengesan saiz dan bentuk rahem (uterus) dan ovari, untuk melihat sama ada ovari mempunyai tanda-tanda PCOS.

 

Apakah rawatan untuk Anovulasi?

Ianya bergantung kepada sebab terjadinya anovilasi. Ada kalanya ianya hanya dirawat dengan pengubah cara hidup dan menukar diet pemakanan. Sebagai contoh, jika kekurangan berat badan dan senaman yang terlalu kuat mneyebabkan masalah ini, wanita itu dinasihatkan agar menambah berat badan dan mengurangkan latihan senamannnya. 

Begitu juga jika wanita itu mempunyai berat badan yang lebih atau obese, mengurang berat badan 10% dari berat badan yang sedia ada akan menyebabkan ovulasi akan berlaku.

Biasanya rawatan yang diberikan oleh doktor ialah memberikan tab penyubur clomid. Namun saya harus memberitahu bahawa clomid bukanlah ubat ajaib untuk semua masalah kesuburan. Ianya hanya sesuai untuk wanita yang menghadapi masalah anovulasi saja.

Ini bermakna sebelum mencuba ubat itu, haruslah berjumpa doktor dan melakukan ujian. Masalah saluran fallopian yang tersumbat atau masalah organ ovari yang tidak mempunyai ovum tidak dirawat dengan ubat ini. Jadi amat dinasihatkan para wanita agar berjumpa doktor sebelum cuba menggunakan ubat ini.

Clomid akan menyebabkan ovulasi pada 80% wanita yang mengalami maslah anovulasi dan membantu 45 % wanita yang bermasalah untuk hamil.

Untuk wanita yang mengalami PCOS, doktor selalu memberikan ubat Metformin yang biasa diberikan kepada pesakit Diabetis Mellitus. Ini kerana ubat itu menyebabkan kurang selera makan dan insulin menjadi lebih sensitif terhadap gula. Ini menyebabkan berat badan akan menjadi kurang.

Namun jika ianya tidak membantu, berjumpalah dengan doktor untuk mendapat rawatan selanjutnya kerana maslah PCOS dikirakan sebagai rumit.

Namun begitu jika anovulasi disebabkan oleh masalah premature ovarian failure atau low ovarian reserves, bermakna telur yang berada di ovari amat berkurang (bukannya tidak dikeluarkan), rawatan bagi keadaan ini memang sukar.

Nasihat saya bagi wanita yang menghadapi masalah ini, banyakkan bersabar dan jangan putus harap dengan rahmat Allah. Banyaklah berdoa di samping mendapatkan rawatan yang terbaik.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” – Surah AlBaqarah : Ayat 286

 

Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (040910)

http://www.facebook.com/drzubaidi

http://drzubaidi.com/blog/ 

16 comments

  1. salam doc…sy mempunyai period yg tdk teratur…sudah 3 tahun berkahwin tapi belum pernah mengandung…. tahun nie saya belom period lagi…. last period sy 2/12/2010… saya takut nak check upt kerana tahu ia akan buat saya kecewa kalau -tive… tolong la doktor… apa sy perlu lakukan…??

  2. Salam…doktor..saya memg jenis datang haid yang tidak regular…jadi susah untuk saya mengira waktu subur….macamana saya nak kira waktu subur saya ? thanks doktor…

    • Saya selaku admin blog ini sangat bersimpati dengan keadaan puan. Soalan puan sedikit rumit dan memerlukan penjelasan yang panjang. Saya cadangkan puan pergi ke halaman Tanya Dr Zubaidi di mana sejumlah bayaran dikenakan. Bayaran ini merupakan bayaran penghargaan kepada pihak kami untuk terus menguruskan blog ini. Selain itu puan juga dapat memelihara kerahsiaan maklumat saudari dengan pihak kami. Terima kasih. -ADMIN

    • Sila rujuk artikel Dr Zubaidi di http://drzubaidi.com/blog/?p=447 . Terima kasih -ADMIN-

  3. salam doc…sy dah kawin selama 3 thn dan tak pernah mengandung..haid sy tak teratur..3-4 bulan sekali..baru2 ni sy ada buat upt dan hasilnya ada 2 jalur dimana yg satu nye kabur dan tidak jelas…adakah sy mengandung atau sebaliknya?

  4. salam doc..saya dah bekahwin lebih kurang 1 tahun 10 bulan.saya dan suami tinggal berasingan memandangkan tuntutan pekerjaan. Kami akan berjumpa setiap minggu antara 4-11 hari. Saya belum pernah hamil. Saya datang haid setiap bulan tetapi tidak tetap pusingannya. kadang2 28 hari,29 hari dan sehingga 31 hari. Biasanya pusingan haid saya akan berubah dalam tempoh selepas 2-4 bulan. Tolonglah saya doktor,saya ingin hamil.

  5. salam doc, sy mengalami haid yg berpanjangan. selepas sy keguguran buat kali ketiga. Sejak iti haid sy mula tidak teratur. baru2 nie saya mengambil ubat norculut untuk menghentikan darah setelah 2 bulan darah tidak berhenti. 2 hari pengambilan ubat, hiad sy berhenti. tapi seminggu selepas sy berhenti ambil ubat tersebut haid sy keluar semula. apa yg perlu sy buat. ujian pap smear sy pernah buat tahun lepas.

  6. salam doc…saya mempunyai kitaran haid yg tidak teratur….utk makluman doc saya baru sahaja melahirkan ank pada 3 dis 2011…pd bln mac 2012 saya dh dtg haid pertama iaitu pada 26/3/12 hingga 31/3/12….kemudian dtg haid lg pada 8/4/12 hingga 13/4/12…..dan dtg haid lg pd 23/4/12 hingga 29/4/12….ini bermakna waktu subur saya hanya seminggu sahaja…adakah saya mengalami masalah hormon ataupun kesuburan atau masalah lain..diharap doc dapat memberi penjelasan….tq

  7. Assalamualaikum Doc, saya mempunyai kitaran haid yg tidak normal. paling lama sepanjang 12 bulan yang lepas 58 hari. Tempoh yang normal 33 hari. Perkara yang merisaukan saya bulan ni kitaran nya hanya 15 hari sahaja. Disini saya tunjukkan sebahagian kitaran
    Nov – 51 hari
    Dis –
    Jan – 33 hari
    Feb –
    Mac – 58 hari
    April – 41 hari
    Mei – 15 hari
    Saya baru haid pada 23 april yg lepas dan 7 mei saya haid semula. Adakah perkara ini menunjukkan saya ada masalah kesihatan? Terima kasih sudi baca dan jawab

  8. salam doc sya sudah berkahwin selama 5thn . tapi msh blm ada zuriat.. sya dan suami dah pergi jumpa doc. keputusannya dua2 org normal. dan sya nak tya sya law dtg period mesti awl 3 ari tapi x lama cma 4dan 5 ari saja.. adakah itu normal… dan sya minta bantuan doc supaya sarankan sya bagai mna hendak hamil… pelbagai2 sya telah cuba tp tetap x menjadi..

  9. salam doc, sya mengalami haid yang tidak teratur sya belum berkahwin lagi umur saya 24,setiap kali saya dtg haid mesti lebih dari sebulan haid datang,saya takut masa akan datang sya khwin nanti …saya harap doktor dapat membantu sya…

  10. salam Doc…sy nk bertanya adakah normal jika period saya sangat2 lewat…sblum ini mencecah 90 hari dan kali ini sudah 74 hari period sy lewat…2 minggu lps sy ada buat upt dan -tv…sekitar 2 mgu lps sy ada rujuk klinik & diberi pil utk trn darah selama 3 hari…slpas mkn pil tersebut sy masih belum period. adakah sy mengalami apa2 masah doc??? sy runsing memikirkan keadaan ini.

  11. salam doc…sy dah setahun lebih berkahwin dah ada anak satu,baru 1thn umur nye..tpi selepas sy bersalin dan hbis darah nifas,sya ada dua kali dtg haid…tpi selepas tu,sy dah x dtg haid dah…smpi la skrg…hmpir setahun 2 bulan sy x dtg haid….dan berat badan sya skrg mencecah 80kg. pada pendapat doc,apa punca masalah sy?

  12. As salam doc ,

    Untuk info doc, sya berumur 28thn , tinggi 149 , berat 47kg . Dibawah senarai kitaran haid sya dr jan – dec 2012:-
    Jan : 15/1 – 21/1
    Feb : 12/2 – 16/2
    .March : 5/3 – 9/3
    April: 21/4 – 26/4
    May: 26/5 -3/6
    July: 3/7-9/7
    Aug: 29/8-3/9
    Oct: 2/10-7/10
    17/10-23/10
    Nov : 1/11-8/11
    21/11 -25/11
    Dec: 5/12- 12/12.

  13. As salam doc ,

    Masalah haid tidak teratur, darah haid (lendir). 2bln terakhir haid dtg 2x sebulan.

    Untuk info doc, sya berumur 28thn , tinggi 149 , berat 47kg . Dibawah senarai kitaran haid sya dr jan – dec 2012:-
    Jan : 15/1 – 21/1
    Feb : 12/2 – 16/2
    .March : 5/3 – 9/3
    April: 21/4 – 26/4
    May: 26/5 -3/6
    July: 3/7-9/7
    Aug: 29/8-3/9
    Oct: 2/10-7/10
    17/10-23/10
    Nov : 1/11-8/11
    21/11 -25/11
    Dec: 5/12- hari ini.

    Untuk pengetahuan doc sya dah berkahwin genap setahun dan belum lagi dikurniakan cahaya mata. Bagaimana cara pnyelesaian.

    Thankz doc.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!