kadar jantung perlahan semasa hamil

KADAR JANTUNG PERLAHAN SEMASA HAMIL

“Assalammualaikum Dr Zubaidi, maaf menganggu, saya ingin bertanyakan soalan mengenai kadar deyutan jantung perlahan (bradycardia).

Saya berumur 29tahun baru berkahwin, tidak bekerja serta sedang mengandung anak pertama berusia 14 minggu. Saya ingin bertanyakan soalan mengenai kadar denyutan jantung saya yang perlahan sekitar 50-51 adakah ianya berbahaya? Untuk pengetahuan Dr. Saya juga telah membuat pemeriksaan ECG di klinik kesihatan dan Dr dari klinik kesihatan telah meminta saya ke HKL untuk rawatan selanjutnya. Saya atau keluarga terdekat tidak mempunyai sebarang penyakit berkaitan dengan jantung serta saya tidak mengalami sebarang symptoms seperti pening, pitam, loya atau sebagainya semasa mengandung.

Cuma agak keletihan, kurang selera makan dan terasa malas sahaja. Adakah kerana kurang exercise / bergerak membuatkan jantung saya berdenyut perlahan atau sebaliknya? Adakah merbahaya jika saya kembali bekerja?.

Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada Dr kerana sudi membaca soalan saya. Semoga Dr dan keluarga dirahmati Allah selalu.  Sekian Terima Kasih…”

WA ALAIKUM MUS SALAM

Apabila seorang wanita itu sedang hamil, banyak perubahan yang berlaku dalam dirinya, antaranya ialah perubahan pada degupan jantung yang dapat dikesan dengan pemeriksaan nadi.

Degupan jantung boleh diperiksa dengan mendengarnya secara langsung dengan stethoscope pada dada sebelah kiri, sementara nadi dapat diperiksa pada pergelangan tangan.

Pemeriksaan ini dilakukan ketika wanita itu sedang rehat dan duduk dalam keadaan selesa.

Kadar nadi ketika rehat adalah berbeza untuk setiap wanita, dan bergantung  pada tahap kecergasan sebelum hamil dan juga umur wanita itu.

Kadar denyutan nadi yang normal

 

Ketika dalam keadaan rehat kadar degupan jantung dan denyutan nadi yang normal selalunya lebih tinggi semasa hamil, berbanding dengan degupan jantung sebelum hamil.

Keadaan ini dapat dirasai  seawal dalam minggu pertama selepas berlakunya persenyawaan antara  sperma dan ovum. Jantung bayi pula mula dapat dikesan seawal minggu ke lima selepas persenyawaan.

Dengan peningkatan kadar jantung, wanita hamil ini akan untuk mengepam lebih banyak darah ke seluruh tubuh, terutamanya pada uri untuk menghantar bekalan darah yang mengandungi oksigen dan nutrient secukupnya.

Purata kadar denyutan nadi yang normal bagi kebanyakan wanita yang hamil  ialah  sekitar 80  denyutan seminit.

Kesan

Apabila seorang wanita hamil  mengalami kadar degupan jantung yang perlahan, (dikenali sebagai bradycardia) ia boleh membawa kesan negatif untuk kesihatan ibu dan anak dalam rahem.  Oleh itu pemeriksaan lebih lanjut harus dilakukan bagi mengetahui punca yang menyebabkan jantung berdegup perlahan agar rawatan yang tepat dan sempurna dapat dilakukan.

Kesan bradycardia pada kehamilan
Pada ibu yang hamil Pada kehamilan dan bayi dalam rahem
1.hilang selera makan2.pengsan

3. sakit dada

4.rasa lemah walaupun dalam keadaan rehat

5.mudah  keletihan lepas melakukan kerja ringan

6. sesak nafas

1. kelahiran  pra-matang2. kecacatan bayi

3. bayi yang dilahirkan kecil saiznya

3. kematian bayi dalam rahem

Punca bradycardia ketika hamil

Punca bradycardia ketika hamil
1.penggunaan beberapa jenis ubat-ubatan sebagai rawatan bagi penyakit yang sedia ada sebelum hamil

2.kecacatan jantung semenjak lahir (congenital herat disease)

3.penyakit tekanan darah tinggi

4.penyakit lemah jantung (congestive heart disease)

5. jangkitan kuman pada jantung

6.parut pada dinding jantung selepas pembedahan jantung

7.masalah kandungan zat besi yang berlebihan di dalam badan

8.penyakit  kekurangan hormone tiroid (hypotiroidisme)

9. ketidakseimbangan mineral dan elektrolit dalam darah.

Nasihat

Kebanyakan wanita  yang mempunyai degupan jantung yang lemah, boleh melahirkan anak yang sihat dengan selamat , jika sepanjang kehamilan, beliau mendapat penjagaan yang lebih teliti dari doctor pakar.

Untuk memastikan mereka selamat  ketika melahirkan, semasa proses kelahiran harus dilakukan di hospital, bukan di Pusat Bersalin yang dikendali oleh bidan terlatih atau di rumah yang dibantu oleh bidan kampung.

Proses kelahiran perlu dilakukan dengan cepat, kerana semasa proses kelahiran yang normal, banyak tenaga dan bekalan oksigen yang diperlukan. Oleh kerana degupan jantung yang perlahan tidak membantu meningkatkan pengaliran nutrient dan oksigen dalam darah kepada tubuh, dikhuatiri proses kelahiran yang panjang boleh memudaratkan bayi dan ibu ssehingga boleh meragut nyawa.

Rujukan:

Management of Common Problems in Obstetrics and Gynecology“; T. Murphy Goodwin, Martin N. Montoro and Laila Muderspach; 2010

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

error: Content is protected !!