Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Kehamilan » Kadar Degupan Jantung Janin

Kadar Degupan Jantung Janin

KADAR DEGUPAN JANTUNG JANIN


USG

Semasa memeriksa janin melalui pemeriksaan ultrasound, seorang suami yang menemani isterinya (yang hamil) menegur saya.


“Doktor, kenapa degupan jantung bayi agak laju. Kalau kita selalunya 100 degupan perminit pun sudah dianggap laju. “


Saya senyum.


“Betul tuan. Kalau orang dewasa ia dianggap laju, tetapi untuk janin yang masih berada dalam rahem, ia dianggap normal kerana struktur jantung yang belum matang”



Dia mengangguk setuju dan faham.



Kadar degupan jantung janin dan bayi dalam rahem laju dibandingkan dengan degupan jantung orang dewasa. Selalunya janin akan mula berdegup 3 minggu selepas berlakunya persenyawaan. Namun ia hanya dapat dilihat dengan jelas menggunakan teknik pemeriksaan ultrasound pada usia kehamilan 6 minggu.

Secara amnya, degupan jantung janin dan bayi adalah seperti berikut:

Pada usia 6 minggu : 100 -120/minit. Kemudian pada minggu seterusnya akan bertambah laju.

Pada usia 9 – 10 minggu: 170/minit.  Kemudian pada minggu seterusnya akan menjadi lebih perlahan.

Pada usia 14 minggu: 150/minit.

Pada usia 20 minggu: 140/minit

Pada usia 36 minggu: 130/minit

Namun begitu secara amnya, di trimester terakhir, degupan jantung bagi bayi sebanyak 110 – 160 denyutan seminit dianggap normal.

Semoga bermanfaat.

 

Saya mencadangkan pengambilan suplemen Ekstrak Kacip Fatimah (EKF) keluaran UTM untuk kesejahteraan diri wanita. Boleh hubungi saya 013 761 0576.

#DrZubaidiHealth (013 761 0576)

Wallahu a’lam.

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Untuk pembelian Kacip Fatimah formulasi IBD UTM menggunakan kad kredit, sila klik di bawah:

[KLIK]

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

 

 

 

 

 

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: