Advertorial
Home » Advertorial » Kacip Fatimah Tidak Sesuai untuk Wanita Hamil dan Menyusukan Anak?

Kacip Fatimah Tidak Sesuai untuk Wanita Hamil dan Menyusukan Anak?

Saya mendapat pertanyaan, adakah ekstrak Kacip Fatimah boleh digunakan untuk wanita hamil dan menyusukan anak?

Ini kerana terdapat  isu yang ditanyakan oleh seorang wanita yang keliru dengan artikel yang terdapat dalam sebuah blog, yang mengatakan bahawa Kacip Fatimah memberikan ‘cleansing effect’ dan tidak sesuai untuk wanita hamil dan menusukan anak.

Mengikut kata penulis blog itu, “Bagaimana pun perlu diketahui juga bahawa salah satu fungsi utama kacip fatimah iaitu cleansing effect ini menyebabkan ianya tidak sesuai digunakan oleh wanita mengandung dan wanita yang menyusukan anak. Ini kerana disebabkan oleh kesan cleansing effect melalui penggunaan kacip fatimah, ia menjadi agent penyahtoksikan atau detoxifying agent yang sangat berkesan”

Sebenarnya “detoxification”bermakna  mengeluarkan bahan bahaya (toxic) dalam tubuh, jika dibiarkan berkumpul dalam akan menyebabkan kesan yang tidak baik terhadap kesihatan.

(Detoxification is an alternative medicine approach that proponents claim rids the body of “toxins”, accumulated harmful substances that are alleged to exert undesirable effects on individual health-wiki)

Setakat ini saya belum membaca mana-mana kajian dalam journal mengatakan yang menunjukkan Kacip Fatimah memberikan kesan tersebut. Kacip Fatimah tidak mempunyai bahan diuretic semulajadi bagi tujuan perkumuhan atau detoksifikasi.

Menurut  Jabatan Perhutanan Malaysia, Kacip Fatimah kaya dengan bahan semulajadi, phytoestrogen dan isoflavones. Ia tidak memberikan kesan perkumuhan, tetapi lebih kepada merangsangkan sistem keseimbangan hormone dan reproduktif.

(rujuk: http://www.forestry.gov.my/herba/kacipfatimah_en.pdf)

Menurut  Institute for Medical Research, Malaysia pula, Kacip Fatimah mengandungi phytoestrogen, bahan anti-radang dan anti-oksida yang membuatkannya berkesan untuk merawat beberapa penyakit. Institusi yang terkenal ini juga tidak menyebut Kacip Fatimah memberi kesan detoksifikasi.

(rujuk: Institute for Medical Research, Estrogenic and Androgenic Activities of Kacip Fatimah (Labisia Pumila), Abstracts of Research Projects,Ministry ofHealthMalaysia, Kuala Lumpur, Malaysia, 2002).

Secara jelas bahawa ekstrak Kacip Fatimah tidak memberikan kesan detoksifikasi seperti yang disebut oleh penulis blog itu. Ia mungkin anggapan beliau saja bahawa Kacip Fatimah memberikan kesan tersebut, padahal ia tidak memberikan kesan itu.

Menurut penulis blog itu lagi “Oleh itu, bahan-bahan toksin di dalam tubuh badan akan dikeluarkan melalui sistem perkumuhan (liang peluh, air kencing, najis dan juga susu ibu). Dengan demikian, ditakuti bayi yang disusukan akan minum susu yang mengandungi toksin yang dikumuhkan dari badan ibunya. Sekiranya ibu mengandung minum atau consume air kacip fatimah atau serbuk atau pil yang mengandungi kacip fatimah, kadang-kadang sistem badan ibu tak fully recognize janin yg membesar dalam perut tuh adalah bayi (kira macam sistem badan confuse. ingat ni benda asing yg patut dibuang/dikumuhkan) Kesannya akan menyebabkan keguguran.”

Sekali lagi saya berpendapat beliau tersilap. Susu ibu bukanlah sebahagian sistem perkumuhan badan. Ia adalah system yang berbeza dan tidak akan mengeluarkan bahan kumuh dan toksin. Payudara ibu yang menyusukan hanya akan mengeluarkan susu ibu yang berkhasiat  kepada bayi.

Kenyataan beliau  “kadang-kadang sistem badan ibu tak fully recognize janin yg membesar dalam perut tuh adalah bayi (kira macam sistem badan confuse. ingat ni benda asing yg patut dibuang/dikumuhkan) Kesannya akan menyebabkan keguguran.” adalah sesuatu kenyataan yang menunjukkan penulis blog ini keliru dan tidak memahami anatomi dan fisiologi tubuh manusia.

Penulis blog itu memetik buku “Mother Food for Breastfeeding Mother” ditulis oleh Hilary Jacobson (page 82).

Buku itu dipetik menulis sebagai  “Try to avoid doing what is called a major detox while breastfeeding or pregnant. This includes fasting, taking more than one or two cups of freshly juice or green-drinks per day, losing weight too quickly, (one pound per week is considered safe for breastfeeding mother), or using strong, detoxifying herbs, including chilantro (see below) or high dosages of chlorella (see page 269).

Jelas sekali bahawa Hilary Jacobson tidak memberi contoh bahawa Kacip Fatimah sebagai bahan detoxifying herb yang dimaksudkan, dan saya telah menjelaskan bahawa Kacip Fatimah tidak bertindak sebagai agen herba detoksifikasi.

Jadi tidak patut mengandaikan saja hal ini tanpa bukti-bukti saintifik dan kajian mendalam.

Beliau memetik lagi “ When a mother detoxes, toxins flood out into the bloodstream where they can crossover the placenta during pregnancy, or enter a breastfeeding mother’s milk. In pregnancy, this can impede the baby’s development. In breastfeeding, this may result in the baby becoming fussy, or coming down with a stuffy nose. Normal-terms babies are usually robust and can deal with a temporary increase in toxins, but there is no reason to put a baby to the test!”

Saya bersetuju dengan Hilary Jacobson bahawa apa saja yang dimakan oleh ibu, sama ada nutrisi yang berkhasiat atau ubat-ubatan (termasuk herba) akan boleh memasuki susu ibu, tetapi proses pembentukan susu ibu adalah lebih kompleks dan ia bukanlah sebahagian sistem perkumuhan seperti yang difahami oleh penulis blog itu.

Tidak semua ubat-ubatan dan herba yang dimakan oleh ibu yang menyusukan akan memasuki susu ibu dan memberikan kesan buruk. Apatah lagi jika ia digunakan dalam dos yang selamat.

Sebelum saya menyebut dos yang selamat, cuba kita berbalik kepada tradisi perubatan Melayu. Ini akan memberikan gambaran am mengenai tahap keselamatan Kacip Fatimah yang telah digunakan sejak dahulu lagi.

Penyelidik di UTM, mengakui bahawa Kacip Fatimah secara tradisinya digunakan untuk merangsang dan memudahkan proses kelahiran dan juga digunakan selepas kelahiran pada waktu pantang. (Traditionally used to induce and facilitate childbirth as well as post partum medication)

http://www.ibd.utm.my/wellness2012/pdf/presentation/ICBWI2010_D1P06_Mr_Mohd_Mukrish_Mohd_Hanafi.pdf

Ayat yang beliau gunakan ialah “Kacip Fatimah digunakan untuk merangsang dan memudahkan proses kelahiran” bermakna sebelum ini air rebusan Kacip Fatimah digunakan beberapa hari sebelum proses kelahiran bermula kerana  ekstrak Kacip Fatimah akan mengecutkan rahem dan mengeluarkan bayi.

Oleh itu ia tidak diberikan kepada wanita di awal kehamilan, sebab dikhuatiri akan menyebabkan keguguran, tetapi diberikan kepada wanita di akhir kehamilan bagi memudahkan proses kelahiran. Kacip Fatimah membantu pengecutan otot-otot  rahem dan faraj.

Ini disebut oleh beberapa pengkaji seperti Burkill dan Stone, bahawa “air rebusan akar atau keselurahan pokok Kacip Fatimah diberikan kepada wanita hamil, sebulan atau dua bulan sebelum melahirkan anak. Ia juga digunakan sebagai rawatan selepas bersalin (dalam pantang) dalam bentuk campuran lain untuk mengecutkan rahem”

rujuk:

Burkill IH. A dictionary of the economic products of the Malay Peninsula. London: Crown                  Agent, 1935.

Stone BC. Notes on the Genus Labisia Lindl. (Myrsinaceae). Malayan Nature Journal 1988; 42: 43-51

Jika Kacip Fatimah digunakan sebagai rawatan selepas bersalin (semasa berpantang), bermakna pada zaman dulu ia juga diberikan kepada wanita yang menyusukan anak ketika masih berada dalam tempuh pantang lagi.

Setakat ini belum ada catatan yng menunjukkan bahawa bayi yang menyusu dari ibu yang mengamalkan ekstrak Kacip Fatimah  akan mengalami masalah perkembangan fizikal dan mental.

Malah, seorang penyelidik, Wan Ezumi Mohd Fuad dari Jabatan Farmakologi di Universiti Sains Malaysia, Malaysia juga bersetuju bahawa, penggunaan Kacip Fatimah ketika hamil tidak akan mengganggu perkembangan fizikal janin dalam rahem.

Dalam kajian beliau, menunjukkan bahawa “tidak pertambahan risiko kematian janin di awal kehamilan di kalangan haiwan-haiwan di makmal yang diuji. Janin yang dikandung juga tidak menunjukkan sebarang kecacatan fizikal.  Kajian yang dibuat mendapati bahawa ekstrak Kacip Fatimah tidak menyebabkan kesan sampingan pada janin dalam rahem haiwan yang diuji dan dos yang dianggap selamat ialah 1000mg/kg/sehari)”.

(rujuk : Evaluation of the Teratogenicity of Aqueous Extract of OF Labisia pumila var. alata in rats, Wan Ezumi Mohd Fuad, Malaysian Journal of Medical Sciences, Vol. 12, No. 2, July 2005 (13-21)).

Ini menunjukkan ekstrak Kacip Fatimah selamat digunakan ketika hamil dan tidak menyebabkan kecacatan pada bayi. Cuma secara teori dibimbangi penggunaan Kacip Fatimah di awal kehamilan akan rahem mengecut dan menyebabkan keguguran. Tetapi ia tidak menyebabkan kecacatan fizikal pada janin.

Jadi persoalannya mengapa doctor dan jururawat tidak menggalakkan pengambilan ubatan herba ketika hamil dan menyusukan anak?

Ini kerana mereka mengambil sikap berhati-hati kerana belum banyak terdapat kajian saintifik yang mengatakan bahawa ubatan herba yang lain selamat. Jadi secara amnya, penggunaan ubatan herba yang tidak diketahui bahan aktif dalam ramuan herba itu tidak digalakkan pada wanita yang hamil dan menyusukan anak.

Seperti mana yang kita tahu kebanyakan ubatan herba, tidak selamat kerana ia mengandungi pelbagai herba yang berlainan yang ada kalanya memberikan kesan negatif yang bertentangan antara satu herba dengan herba yang lain. Selain itu banyak ubatan herba yang dicampur dengan bahan terlarang bagi mendapatkan kesan yang cepat.

Mengikut laporan yang dikemukakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tahun 2010, terdapat sebanyak 184 produk tradisional (herba) yang dihantar ke KKM untuk didaftarkan. Dari 184 produk itu, pihak KKM menolak 49 produk herba itu kerana ia tidak mengikut standard keselamatan yang ditetapkan. Selepas didaftarkan dilakukan pemeriksaan makmal pula, 43 produk herba yang telah diluluskan, dibatalkan pendaftarannya.

Ini bermakna walaupun produk herba itu mungkin telah didaftarkan, tidak bermakna ia selamat selagi belum dilakukan pemeriksaan makmal. KKM boleh menarik pendaftaran produk-produk itu dan merampasnya pada prosuk-produk itu bila-bila masa saja.

Cara terbaik ialah dengan menyediakan sendiri herba-herba ini dengan merebus dan meminumnya. Cara ini adalah paling selamat kerana kita menyakini herba-herba digunakan.

Cara lain ialah dengan mengambil ekstrak satu jenis herba saja, dan tidak dicampurkan dengan pelbagai jenis herba yang kita tidak pasti nama herba-herba itu.

Sebab itu saya mencadangkan penggunaan esktrak Kacip Fatimah yang dipantau pemprosesannya oleh Institute Biotechnology Develpoment (IBD) UTM. Ia terjamin kualiti dan keselamatannya kerana IBD UTM mempunyai makmal pengekstrakan herba. Ia tidak dicampur dengan lain-lain herba. Dengan ini kita yakin kesan herba itu kerana hanya ada satu herba saja dalam capsule yang disediakan.

https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah

Di akhir perenggan artikel dalam blog itu, beliau menulis “kini terdapat banyak produk kesihatan wanita yang tidak mengandungi kacip fatimah seperti produk penjagaan wanita dalam pantang dan selepas pantang dari topical herbs.”

Bagaimana pula dengan tahap keselamatan herba yang beliau cadangkan? Saya tertanya-tanya apakah maksud artikel yang beliau tuliskan itu. Adakah ia ingin berkongsi pengetahuan? Atau ada maksud lain?

Allahu a’lam .

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

 

5 comments

  1. assalam doktor..saya sedang mengamalkan perancang (pil jasmine),boleh tak saya ambil produk ini bersama.Kalau boleh kt mana sy nak dapatkan produk ni di kaw. utara..? tq..

  2. jadi,adakah ini bermaksud doktor mencadangkan yang kacip fatimah yang dikeluarkan oleh ibd utm selamat digunakan oleh wanita yang menyusukan anak? mohon penjelasan.

  3. assalamualaikum dr,

    bagaimana pula dengan minuman kacip fatimah yang telah dikomersialkan melalui minuman segera seperti kopi? adakah ianya selamat bagi ibu yang menyusukan dan yang hamil?

  4. asallkm doc….
    saya ingin tahu…saya sedang menyusukan anak dan sekarang saya memakan jus perawan untuk menjaga kesihatan.dn kandungan didalm jus trsebut terdapt kacip fatimah.dan sekarang saya confuse…adakah ianya memberikan kesan yang tidak baik untuk bayi saya..dan adakah ia akan meninggalkan kesan sampingan seperti saya sukar untuk mengandung kelak…. tolong saya doctor…

    • asallkm doc…. saya ingin tahu…saya sedang menyusukan anak dan sekarang saya memakan jus perawan untuk menjaga kesihatan.dn kandungan didalm jus trsebut terdapt kacip fatimah.dan sekarang saya confuse…adakah ianya memberikan kesan yang tidak baik untuk bayi saya..dan adakah ia akan meninggalkan kesan sampingan seperti saya sukar untuk mengandung kelak…. tolong saya doctor…

      Dr Zubaidi: Wsalam. Kacip Fatimah sesuai untuk wanita yang hamil pada usia kehamilan 38 minggu bertujuan untuk memudahkan proses kehamilan. Puan boleh membaca manfaat lain di https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!