Jenis-jenis pendarahan yang tidak normal di kalangan wanita

JENIS-JENIS PENDARAHAN YANG TIDAK NORMAL DI KALANGAN WANITA

 

blood-in-the-water

 

“Salam doctor. Selain dari pendarahan haid, bolehkan doctor menerangkan pendarahan yang tidak normal pada waniat. Sekian, terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Apabila seorang wanita mengalami masalah pendarahan yang tidak normal, iaitu pendarahan yang tidak menentu atau berlaku di luar waktu haid yang sepatutnya, berkemungkinan beliau mengalami masalah yang besar.

 

Oleh itu pemeriksaan perlu dijalankan kerana pendarahan sebegitu bermungkinan berlaku disebabkan masalah ketidak-seimbangan hormon, fibroid, PCOS atau masalah lain.

 

Wanita yang hamil juga boleh mengalami masalah pendarahan di luar waktu haid yang sepatutnya. Oleh itu jangan terperanjat jika doktor juga melakukan ujian kehamilan bagi pesakit ini, bagi memastikan bahawa ia bukan disebabkan oleh masalah kehamilan.

 

 

Jika pendarahan berlaku pada pertengahan kitaran haid (intermenstrual bleeding), atau sebelum waktu haid yang sepatutnya (premenstrual staining) atau selepas tempuh haid (postmenstrual staining), selalunya pendarahan ini tidak banyak dan hanya sedikit sahaja.

 

Ia biasanya disebabkan oleh masalah ketidakseimbangan hormon atau disebabkan oleh stress dan gangguan emosi.

 

Ia juga boleh disebabkan apabila seorang wanita yang terlupa mengambil pil perancang kehamilan.

 

Pendarahan sebegini juga boleh disebabkan oleh berlakuknya ketumbuhan atau jangkitan kuman pada rahem. Oleh itu pemeriksaan doktor yang lengkap harus dilakukan jika seorang wanita yang mengalami pendarahan seperti ini yang berlaku secara berpanjangan.

 

Jika perdarahan selepas persetubuhan berlaku,  ini berkemungkinan berlakunya penyakit kanser pangkal rahim, terutama bagi wanita dalam usia 30an.  Ada juga disebabkan oleh masalah yang kurang berbahaya seperti luka pada pangkal rahim (cervical erosion), ketumbuhan polyps, atau jangkitan kuman.

 

Pemeriksaan ‘pap smear’ sangat penting bagi mengesahkan pendarahan ini tidak berbahaya.

 

Jika pPerdarahan berlaku selepas putus haid, ia mungkin disebabkan oleh kekeringan faraj (“atrophic vaginitis”)  akibat kekurangan hormon estrogen dalam tubuh. Ia tidak merbahaya dan boleh dirawat dengan ubat hormon estrogen.

 

Selain itu, saya mencadangkan pengambilan suplemen Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM.

 

Wallahu a’lam.

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!