Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Jenis-jenis keguguran

Jenis-jenis keguguran

JENIS-JENIS KEGUGURAN

woman baby 2

“Salam doctor. Saya hamil 10 minggu dan mengalami pendarahan. Doktor telah melakukan pemeriksaan ultrasound dan mendapati masih ada denyutan nadi janin. Doktor memberitahu bahawa janin hampir gugur. Apakah yang doctor maksudkan itu doctor? Mohon pencerahan”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Saya mengucapkan tahniah pada kehamilan puan. Namun ALLAH menduga kita dengan sedikit kebimbangan dan ketakutan. Bersabarlah.

 

Allah berfirman yang bermaksud: “…Dan Kami pasti akan uji kamu dengan sedikit rasa takut, rasa lapar, kekurangan harta, kekurangan nyawa dan kekurangan buah-buahan. Dan berilah khabar gembira kepada orang sabar“. (Surah al-Baqarah ayat 155)

 

Dalam kehamilan puan, ia dinamakan sebagai “threatened miscarriage”  kerana pendarahan dari faraj hanya menunjukkan bahawa proses keguguran baru bermula, dan pemeriksaan ultrasound menunjukkan janin masih berada dalam rahem dan masih ada degupan jantung. Proses ini biasanya dapat dihentikan dengan dengan memberikan ubat   Duphaston bagi “menguatkan rahem”.

 

Terdapat juga keguguran yang dinamakan “inevitable miscarriage” di mana proses keguguran tidak dapat dihentikan. Maknanya bayi dalam rahem tidak dapat diselamatkan lagi. Biasanya wanita seperti ini akan mengalami masalah pendarahan yang banyak dari faraj dan merasa sakit perut. Pemeriksaan ultrasound menenjukkan bayi tiada lagi degupan nadi, tetapi janin masih berada dalam rahem. Pemeriksaan juga mendapati pangkal rahem (cervical os) mula membuka.

 

Jika pemeriksaan ultrasound menunjukkan rahem telah kosong, bermakna keseluruhan janin telah keluar dengan sendiri, ia dinamakan “complete miscarriage”. Selalunya pesakit akan datang ke klinik, mengadu pendarahan dari faraj yang banyak dan rasa sakit perut. Pesakit juga mengadu melihat darah berketul-ketul bersama serpihan tisu yang keluar bersama. Selepas ketulan darah atau tisu itu keluar, kesakitan dan pendarahan berkurangan. Apabila doktor memeriksa pangkal rahim, ianya sudah tertutup.

 

Jika pemeriksaan ultrasound mendapat masih terdapat baki janin yang masih tertinggal di dalam rahem, ia dinamakan ‘‘incomplete miscarriage’’. Pesakit selalunya datangdengan pendarahan dari faraj dan sakit perut. Selain itu, pesakit perasan ada ketulan darah atau tisu yang keluar. Pemeriksaan mendapati pangkal rahem belum membuka, dan pemeriksaan ultrasound mendapati terdapat saki baki janin.

 

Sesetengah wanita disahkan hamil dengan pemeriksaan UPT. Apabila doctor melakukan pemeriksaan ultrasound, mendapati ada janin dalam rahem tetapi tiada degupan jantung dapat dikesan. Doktor selalu memberitahu ia adalah keguguran yang dinamakan “missed miscarriage”. Tiada pendarahan atau sakit perut yang dialami.

 

Ada kalanya pesakit tidak mengalami pendarahan atau sakit perut, tetapi dalam pemeriksaan ultrasound, doctor mengesahkan pesakit itu mengalami keadaan yang dinamakan “blighted ovum”, di mana hanya kantung janin sahaja yang dapat dilihat tanpa sebarang denyutan nadi atau jantung janin.

 

Jika terdapat jangkitan kuman pada rahem, ketika seorang wanita itu hamil, dan kemudian mengalami keguguran, ia dinamakan sebagai ‘‘septic miscarriage’’.

 

Wallahu a’lam

 

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: