Jenama susu terbaik untuk wanita hamil

pregnant woman milk

 

“Salam doktor. Saya sedang hamil sulong dua bulan, bolehkah doktor cadangkan jenama susu yg terbaik bagi ibu hamil?”

 

Wa alaikum mus salam.

 

Saya merasakan bahawa tidak ada keperluan untuk wanita hamil minum susu tepung berjenama kerana jika mereka boleh mengambil susu segar yang puan boleh beli dari pasaraya besar. Minum susu segar adalah lebih baik.

 

Namun begitu puan telah mengambil pemakanan yang seimbang, beserta dengan suplemen lain seperti kalsium, omega 3 dan multivitamin, tidak perlu puan minum susu lagi.

 

Jadi bagi menambah kalsium dalam pemakanan puan, selain dari pemakanan yang seimbang dan mendapat kalsium dari pemakanan seperti daging, puan mempunyai dua pilihan untuk menambahkan kalsium.

 

Jika puan mengalami alahan pada susu atau mengalami ceret-beret selepas mengambil susu segar atau susu tepung, puan boleh mengambil tablet kalsium.

 

Namun tablet kalsium boleh menyebabkan sembelit. Bagi wanita yang mengalami masalah sembelit yang kuat, boleh mengamalkan mana-mana jenama susu tepung untuk wanita hamil atau meminum susu segar.

 

Bagi mereka yang mengalami ceret-beret, alahan susu atau sembelit perbanyakan makan daging merah sebagai sumber protein dan kalsium.

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

error: Content is protected !!