Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Jangkitan kuman pada pundi kencing

Jangkitan kuman pada pundi kencing

kencing kotor

 

“Assalamualaikum doktor. Dua tiga hari ini saya selalu kerap buang air kecil dan rasa pedih. Adakah ia disebabkan oleh kencing kotor? Mohon pencerahan”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Saya mencadangkan puan membuat pemeriksaan air kencing kerana berkemungkinan disebabkan oleh jangkitan kuman pada pundi kencing. Orang Melayu selalu menamakannya sebagai “kencing kotor”

 

Kebanyakan jangkitan kuman bermula dari faraj dan masuk ke saluran salur kencing urethra dan akhirnya masuk ke bahagian pundi pundi kencing.

 

Jangkitan kuman ini senang berlaku di kalangan wanita disebabkan saluran kencing uretra mereka yang pendek. Jika tidak diubati ia boleh menyebabkan jangkitan pada ginjal.

 

Punca jangkitan kuman yang biasa berlaku apabila bakteria yang dubur dan dalam faraj masuk ke dalam saluran kencing, terutama semasa hubungan kelamin.

 

Jangkitan kuman menyebabkan rasa ingin kencing yang tidak boleh ditahan-tahan lagi, kerap ingin kencing dan rasa sakit ketika kencing.

 

Air kencing pula menunjukkan bau yang kuat, keruh dan pekat, dan bercampur dengan darah.

 

Oleh itu saya mencadangkan agar selepas membersihkan kemaluan selepas membuang air besar ataupun air kecil, lapkan kawasan tersebut dari depan ke belakang. Elakkan menggunakan sebarang pencuci untuk mencuci di bahagian dalaman faraj.

 

Minum air secukupnya dan jangan amalkan menahan air kencing. Selepas hubungan intim dengan suami, amalkan membuang air kecil.

 

WALLAHU A’LAM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!