Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Jangkitan Kuman di Paru-paru Lambat Baik

Jangkitan Kuman di Paru-paru Lambat Baik

pneumonia

 

“Salam doctor, baru-baru ini abang saya mengalami penyakit pneumonia dan telah dimasukkan ke dalam hospital selama dua minggu. Sebelum ini beliau mengalami penyakit diabetis. Walau pun telah dibenarkan keluar dari hospital, beliau masih kelihatan belum sihat kerana mengalami batuk dan susah bernafas. Sekarang sudah masuk sebulan, tetapi beliau masih kelihatan tidak sihat. Mohon pencerahan” 

 

Wa alaikum mus salam.

 

Pneumonia adalah penyakit jangkitan kuman dalam paru-paru yang menyebabkan pesakit akan berasa letih dan sukar bernafas.

 

Selain itu, pesakit juga mungkin mengalami batuk berkahak yang teruk dan mengalambil masa yang lama, demam panas yang kuat dan pesakit mengalami rasa sukar bernafas.

 

Biasanya bagi pesakit dapat boleh dirawat di rumah dengan diberikan antibiotic dan insha ALLAH akan sembuh dalam masa seminggu.

 

Bagi pesakit yang telah berusia 60 tahun ke atas, kanak-kanak terutama bawah umur lima tahun dan pesakit diabetes, jangkitan kuman pada paru-paru selalunya mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh.

 

Jika tidak dirawat dengan segera, ia boleh membawa maut.

 

Dalam beberapa kes di mana pesakit tidak dirawat dengan sempurna, pesakit akan mengalami komplikasi seperti mengalami nanah di bahagian paru-paru, mengalami kebocoran paru-paru, masalah pertukaran oksigen dalam paru-paru dan akhirnya membawa maut setelah beberapa minggu.

 

Saya menasihatkan agar pesakit terus mengambil ubat antibiotic yang diberikan oleh doktor, rehat yang mencukupi, ubat demam dan minum air secukupnya. Pastikan berjumpa doctor untuk pemeriksaan berkala sehingga pesakit benar-benar sembuh.

 

Namun jika pesakit tiba-tiba mengalami sukar bernafas atau demam yang kuat, bawa terus ke hospital kerana mungkin mengalami komplikasi dalam paru-paru, dan beliau memerlukan rawatan di hospital dengan segera.

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!