Jangkitan ketuat pada kemaluan (Genital Wart)

Assalamu alaikum, saya dijangkiti genital wart ketika hamil 30minggu dan kini saya sudah pun 3 bulan melahirkan anak. Saya ingin bertanyakan tentang cara membuang dan merawat, dimana dan bagaimana. Ketuat ini tumbuh di bibir faraj.. saya berasa sangat risau. Harap doc sudi membantu saya. Terima kasih.

Wa alaikum mus salam. Saya doakan agar ALLAH membantu puan mencari kesembuhan. Jangan mudah berputus harap.

Genital Warts (GW) sebenarnya dikategorikan sebagai penyakit kelamin (venereal disease). Ia juga  disebut sebagai Condylomata acuminata, venereal warts, anal warts dan anogenital warts.

Ia disebabkan oleh beberapa jenis human papillomavirus (HPV), terutamanya jenis 6 dan 11. Sementara HPV jenis yang lain menyebabkan kanser pangkal rahem (cervical cancer) dan kanser dubur (anal cancer).

Ia sangat mudah disebarkan melalui sentuhan kulit semasa melakukan oral sex, vaginal sex atau anal sex dengan pasangan yang telah dijangkiti virus itu.

Bagi menghindari risiko mendapat kanser, pesakit yang disahkan menghidap jangkitan genital wart haruslah mengetahui jenis kuman HPV yang mana dia dijangkiti agar kesihatan mereka dapat dipantau.

Kuman HPV akan memasuki tubuh melalui luka kecil pada kemaluan ketika melakukan hubungan seksual. Kuman ini akan memasuki ke lapisan bawh kulit dan menambah bilangannya. Ia juga merangsang pertambahan sel-sel kulit sehingga menyebabkan terbentuknya ‘ketumbuhan’ pada kulit di bahagian yang dijangkiti itu (selalunya di bahagian kemaluan).

GW boleh kelihatan seperti ketumbuhan yang sangat kecil, atau berbentuk serumpun (cluster), atau menjadi ketumbuhan yang besar pada kemaluan.

Pada wanita ia boleh berlaku pada dalam atau luar faraj, pangkal rahem (cervix), dalam rahem dan sekitar dubur (anus).

Pada lelaki ia boleh dilihat di kepala zakar, batang zakar, kerandut telur (scrotum) dan sekitar dubur.

Ia juga boleh dilihat di dalam mulut dan tekak seorang pengamal oral sex.

Seorang yang dijangkiti kuman HPV, selalunya mengambil masa beberapa bulan hingga beberapa tahun sebelum mendapati ketumbuhan wart pada kemaluan mereka.

Kebarangkalian untuk seseorang dijangkiti kuman HPV akibat hubungan seksual tanpa perlindungan (eg kondom) dengan penghidap HPV sangat tinggi, iaitu 70%.

Oleh itu bagi mereka yang mempunyai risiko mendapati jangkitan ini, maka disarankan mengambil suntikan vaksin.

Vaksin Gardasil (yang dikeluarkan oleh Merck & Co.) adalah vaksin yang melindungi dari jangkitan kuman human papillomavirus jenis 16, 18, 6, dan 11. Vaksin ini berkesan bagi menghindari genital wart dan kanser pangkal rahem.

HPV jenis 6 dan 11 pula menyebabkan genital warts, sementara jenis 16 dan 18 akan menyebabkan kanser pangkal rahem.

Vaksin ini adalah usaha pencegahan, bukannya rawatan. Ini bermakna seseorang yang berisiko tinggi terdedah pada jangkitan HPV harus mengambil vaksin ini. Bagi mereka yang sudah dijangkiti virus HPV, maka vaksin ini tidak memberikan apa-apa kesan.

Oleh kerana risiko ini berlaku pada kedua-dua jantina, vaksin ini juga diberikan kepada remaja lelaki di US,UK dan Kanada. Sehingga ini belum lagi ada rawatan yang berkesan untuk jangkitan HPV.

Namun begitu genital wart boleh dibuang dengan beberapa rawatan, walaupun ada ia boleh hilang sendiri tanpa rawatan. Malangnya genital wart boleh berulang.

Antara rawatan yang mungkin doktor berikan ialah dengan menitiskan ubat Podophyllin atau Podofilox ke atas ketumbuhan genital wart, tetapi rawatan ini tidak boleh diberikan kepada wanita hamil. Bagi wanita hamil, rawatan menggunakan kaedah liquid nitrogen cryosurgery adalah lebih selamat.

Bagi penjelasan lanjut, pesakit harus berjumpa dengan pakar kulit dermatologist kerana rawatan ini jarang ada di klinik biasa.

Wallahu a’lam.

6 comments

  1. salam dr…

    saya ingin bertanya, terdapat ketulan macam ‘biji’ di bahagian kemaluan dan hampir 5 tahun. baru2 ini terdapat satu lagi ketulan biji tumbuh. pada mulanya ia rasa sakit sedikit dan lelama ia akan mengeras seakan’biji’.sekarang ketulan biji ini ada 2 di area rerambut kemaluan. saya di fahamkan ia adalah jerawat kemaluan folliculitis.
    boleh dr bagi nama atau jenis ubat untuk rawatan ini.samada ubat telan, antibiotik, ubat sapu dan sebagainya yang boleh didapati difarmasi.

    HARAP DR DAPAT BANTU SAYA.

    • salam dr…saya ingin bertanya, terdapat ketulan macam ‘biji’ di bahagian kemaluan dan hampir 5 tahun. baru2 ini terdapat satu lagi ketulan biji tumbuh. pada mulanya ia rasa sakit sedikit dan lelama ia akan mengeras seakan’biji’.sekarang ketulan biji ini ada 2 di area rerambut kemaluan. saya di fahamkan ia adalah jerawat kemaluan folliculitis.boleh dr bagi nama atau jenis ubat untuk rawatan ini.samada ubat telan, antibiotik, ubat sapu dan sebagainya yang boleh didapati difarmasi.HARAP DR DAPAT BANTU SAYA.

      Dr Zubaidi: Saya mencadangkan puan melakukan pemeriksaan doktor, selalunya doktor akan melakukan pembedahan kecil kerana sudah terlalu lama. Jika ketulan itu mengganggu puan, saya mencadangkan ia dibuang, jika idak biarkan saja.

  2. As salam dr…saya sudah berkahwin…setahun yang lalu kemaluan sy mengeluarkan lendir berwarna putih jernih selepas beberapa ia hilang tanpa sy mengambil apa2 ubatan..kemudian tumbuh ketuat kecil,x berketul dan x sakit..kadang2 banyak dan kadang2 sikit tapi tetap ada..adakah itu genital warts?terima kasih

    • As salam dr…saya sudah berkahwin…setahun yang lalu kemaluan sy mengeluarkan lendir berwarna putih jernih selepas beberapa ia hilang tanpa sy mengambil apa2 ubatan..kemudian tumbuh ketuat kecil,x berketul dan x sakit..kadang2 banyak dan kadang2 sikit tapi tetap ada..adakah itu genital warts?terima kasih

      Wa alaikum mus salam. Saya percaya lendiran yang berlebihan telah menyebabkan kemaluan puan mudah dijangkiti virus wart.

  3. salam
    sy lelaki, baru2 ini saya tersedar ada ketulan di bahagia dudur saya, adakah itu ketuat? untuk makluman doktor sebelum ini saya pernah kena jangkitan besiul di dudur dan di tempat yg sama

    • salam, sy lelaki, baru2 ini saya tersedar ada ketulan di bahagia dudur saya, adakah itu ketuat? untuk makluman doktor sebelum ini saya pernah kena jangkitan besiul di dudur dan di tempat yg sama

      Dr Zubaidi: Ia boleh jadi ketuat, buasir atau skin tag. Kena lakukan pemeriksaan doktor.

Leave a Reply

error: Content is protected !!